Friday, December 24, 2010

Bila aku??




Bila aku rasa sedih,
Bila aku rasa tertekan,
BIla aku  rasa hidup ini tiada makna,
Bila aku teringatkan arwah mak,
Bila aku terkenangkan nasib hidup ku,
Bila aku tak mampu lagi nak menangis,
Bila aku tak punya sesiapa lagi?
Tapi yg pasti ini semua Qada dan Qadar Tuhan,
Muhasabahkan diri dan dekatkan diri pada Allah SWT.
Amin,
Moga Dengan-Nya aku temui kekuatan ku.

Wednesday, December 22, 2010

He's Turning One


Setahun dah berlalu my Lil Adam already one year, blessed to Allah atas pemberianNya. Walaupun pada mulanya kami tak menyangka Tuhan telah anugerahkan kami rezeki ini dengan begitu awal, padahal di luar sana ramai juga pasagan yg bertahun tahun berkahwin masih tak punya zuriat, aper2 pun itulah dikatakan rezeki dari Allah. Kelahiran Adam is the most precious things happened to me. Mama & papa luv u forever and ever.Ops aper yag aku merepek kan , tuelah dah lama tak berblogging kan nak reka ayat cam reka utk exam SPM pulak.

Latest update about Adam,
  1. dah 1 year sudah semestinya
  2. gigi ada 8 batang
  3. sangat nakal (bila ngan mama & papa dia)
  4. sudah kuruslah pulak (dulu dulu tembun jer, lanie kurus berat baru 10.5kg banyak gila susut)
  5. mmg kuat makan ( favourite makan nasik, ikan goreng, sup ayam, masak lemak pun dah telan)
  6. allergik pada makanan laut (nie mmg ikut bapak dia, lanie aku tak leh nak makan seafood lagik dah 2 org tak leh makan)
  7. mulut yang ampun tersangat bising macam bertih jagung
  8. teramatlah aktif (panjatmemanjat sudah menjadi kegemaran)
  9. sejak bapak dia bawak si kecik nie naik motor tiap2 petang, adam mmg suka gila naik motor, bila angkat siap nangis2
  10. suka main air hik hik
  11. masih tak leh jalan lagi (huhu takperlah perkembangan budak2 kan lain2, so JGN nak bandingkan anak saya dgn anak anda!!!)
  12. Amat dah jarang sakit dah, sejak duk umah org nie, cuma hari tuelah dia sakit lama. 

Story Picture of Growing Adam 



29 weeks pregnancy,
 dah nampak kan muka dia. Miss this big tummy, persamaan until now is the dagu. Hik hik. Miss this moment, how i wish u'll be in mama tummy forever, from the 1st day i wish  for a baby boy, coz too addicted to Nur Kasih and the name taht will be given to you is Adam. just for you.





Newborn, 
born 11.12.2009, with 3.73kg by emergency caesarean, the time that i would sacrifice my life for you my dear, you're my precious things.





6 months, 
my chubby Adam, tembam kan, time nie mmg cubit2 jer pipi budak kecik nie.






1 year,
mama just want to say that mama really luv u sayang. Walaupun mama tak tau sampai bila kita dapat bersama. This blog are dedicate to you. Make you knew mama really luv you and that 1 day you'll not forget me son.


Thursday, December 16, 2010

Bila???




Tajuk pun dah saikokan... hik hik. Taklah makcik yg jaga Adam sibuk tanya aku bila dan bila?? Bila aku nak kasi adik pada lil Adam?? Soalan maut nie?? Tgklah pada rezeki, kalau Tuhan izinkan aku utk menambah zuriat kembali. Rasany bukan utk masa yg terdekat ini. Yerlah soalan2 nie mmg takkan berkesudahan, 

1.tgh bujang org kan tnya"bila" nak kawin??
2. dah kawin, org akan tanya "bila" nak ada anak??
3. dah ada anak, org tanya pulak"bila" nak kasi adik??

Sampai bila2 pun org akan tanya bila dan bila... huhu so kita pun tak pasti bilakan. Manusia mampu merancang tuhan yg menentukan.

Saturday, December 4, 2010

I'm Not Regretted, I'm happy here

Lamanya tak berblogging, i'm so happy with my life as QS at KGP. Tiada penyesalan utk keputusan aku bagi terus stay at KGP walau pun ex boss aku panggil aku semula utk kerja kat sana. Takkan aku terlalu bodoh utk kerja dengan org yg memperkotak katikkan aku, aku tau aku hanya seorng Melayu tapi pleaselah don't double standard based on race types. Tgk pada my ability to do and complete your works. Tapi ex boss aku tak nampak itu bila tak ada workers baru panggil aku balik. No more CPK in me ok. No more working like "lembu' there. 


Tapi i'm missing myself to work with consultant firm, ada org cakap if we lama keje at consultant it beeasy for us if nak join contractor. Entahlah maybe aku dah biasa kerja consultant rindu time nak buat measurement, prepare bq,... huhu, but tapi tak  salahkan kalau kita nak get more experience in this construction industry, bila ada peluang get more exposure more and it can developed our QS skilled. So for this time walaupun ada jugak aku pergi interview waiting for better offer, i'm still ok working with this QS team. Thanks guys coz we always supporting each others. KPG Qs is the best team. 



