Wednesday, November 25, 2009

Dedicated to the one i love, my frens, the frens & to all.

To all yg mengenali saya, Azila Bt Hussain also known as Belon and Bell. Thanks sebab jadi kwn bel althought bel tau yg bel pun ader buat salah and terkasar bahasa dengan korang dan harap korang dapat maafkan tau, halalkan semua. Wish me luck dalam bersalin nie. Bel akan merindui korang semua and ingat bel dalam memori korang tau. To Afzan, fish, noly dan kwn2 yg sudi dengar masalah bell thanks a lot bantu bell dalam bnyk perkara. To all i will always luv u all. Thanks so much being the frens for me. I will be missing u all. Please pray for me. REmember bell in your memory.










i luv u all







Wednesday, November 18, 2009

Thanks Mama Afzan & Family

As for tajuk diatas, this post are dedicated to Mama Afzan & Family yg buat gathering to all kwn masa kat uitm dulu, thanks for all the food, yup semua mmg sedap, nasi ayam tue sdap, mi kuah tue pun sedap tapi mama bel segan nak mkn bnyklah. But thumb ups to you Afzan, dapat jumpe dgn si kecik "zahra" makin comel tau si kecik nie.. geram jer tgk. So enjoy the gambar yg saya curik dar FB Afzan, (sowi)




mama bel & mama afzan



suka this moments



laki aku control ayu, (yg pakai baju biru)
ps: afzan, laki aku segan nak mkn kat umah hang




kami semua dah kenyang













from the bottom of my heart
thanks afzan for the gathering

Monday, November 16, 2009

Check up 38 Weeks





Seperti biasa tiap hari isnin aku ader check up kat klinik DBKL Flat Sri Kota kat Bandar Tun Razak, so seperti biasa jugak aku akan dtg awal mungkin utk dapatkan no yg kira 20 keatas, dan seperti kebiasaan jugak aku pergi check up tanpa di temani oleh sesiapa pun. Husband sibuk keje tapi takperlah aku masih punyer kudrat, aku masih seorng mama yg kuat dan aku punyer "si kecik" ini utk temankan aku ke mana sahaja. Yup membawa perut selama 9 bulan mmg kenagan terindah. Bila nak bersalin nie tak sabar??



Seperti biasa, rutin check up mula dengan ambik berat, urine test dan check blood pressure. After buat nie tunggu turn utk jumper nurse for consultation. Erm aku dah 38 weeks dah, adoi berdebar jer rasa yerlah ramai kata aku akan bersalin awai biasalah anak sulung dicampurkan juga dengan stress kat ofis, kerja berlambak2 tambah2 final account. Nurse ckp kepala baby tinggi lagi so aku agak aku tak mungkin bersalin awal, tiap2 hari aku ckp pada "si kecik" nie kuar after raya haji, bagi mama mkn puas2 dulu. Hope "si kecik" mama nie faham. So if aku tak bersalin lagi this week aku kene pergi for next week check up. Yup i hope for normal delivery rather than caesarean but anything can happened.




Friday, November 13, 2009

Picture of 37 Weeks

Picture taken on Thursday before going to office
Photographer is my self





saya sangat suka perut ini





happy mama




proud mama





in car driving to office
still driving




Wednesday, November 11, 2009

HUKM Last Check Up

MY FINAL CHECK UP
11/11/09 finally is my last check up at HUKM, i will miss that moments, tunggu time check up agak seronok tgk perut ibu2 ngandung. Actually appoitment kul 10.00 pgi tapi aku nie gatal nak pegi awal tak sangka rupenya aku terlalu awal dtg. Tapi takper coz kalau dtg awal leh dapat parking cepatkan, so tunggu turn kat ruang menunggu. Then nama aku di panggil, so aper lagi pie buat prosedur yg same, pegi ambik berat, pergi ambik blood pressure dan pegi buat urine test. Tapi aku sangkut kat turn nak ambik blood pressure, yup nurse kata blood pressure aku tinggi 150/90 so dia suruh aku rehat dulu, dalam hati aku dah berapa jam dah aku rehat. So aku pie buat urine test thensit kat ruang blood pressure rehatkan diri konon selama 1/2 jam then baru pergi balik, yup my BP dah turun, 130/80 so dah normal balik. takut gilos time tue.