Activity makan2 kami,
 time aku tgh segah teresa sbb makan banyak





Time utk celebrate someone besday

Wednesday, December 1, 2010

Ward Pediatric HUKM

21/11/2010 - 24/11/2010 adalah 4 hari 3 malam yg penuh cabaran bagi kami sekeluarga. Adam had been admitted at ward pediatric HUKM after diagnose with viral pneumonia. Pada mulanya Adam just get fever, selsema and  cough but a mild one. Seperti biasa kami dah preapare medicine but after 3 days dia still tak sembuh lagi, so pelik demam dah hilang tapi batuk dan selsema getting worse macam susah nak bernafas. Pergi klinik an -nisa then doc bagi nebulizer esoknya dia suruh kitaorg dtg sana utk one more nebulizer but doc kata lung kanan dia still ada bunyi. So dia kata baik refer pie hospital. Pergi bahagian kecemasan and HE admitted to ward. Yang buatkan aku very upset nurse yg ambik darah adam tue mmg bodoh dan menyakitkan hati aku. Dah cucuk jarum tak dapat darah dia lagi pusing2kan jarum, adam aper lagi meraung tak ingatlah. Huhu sampai menangis aku dibuatnya mana tak sedih tgk anak melalak. BONGOK tul. 




Adam lepas nangis lepas kene ambik darah, 
Sian anak mama.


Doctor pediatric diagnose adam kene jangkitan virus pada lungs dia. Then it make Adam barely to breathe. The solution is he needed to be nebulizer for 6 hour occasionally. Theres no ubat for this kind of sickness. What to do, tak sangka Adam suffered penyakit nie. Yg aku pasti Adam sakit sebabkan oleh environment kat rumah pengasuh dia. Rata2 semua budak yg dia jaga berda dalam keadaan yg tak sihat.. huhu so anak aku pun jdi victim jugak. What to do penyakit tak datg diaundang yer tak. Adam already dehydrated so kene masukkan air dalam badan dia, dia mmg tak mau minum susu dan makan. So after nebulizer Adam is getting better dan better. Budak2 ofis pun datang tgk Adam, thank you u all.



For Adam seolah2 dia faham dengan apa yg terjadi pada dia. Walaupun setiap kali nebulizer dialah yg suka meraung, siap kene balut dengan selimut utk mengelakkan dia bergerak. After several time doing the nebulization, praise to Allah he's getting better. For me this the first time aku dok ward setelah sekian lama, malam kat sini tersangatlah sejuk, aku yg dewasa pun boleh menggigil inikan baby nie2. That whay aku tak mau adam admitted kat sini lama2 sbb terlalu sejuk dan rasanya it can give effect to Adam. So u all can enjoy his picture taken by me at the ward.



My Baby Adam




Saya terpenjaralah mama!!!





Adam given nebulizer





Adam gigit free toys




My Prince is sleeping

Thursday, November 25, 2010

New Environment...:)

Huhu hye all, lama rasanya tak berblogging, rasanya dah kemaruk dah blogging balik nie. Banyak benda yg tak update lagi nie kat blog. Dah 2 bulan rasanya kami duduk di ofis baru yg agak selesa daripada ofis yg lama. Ofis lama aku dulu hanyalah dalam kabin jer, sekarang kat Apartment D. Huhu best2 tapi bnyk gak pro & kontranyer. dulu kat kabin senang kit nak ngular bb dekat ngan laluan masuk site, toilet pun dekat, kalau tak larat nak keje lepak kat surau kat heritage jer, zuhur dan asar pun boleh pergi. Huhu lanie dekat ofis baru nak ngular kene lalu bnyk halangan, hik hik, bukan selalu pun ngular tau. Nak pie toilet pun seksa sebelum ada toilet kat sini. La nie sembahyang pun kene jamak, sembahyang hujung2 waktu jer. Tapi aper pun kami disini agak selesa. Yang pastinya.



Ofis para2 QS, 
tempat duduk i paling depan tau, depan dinding gitu


Well it s getting better and better here, walaupun rindu pada kerja2 consultant. But i tak regret tinggalkan CPK to get a new experience, new work exposure and new frens indeed.


Monday, November 1, 2010

!!!@$^&!!!@#$%


Entahlah hari nie rasa cam terusik sikit hati, payah nak cakap kenkadang terasa gak cam aku nie macam melampau sangat, melampau ke sangat aku nie??? huhu sedih bangat rasa, Dahlah rindukan Adam.. Org boleh lak pulak terasa hati ngan lawak aku nie, lpas nie payahlah aku nak melawak lagi takut org terasa dan ambil hati ngan lawak aku.Asyik nak jaga hati org jer... 

Thursday, October 28, 2010

Magika Best Giler




Huhu, at last we all dapat tgk citer MAGIKA, best giler for your info. Memag tak ckup ibu jari  nak kasi thumbs up. Lagu dia pun best2, well it the best filem yg i tgk. Ada jugaklah bab2 aku menitiskan air mata, saiko gila. Tapi yg penting IA SANGAT BEST.

Wednesday, October 27, 2010

Insyaalah...

Sebagai manusia yg kecil dirinya saya harapkan kesempurnaan dalam keluarga, kerjaya dan juga kehidupan sehariannya. Aku juga manusia yg kenkadang lupa pada Allah, bila susah baru aku merintih padanya, menangis kenapa aku diberikan beban dan dugaan seberat ini. Jahatkan aku. Tapi itulah manusia, jgn tipu kalau korang tak rasa seperti yg aku rasa. Tapi yg aku mampu lakukan is just pray for the best dan menjalankan kewajipan kepada Allah dan tidak lalai pada diriNya hope aku akan sentiasa begini , Insyallah. Awatlah aku merepek nie, hadoi actually tak ada idea pun nak tulis per???

Friday, October 22, 2010

Adam dan Barney & High 5

mThis entry just nak story pasal Adam yg makin lama makin suka tgk Barneys & High 5, terkejut gak time barney & high 5 nyanyi dia pun ikut goyangkan badan. Comel jer, tgk Adam goyang ke kanan, goyang ke kiri, mmg tomei, tomei ngan tomei (takperlah aku perasan sendiri, bukan aku kacau idup org pun). Ada jugak aku letak ayat sindiran kan, siapa makan cili dia terasa pedas. Suka hatilah blog aku, nak citer per pun. Semakin lama, semakin sayang kat mama lil boy nie...Dapatlah snap2 gambar dia tgh lali tgk citer kegemaran dia... tomei sngat.


mama, adam tgk tv
nyanyi2


tekunnya anak ku nie




mama, snap gambar adam yer??
jgnlah panggil adam,
adam nak tgk tv



Hi-5



Tepung gomak tgk tv



sukanyer saya nyanyi

Thursday, October 21, 2010

My Lil Prince and Me

Wah nampaknya hari2 aku dah start update blog nie, hahaha dah start ketagih blogging balik nie. Alah keje claim dah pun siap aper salahnya luangkan masa sikit update blog yg dah makin bersawang nie, rasa macam nak tukarlah layout blog nie, dah jemu ngan colour pinklah bowink.. i pun PINK LADY ok. Nak update pasal jamuan hari raya hari tue kat KGP, adalah kehadiran JKR, adanya Tan Sri Gadang, org2 kuat site, sub con dan termasuk aku dan Adam. Makanan gila banyak tersedia utk dihadam dan dilantak oleh kami semua. Adam masa tue pun taklah sihat sangat baru jer kene demam semalam tapi Allahmdulillah dia happy jer, tak meragam pun. Siap bos aku yg tidorkan dia. Hahahatapi tak dapat melantak bnyak pun.. Kambing gilos 5 ekor 1st time makan kambing terus pening kepala, maksudnya darah tinggi naiklah tue. Nasib baik tak jadi per2 klau tak ada yg mabuk terus pengsan.


Lets enjoy the picture of mama lil Adam



mama & the lil prince
macam mama dia tak???
tang dagu tue samakan




org sibuk makan
adam dok tido
hadoi




mama luv this cuti cutie boy




bebudak sembang2




i like this picture
aunty theresa with adam
super duper cutie




mama, adam minum dulu


Wednesday, October 20, 2010

Gumuks So What????

Huhu, malu rasanya nak upload gambor aku yg makin gumuks, malu ker??? Hahaha aper ku kisah aku gumuks ke aper ker, janji aku tetap sihat, maintain gitu. Aper nak malu ngan bentuk badan sendiri, janji aku ada family, ada anak, ada kerjaya yg best. Tapi ada jugak mahkluk yg kat luar yg pandang rendah pada org yg berbadan gumuks, kenapa ada 2nd class yerk.... Why kalau gumuks tak cantik, tak ada potongan badan... so tired with this kind of minded people. Geram. Janji aku happy wiyh my family, aku dah jumpa ngan bnayk org dah pergi meeting with a lots of people but they never treat me like those people. Those people that think there are so good. I hate them. Hate so much apesal nak jeling2 aku, aku ada mintak duit korang ke, kat site aku dah naik 15 tingkat, site kat UOL aku dah naik sampai 30 tingkat jalan kaki. Still ok. so what the fuck of you look me that way. Aku benci..... Honestly aku mmg geram ngan people macamnie.... pleaselah look at yourself also. Tak percaya ke ngan kejadian Tuhan.. sampai sekarang aku cukup benci ngan org itu....hate him.




i gumuks so what

Tuesday, October 19, 2010

10 Months Adam

Akhirnya ada gak masa nak update story pasal my beloved prince nie. Tup tap tup tap Adam dah besar dah, dah 10 bulan wooo, challenging gila time Adam makin membesar, bnyk gak dugaan tapi aku cukup2 happy punyai Adam hes my soul, kdg2 penat gak layan dia, kdg2 fed up jugak tapi Allah dah permudahkan segalanya utk aku. Permudahkan urusan keluarga kami nie. Yang paling aku happy Adam dah tak sakit lagi, dia makin sihat dan kuat, kalau dulu time hantar Adam kat nursey, asyik sakit2 jer, sebulan dalam sekali asyik sakit2 jer.tapi Alhamdullilah lately nie sejak di aduk kat umah pengasuh baru jrang gila dia sakit klu selsema pun esoknya dia dah ok, harap2 akan berpanjanganlah.


Pasal bab makanan pulak, pengasuh dah ajar adam makan macam2 kira dah rasalah semua makanan, klu bagi nasik pun just lenyek2 sebab gigi kat depan ngan bawah masing dah ada 4 batang so pebgasuh tue kata dia dah leh makan lenyek sejak umur 8 bulan. Oklah kan tak ada lag bekalkan adam bubur. Mula2 tak yakin gak ngan nenek nie mmg rasa nak marah yerlah takut bila kasi macm2 kat Adam nanti Adam cirit birit lagi camner... sian kat aku dok kene beli pamper bnyk2. Tapi so far so okay, sbb pengasuh nie jenis old timer sikit. Cam mak2 kita gitu.




vroom.............





Bestnyer Adam bawak kete



Dulu risau gila Adam tak leh nak merangkak + duduk lagi padahal dah 9 bulan. Tapi tuelah perkembangan budak2 nie lain. Lanie dia dah pandai duduk, comel jer gitu bila baby duduk tapi satu benda yg dia tak nak buat ialah merangkak, dia suka menyusur dari merngkak. Oklah maybe dia nak skip episod merangkak. La nie dia dah pandai berdiri ngan jalan2 sekeling sofa, hahaha makin aktif adam la nie, harap2 dapatlah dia berjalan sebelum setahun. Best agaknya klu diadapat berjalan, mesti aku tak menang tangan nati dok kejar2 dia. Best tak sabar tunggu moment tue.




Adam pakai tudung mama..
Tomei


Perangai Adam makin besar pun makin lain, hadoi makin manja2 gitu, dulu kalau letak di kat pengasuh tue pandang mama dia pun tak nak, nie makin besar makin menangis pulak, hadoi pening kepala, tapi pengasuh pandai gila pujuk adam dia umpan adam ngan makanan, keropok, nasi lemak, macam2 lagilah. Lagi satu dia mmg kuat makan, huhu. Lanie dia dah pandai merajuk tak dapat benda tue dia mesti marah siap2 hentak2 kaki gitu. Huhu itulah Adam, makin besar makin berakal, luv u adam.

Monday, October 18, 2010

?????

Apasal lah tajuk hari nie bnyk lak question marks?????? Ntahlah kepala tgh berserabut, serabut ngan subcon claim yg berlambak2 yerlah tuelah dah keje ngan main con jaga projek RM 349 juta, kepala pun berserabut gila. Dok sub con kejar2 macam aku lak di kejar Ah Long, tapi aper2 pun aku sngat happy kerja kat sini, happy sangat2 walaupun keluar masuk site tapi aper2pun aku tetap happy, walaupun keje kat site penuh ngan pancaroba tapi aku still tetap happy. My old works pun ok jugak tapi selalu sngat kene maki ngan cina, tahan mmg tahan tapi sakit hati gakkan sampaikan nak meletup. Kat sini sibuk jugak hari2 sampaikan tak ada masa nak update citer pasal adam, pasal aku, pasal keje dan macam2 lagi. Jaga projek gomen nie best jugak yerlah leh kenal ramai org, dulu nature of work pun mcm nie tapi ntah mmg lain gila. Dulu jaga interior punya works, la nie jaga projek hospital yg mmg kelam kabut.Anyway i'm happy..... so happy with my work dan puas hati sangat. Siapa kata bila dah ada anak, walaupun kita pompuan we still boleh keje kat site ok. Janji keje biar iklhlas. Oklah tak tau nak coret per lagi.. dah tak tau nak mengarang lagi nie.

Friday, October 1, 2010

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin





Selamat Hari Raya
&
Maaf Zahir Batin





Dah lama rasanya tak update blog nie, kalau tak hari2 dok update pasal kisah Adam yg makin lama makin banyak akal, tak larat lak nak melayan dia tapi syukur Allhamduliilah Adam dah makin sihat dan tak ada lagi masalah yg timbul bila dok ngan pengasuh baru aka nenek angkat Adam. Raya tahun nie pun meriah dengan adanya Adam yerlah dulu Adamkan dalam perut lagi, lanie dengan ada nya dia raya kami lagi meriah.semu apersiapan raya tertumpu pada dia dulu. Semua just for Adam. Oklah raya nie kami just beraya di umah Mertua kat bentong.. bestlah jugak. Enjoy picture of Adam yerk.




my son and mama luv u


Friday, September 17, 2010

Jangan Tegur

hanya sekadar poster


Ini bukan citer seram Jangan Tegur tue, tapi kisah yg aku alami sendiri. Nak percaya tak percaya mmg aku dah terkena huhu, nielah padahnya bila kerja kat tapak projek yg memang berhantu sungguh. Kalau cakap jer aku kerja kat tapak lama hospital Lady Templer ramai dah tau tmpat tue dah 100 lebih usia, hospital yg khas utk org2 kaya jer. Siap ada 1 bangunan yg dipanggil Heritage Building yg merupakan rumah mayat hospital dan kini diupgradekan sebagai muzium that why dia dipanggil "Heritage".


Aku pun tak sedar saat bila aku terkena, start aku tau bila badan aku menggigil2 time tghari dan tgh malam hingga ke pagi, ingatkan kes aku bentan ke?? Check kat doktor suhu 40, dan teramat tinggi just dapat mc, ubat pun bnyk gila, then balik umah baring berpeluh2 tapi badan still tak sedap. dah 2 hari aku demam dengan suhu 40 then doc suruh aku buat ujian darah , tapi tuelah akunie pemalas nak pie klinik, tahan jerlahkan.Then aku mengadu kat baby sitter Adam.. aku nak tanya dia mana tau dia tau ubat penyakit aku yerlah aku ingatkan aku kene penyakit bentan rasa cam kene demam kura2. Siap ada sesi nangis depan makcik tue. Last2 dia cakap nak bawa aku jumpa ngan Pak Din kat bandar Tun Razak, dia tu ebukan bomoh tapi pengubat ayat2 al quran.


Ramai gila yg jumpa dia beratur nak jumpa, ramai gak yg dtg sbb ada masalah kene buatan org.. macm2lah.. time turn aku makcik tuelah yg mulakan story then pk din tue ambik sebiji telur then pusingkan kat seluruh badan aku sipa bac2 lah mulut dia. Then Pak din letak telur tue depan pintu umah dia, dan telur tue berdiri sendiri. Huhu ajaibkan, then Pak Din kata aku di tegur oleh "SESUATU" erm lepas tue dia tepuk aku ngan kain putih, hitam dan kuning. Terkejut gila tapi rasa cam bertambah elok, then Pak Din cakap sekarang nie fikiran aku berserabut, sesak nafas, susah bernafas then dia kata aku dalam peringkat utk kene kanser dan sarankan aku supaya berpantang dari makan seafood, telur masin dan ikan masin. Huhu mmg tak percaya benarnya tapi dia cakap aku dah ada tanda2 nak kene dah penyakit kanser, kanser mata sbb Pak Din kata mata sebelah kiri aku makin mengecil. Erm aku pasrah jerlah dengan kedaan aku.


Akhirnya ada gak aku masa nak habiskan story nie yerk...... Tapi yg pasti nama pun kerja kat tapak projek mmglah akan kene kan, kuar masuk site... masuk dalam site pie merata tempat kat site, manalah nak tau kat situ ada penunggu, ada hantu ke, huhu tak leh nampak ngan mata kasarkan. Anyway afterthis kene amalkan baca2 dulu sebelum masuk site utk valuationkan.

Tuesday, September 7, 2010

Jalan-Jalan Di Jalan TAR

Hari Ahad merupakan pagi yang indah, pagi2 dah hujan so kami sekeluarga  dah planning utk ke Jalan Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai JalanTAR, Kita orng parking kat Pertama Kompleks. Allhamduliilah mmg dapat parking dan parking tak penuh lagi time tue. Best gila. Adam pulak kami letak dalam buggy letih nak dukung Adam yerlah berat Adam dah menceceh 10.4 kg sama macam sekampit beras... leh patah tangan kalau dukung dia.


Tak ramai lagi manusia time tue, tue yg bset tue taklah crowded sangat kan jalan tue. Sebenarnya kitaorg pun tak tau tujuan aper pi sana, ingat nak cari baju kurung muwah tapi taklah muwah sngt pun, corak tak menarik tapi tuelah musim nie musim COTTON, tapi tuelah tak minatlah cotton nampak cam muwah jer padahal harga dia tak ingat beratus2 gak huhu. MMglah ada macam2 jenis cotton tapi tuelah takut tertipu ngan peniagakan. Jalan dan jalan pun tak jumpa per2... Yang membuatkan aku bengang, bila jalan tue dah letak gerai tapi ada jer kete nak lalu jalan tue, itukan tempat diaorg berniaga manusia pun lalu lalang lagi diaorng yg drive tue buat bodoh jer... geram.


Adam merengek gak tapi kami berjaya pujuk dia. Kami belikan dia belon upin sangkut kat dia punya buggy oklah dia ada gak belon yg dia nak main huhu. Alhamdullilallah Adam ok jer samapi ke akhirnya. Aku pun berjalan sambik berjalan naik lenguh kaki tapi aper pun tak beli, yg beli pun ketayap adam jer. Hadoi. Nasib baik cuaca mendung oklah tak ada lah yg masam muka, laki aku pun dalam mood utk berjalan, silalah enjoy gamabr Adam kat bawah yerk...



Adam & Upin





"Bila nak balik nie, mama????"



Jalan dan berjalan samapi tak larat nak terjah lagi semua lorong yg ada kat situ, pada penghujungnya kami tak terdengar pun suara bising Adam tup tup tgk dia dah terlentok tido. Aloh2 cam dia pulak penat yer tak, kuar dari jalan TAR pun pukul 12.30tgh tue pun bnyk jalan dah tutup oleh polis... nasib baik kami sempat parking kat pertama. Huhu tapi aper pun mmg best lah jalan2 walaupun kami tak beli aper2 pun.






Alah2 bucuk 2 anak mama, tido

Monday, September 6, 2010

My Big Adam


Dah besar dah budak nie.... huhu

Saturday, September 4, 2010

Shopping Raya :)

mama jom shopping raya



Raya nak dekat aper lagikan mesti dah time utk kita menghabiskan duit utk preparation raya lah pulak. Semua nak baru serba serbilah baru, baju baru, handbag baru, bak kata semualah nak baru, tuelah manusikan time raya mmg nak menghabiskan duit. So far aku spend just utk adam dulu papa dia bayar utk baju raya nak dia, aku bayar utk baju jalan adam. so tema kitaorg tahun nie warna biru hik hik comel jer tgk adam pakai baju melayu.. tomei2 tomei. Tapi yg kelakar nak try baju raya dam kami terus tanggalkan baju dia dan terus pakaikan baju tue.. comel2. Akhirnya dapat gak colour biru sebijik sejibun ngan baju papa dia. Huhu aku lak tak sempat nak buat baju raya, takper baju raya tahun lepas dah ada colour biru. so tak payah membazir ok. Dah settle pasal baju Adam tgl mak mgan pak dia jer nak ada baju baru, hik hik.. Lagipun cuti raya kami tak lama, papa adam dah start keje hari isnin cuma aku jer cuti lama. Setakat hingga hari nie kami dah shopping kerepek raya, shopping biskut raya tak au nak shopping per lagi. Nak pie jalan TAR tapi payah nak bawak Adam... huhu oklah hope this raya we all raya dengan happy.


Friday, September 3, 2010

Rezeki Jangan Di Tolak

sayang mama


Muwah rezeki ke?? Muwah gaklah kalau aku still kat ofis lama confirm dah dapat 1 month bonus.. sudah2 jgn dikenang lagi company lama tue. Kat sini pun kira ok gak, dapat gak duit raya dari subcon huhu, allhamdulilah dari tak ada lngsungkan. Syukur2 lepaslah gak beli baju adam yg dah mencecah berpuluh ringit tue. Huhu baju budak kecik tue pun dah berpuluh2, baju mak dia jer yg tak beli lagi ngan bapak dia. Takperlah untuk anak aper salahnya. Bila dah ada anak mmg kita akan spend utk anak. Well inilah pengorbanan mama & papa utk adam.

Thursday, September 2, 2010

Cerita pengasuh


adam ucuk2



Dah lama rasanya tak update blog nie, memandangkan busy ngan keje baru.. yerlah dah bertahun kat qs consultant tetiba kerja kat main contractor macam kene penyakit demam terkejut sikit tapi allhamdulillah semua berjalan lancar, ofismate pun ok2 belaka, lehlah sekepala walaupun tak sehati. Oklah nak cerita pasal kisah pengasuh adam nie, poning gilo ngan org macm nie. Pengasuh yg suam2 kuku baru nak belajar jaga baby.. geram tau tak!!!! Sebabkan Adam asyik sakit tiap2 minggu masa umur 6 bulan aku dah tekad setekadnya nak carikan pengasuh utk Adam, pie Apartment Kasturi jumpa nurse bersara tue siap nangis tapi acik tue pun tak leh nak tolong sbb dia jaga bnyk budak. Erm aku just tglkan no hp suh dia call klu ada org nak jaga baby.


Nak dijadikan cerita acik nurse tue call aku cakap yang ada pompuan nie jaga budak kat tingkat 9 apartment kasturi, so aku call then dia ajak jumpa kat umah dia, so memandangkan kau keje half day hari nie aku ambik Adam kat nursery then pie umah pompuan tue. Erm mmg dia kata dia pandai jag abudak, anak dia umur 1 tahun lebih macam nakal sikit tapi why not kita trykan. Soaku confirm hantar kat dia. 1st day samapi 3rd day semua ok tapi bila hari ke4 minah tue buat perangai cam ****!!!!!!! Call aku bnyk kali kata Adam nangis tak henti aku nie naiklah geram.. so pie tgk samapi tgk adam ok jer tapi ntahlah mmg dia sengaja buat mcm tue, kat pipi adam pun ada kesen luka. Aku tanya dia cakap tak tau, duk story kat aku kat sini ada hantu.. erm payah lah. ckplah tak mau jaga. Aper nak buat aku ambik adam dan ambik EL terus what to do kan. Sian tgk Adam.. erm apalah punya manusia.


Then malam tue aku msg dia, tanya bolehlah tak dia jaga adam esok then dia cakap husbnad dia tak kasi. Hadoi pening tgk org mcm nie dulu punyalah beria cakap yer saya boleh jaga la nie berhenti pulak. Hampeh punya pompuan. Aku aper lagi ambik MC dan nak tak nak kene hantar adam  kat umah mertua sian tgk adam... so aku akan letak dia kat situ sampai aku betul2 dapat pengasuh baru utk dia. Sedih jer tgk Adam, rindu tau kat dia. tiap2 masa call tanya apa Adam buat, huhu. aper nak buat ada pengasuh macam nie, aku apa lagi asayik gaduh sms jer ngan minah tue, yerlah geram. nagi dia senamglah bagi kita terkial2 nak cari org lain. Hampeh tul. Bangang. Geram



sayang anak mama



Dah merata tempat aku pie erm payah nak cari pengasuh kalau ada pun kat flat seri penara,mmg problem kalau aku letak Adam kat situ, firstly lift asyik rosak, keadaan yg sangat kotor, dan yg penting sekali payah nak cari tempat parking. Huhu macam2 kan. Tapi agaknay tuhan  nak permudahkan kesusahan aku, aku dapat pengasuh kat bandar tun razak, makcik & pakcik tue jaga ramai budak gak. Huhu tgkkkanlah tapi so far aku tgk diaorg tue ok tapi style datuk nenek yg mmg aku tak leh nak tegur. Jgn ada ape2 kene kat Adam sudah.

Tuesday, August 24, 2010

Menghilang???

Mana menghilang??? Tak kemana pun cuma tak dapat nak update blog nie seperti yg selalu di lakukan.. hik hik duk tempat baru mestilah payah nak update blog nie kan, lagipun tak ada internet access kat computer i, so maknanya kene fokus kerja lah kan. Macammana life kat tempat kerja baru, erm tempat kerja baru nie kat site so kiranya  boleh ada gak time nak menular2 kan. Jaga site hospital so oklah bnyak gak new things belajar sebagai main con yerlah dulu keke consultant qs taraf pun tinggi kit hahaha padahal sama jer. At least aku try new environment yer tak. Oklah happy of coz working here alot of frens and a lot of new things to learn. Bab2 menular mulanya tak reti gak tapi hik hik dah reti dah... yerlah tak macam kerja kat ofis lama yg bz gila nak mampus kan. Lagipun yg pnting dekat ngan umah kalau adam demam ke aper ke leh jenguk dia dengan cepat, leh ada masa bawak dia ke klinik leh curi2 time2 sikit.


mama, adam dah ada gigi comel tak saya
hik hik


Banyak benda benarnya nak story pasal Adam nie, story pasal pengasuh 4 hari, story pasal journey aku cari pengasuh utk Adam, citer pasal progress Adam yg tak dapat aku nak story kat sini, citer pasal family aku.. erm a lot of tears pada aku, ada masa nanti saya kasi citer ok. Anyway i'm happy walaupun what i'm expected to get in here, i tak dapt but kita sebagai manusia bersyukur dan doakan segala kebaikan yg ada dan di limpahi rezeki dari nyer.

Wednesday, June 16, 2010

Haiyo.. Sudah Tambah Lagilah

Mengancam tak tajuk kat atas tue, aper yg dah tambah. Hik hik baru dapat tau pagi tadi, dalam hati dok fikir awat Adam cirit birit, awat Adam suka gigit remote, Awat Adam duk kuar ayak liur, huhu .


Rupa2nya











tumbuh gigi atas 2 btglah ..
 kuar 2 btg serentak tau





*sila ignore gambar nie, adam dah tumbuh gigi bawah sejak 4 ke 5 bulan





Time tue aku sajer nak tgk, tgk2 ada dah tunggul 2 btg lak tue, hadoi awat tumbuh 2 batg terus, nie nak demam on off lah nie, yerlah mana tak demam, dok kuar serentak, syabas tue Adam, mama luv u hik hik, lpas nie gigit papa yerk. Tuelah ada aku baca dari sumber internet kat Ratuhati.com , semua nie saling berkaitan, ada org kata budak cirit sebab nak tumbuh gigi, ada ckp nak ringan kan badan sbb nak start menyusur dan merangkak.. hadoi mcm2 if yes its good tap aku tak mo Adam Cirit Birit lagi tak tentu arah jadinya pemikiran aku... huhu.

Tuesday, June 15, 2010

Cirit Biritlah Pulak

Hadoi lpas satu2 lak sakit yg dtg kat Adam nie, macam2 last  2 weeks dia kena high fever, sabtu tadi lak kene cirit birit, awatlah bila dah 6 bulan macam2 lak yg dtg. Takkan peralihan bulan kot bukan dah demam ke?? Apa nak buat , start cirit hari sabtu kul 4 pagi lpas Adam berak besar, dia berak carrot time terus dia berak ciritlah pulak, asyik meneran jer, hadoi bnyk sangat ke taik dia, tgk aloh macam cirit air, kuar sikit2. Panik gak time tue ingatkan salah mkan ke? tapi kasi kat adam bekal puree carrot jer kat nursery. Takkan sakit perut kot, so maybe sementara jer kot, tup2 bnyk kali lak tue, mama dia lak panic mana taknya dok check pampers jer, dok cuci punggung Adam sampai melalak budak tue yerlah dah merah2 punggung dia. Pagi tadi dah masak sweet potatoes, nak kasi Adam, so try jer kasi, erm dia tersangat suka, tersangat suka, sodap.. hihi .

mama, Adam yak yak
cirit.....tlg lap jap


Tgk satu hari tak ada kurang pun, erm makin bnyk kali adalah tapi sikit2 nasib baiklah ada pampers muwah kat umah. hik hik, tak kisahlah bnyk kali ke nak cirit. Esok hari Ahad still tak ada perubahan jugak, so planning nak bawah klinik panel dulu tgk apa dia ckap, huhu. Doc kata maybe sbb jangkitan virus kat nursey, baiasalh budak2 ramaikan so mmg tak hygiene sangat. Doc kasi ubat smecta & ubat garam takut nanti Adam dehydrationkan. Smecta tue utk keraskan taik so tak ada lah kuar cair jer, then doc ada kasi ubat sapu kat punggung nak cegah dari punggung dia merah. Haiyo bilalah nak sihat nie Adam, so mama tak kasi Adam mamam pun tak berani yerlahkan kang cirit banyk kali sbb makanan cam ner?? So Adam just minum susu jer.


Erm actually rasa nak marah diri sendiri pun ada yerlah, nursey nie tau tlglah jaga anak kita elok2, kat situ bukan banyak baby pun, budak sana dah besar, jagalah elok, bukam murah tau bayar. Huhu erm Hari Ahad Adam pun still yak dan yak, so mma nak 2nd opinion so mama pie Klinik Kanak2 Khoo kat Taman Len Sen tak mo pie Pantai Medical Centre, mahai lah hihi. So pergi sana, doc kata tk banyk ubat leh bagi aper dia punya opinion is same with doc panel so jagn risau dia kata, if dia demam then ada vomit so tue kene jumpa dia balik then dia kan refer kat hospital, so just tgk akan sembuh dalam 1 week maybe. Huhu sian Adam, tapi suprisingly Adam dok sengeh kat Doc tue taulah doc pompuan punyalah dia ceria.. hadoi. Asal pompuan suka jer jgn mata keranjang sudah, hik hik.So tunggulah camner satu minggu nie

Monday, June 14, 2010

Takdir & Cinta (Luahan Hati)

Erm adakah CINTA itu menentukan kita kan hidup bahagia selamanya. Pernahkan kita terfikir perkahwinan ini adalah satu kesilapan, kenapa org lain yg mampu membaca takdir kehidupan kita. Kenapa yerk?? Bukan manusia ditakdirkan utk bercinta kemudian berkahwin bagi meneruskan rasa kecintaan itu dengan cara yg diredhai, tapi ada insan yg cukup penting dalam hidup aku beritahu aku telah lakukan kesilapan terbesar dalam hidup. Kenapa manusia menghukum manusia?? Kesilapannya ialah aku telah memilih lelaki yg aku cintai itu sebagai suami. Org itu mengatakan aku berhak mendapatkan org yg lebih baik, tak percayakah dia pada Qada & Qadar Tuhan, dapatkah manusia tue menentukan kehidupannya pada masa depan. Kenapa kata demikian?? Sepatutnya doakan yg terbaik utk aku harungi hidup ini. Jika ini jalan yg sudah ditentukan Allah SWT aku redha, tpi jgnlah manusia itu menghukum aku diatas ini. Erm... Aku gembira hidup dengannya walaupun kadang2 kami berbeza, tapi perbezaan itu membuatkan aku jadi rapat dan bukan menjauhkan diri. Tuhan sudah letak jalan utk manusia itu pilih, dan manusia itu sendiri yg mampu mencorakkan kehidupannya, bukan nyer org lain.


Pada mu ku bersujud~afgan



aku tersangat2 suka pada lagu ini
sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui atas segalanya



Ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa kulihat
selain hanya namaMu, ya Allah
Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
~{}~
Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
padaM

Friday, June 11, 2010

Officially Adam 6 Months

Yahoo, ini adalah announcement its officially Adam sudah 6 bulan. Tup tap tgk Adam dah besar dari 3.73kg hinggalah lanie dah 9.30kg. Cayo tak anak aku dah seberat 10kg beras, haiyo aku pun tak caya gak awatlah leh seberat ini, taulah gen tue faktor utama sbb mama & papa dia badan besaq punya org. Dah nak wat camnokan dah badannya gitu dah berketul2 dah nie tangan mak dia dok dukung pagi pie taska, ptg ambik dari taska, jalan pie kete lagi. nie kira exercise dah nie. Bila Adam dah 6 bulan nie mama dia terlebih excited pulak sbb Adam dah leh mamam, mama dia dok fikir nak kasi per? menu per, dok cari info kat internet pasal pemakanan bayi. yerlah anak 1stkan mana nak tau apa.


La nie beg Adam pie taska pun dah bertambah, satu beg utk makana dia, satu beg for baju+pampers+ubat, huhu mama dia doklah pegang tiga beg kat tangan, pegang Adam kat sebelah, nak kunci pintu lagi huhu seksa wooo, awatlah kita tak ada 4 tangan hik hik sng gantung jer terus. wakaka. Actually 1 week befire Adam nak masuk 6 months aku dah start kasi mamam nestum dah, hihi suka tau dia, nyum, nyum, laju jer mulut bila lambat mulalah berbunyi Adam tue. Sonok mama kasi Adam mamam. La nie plan nak kasi puri carrot, puri sweet potato dan bnyk lagi hik hik tgh menyusun menu nie, 4 days each food nak tgk baby ada allergic or tak.




mama, adam nak mamam lagi
cumel




Perkembangan Adam yg lain selain bertambah berat badan, Adam dah pandai gigit dan berebut remote control ngan mama & papa dia, dok nak gigit jer remote tue padahal banyak jer teether utk dia gigit sipa gaduh nie ngan mama & papa dia, klu kitaorg ambik maka meraung tak ingat. Hadoi dahlah suara dia grau taulah ank jantan tpi wo suara jgn macho sngat, takut. dah terror dah bab meniarap nie, golek tiarap laju.. hihi tak dan berhenti. Baby yag suka tgk TV macam hobi mama & papa dia. Dia punya pattern tido cam mama dia masa mengandung hadoi dok pusing sana pusing sini sbb nak cari port best, kelakar tul tgk kdg2 samapi ke hujung tilam ke hujung tilam dia tido, kejao ngiring kejap tiarap, kejap gaya superman, kejap gaya ultraman, kejap gaya tundercat.. macam2 lah. tuelah klu tido time ngandung elok2 sikit kang terkena kat anak.


nie tido gaya kaya ngan bantal

Wednesday, June 9, 2010

Last Farewell E-mail

luv e-mail for my frens, consultants & contractors and clients
will be missing u all
i tak hutang u all ok chase my super duper senior



So the last e-mail for my frens to say farewell...... Hope diaorg tak lupa QS nie, yg mmg pemalu dah shy2 gitu dalam meeting tapi time makan no. 1 kasi suggestion, thanks sbb belanja secret recipe to Lina, huhu i know you tau i luv choclate cannot resist without it.. so help me frens to clear my works.. luv u all XOXO.. walaupun bnyak kene sound depan En UT so tak perlah janji saya happy. Forget me not.


Tuesday, June 8, 2010

"Azila. you don't miss us is it??"

gambar zaman dulu dulu


"Azila. you don't miss us is it??" ayat yg tiba2 dilafazkan oleh my lady bos aka wife kepada principal aku. Erm lawak ke?? ke satu sindiran utk aku. Aku dah resigned so tak payah nak banyak cakapkan. Aku yg RESIGN so tak mintak pun sympathy dari korang, ingat aku tak dapat kerja lain. Tak faham tul mind org macm nie, psycho. If you tak nak i resign said so, tapi yg penting kasi increment naik kit, dah 2 tahun increment naik cam hampeh, bonus pun 1 months jer kerja bagai gila kat sini, sampai tgh malam, ot tak ada work for free. huhu nak wat camner dah nasib badan yer tak. Nama pun kuli hik hik . Tak kisahlah janji sudah resign. In hand sekarang semua final accounts, tgh habiskan final account yg boleh close. Astro Arena dah discussion with PLM so right now tunggu M&E nak clarify VO. So tak kisah lahkan aku dah habiskan bab tue. Elken Kota Kinabalu punya aku mampu buat sampai 100 variation order bnyk lagi tak clarify, MR KP Ng pun dah terkejar2 aku hik hik. Lantaklah dia aku dah blah dah pun, e-mail pun dah distribute to all parties yg kenai pada aku.Oklahkan. Goodbye, will i miss u.. maybe. Will they miss me, i think not. I'm not CPK QS anymore, bye sayonara.