Turn utk scan baby pulak, dapat tempat kat depan bilik scan just tunggu bila turn no tertera kat skrin. Lama gak tunggu sbb hari rabu mmg hari ibu ngandung dan penyakit wanita HUKM, then my turn sampai, hari nie perut aku jadi demonstrasi budak2 praktikal hukm, tak kisahlah all are perempuan, yup all are ok, uri kat atas, air ketuban cukup, my baby sangat sihat. Then turn tunggu utk jumpa doktor. yang nie mmg lama kul 12.30 tghrai baru dapat jumpa, doktor ckap my baby dah 3.4 kg, besarkan, terkejt gila camner in one week dia naik samapi 0.5kg, what are suprise. Anyway doktor kater just wait for tanda2 bersalin jer, then aku cakap aku tak dapat figure 10 kali pergerakan baby, 2 hari just dapat 8 kali jer. So dia suggest buat CTG nak tau graf baby.




So pegi buat CTG kat unit Daycare, aku sorang jer kat situ buat, nurse sibuk letak wayar dan cari heartbeat baby, yup mmg boleh dengar beat baby, buat selama 1 hour aku per lagi snaplah gambar yg patut...




alat CTG





mama bowink tunggu




chak




Tuesday, November 10, 2009

9 Months ~ I strong Enough to go for Interview

Dah 9 Months dan tunggu masa utk bersalin sahaja,
Tapi aku kuatkan semangat utk pergi interview,
I'm just trying my luck,
Mane tau rezeki baby,
I will got new job, new environment,
Who knows right,
What God prepared for us,
Still strong to walk,




Still strong to naik LRT,
Still strong to put a smile to every one i meet,
Nervous??
Yup i'm nervous coz this is my 1st ever interview,
With my condition like this,
Hope they understand,
I'm strong person





2 Datuk with 3 other associates interview me,
QS question are given to me to answer,
I prove that i mampu to work with them,
But they need a person to fill this vacancy fast,
Coz it is a fast track projects,
Anyway they will call me back after my maternity,
I kept their promise,
Anyway i'm happy,

Friday, November 6, 2009

Panic Attack


"si kecik mama"






Hari Selasa "si kecik" mama nie buat mama panic,
Malam tue "si kecik" nie diam jer no movement at all,
Mama sampai tak tido,
Siap ketuk perut bagi "si kecik" nie move sikit,
Mama risau,
Mama SMS papa ckap "si kecik" tak nak gerak,
Papa kater "si kecik' penat main ngan mama,
Balik papa usap perut mama,
"Si Kecik" tak bagi respons langsung,
Siap nangis nie, harap nothing happened





Hari Rabu, pie klinik Alam Damai,
Check "si kecik" whether he ok or not.
Yup the doktor ckp maybe dia ubah rythm dia,
Scared tau,
"Si kecik" dah 2.75 kg,
Mama syang u ok,
Don't make mama scared......
So hari tue aku MC, yahoo....







Thursday, November 5, 2009

"TENSE"

Yup hari nie aku amat "TENSE",
Tak tau nak luah kat siapa??
Mak dahlah tak ada,
Akak-akak mcm ada tak ada,
Abang kat overseas,
Kenapalah aku rasa sunyi, sepi??
Rasa nak nagis jer hari nie??
Mungkin bagi org lain tak rasa aper aku rasa??
Pedulilah ngan aper aku rasakan!!
Well i need some one to talk,
A person that understand me a lot,

Monday, November 2, 2009

36 Weeks Pregnant





Dah lamer rasanya tak update pasal my pregnancy, yup sekarang dah 36 minggu lagi 4 minggu ke 40 minggu, dan ramai dah advice kater maybe akan bersalin awal, tapi mama dah pesan awal2 kat si kecik supaya bagi mama mkn puas2 dulu harap dapat bersalin lepas raya haji, tapi tak kisahlah bila2 pun tak apa yer tak. Janji mama dan si kecik nie sihat. Aperpun kaki aku dah semakin bengkak dan sakit pinggang pun menjadi2, sakit kaki pun samer.. takperlah nie cabaran bagi org mengandung. Teringat masa mak aku mengandungkan aku dan kembar aku tue mesti perut lagi boyot, dahlah kene pie sawah padi tanam padi, lagi besar pengorbanan dia dari aku yg bnyk duk dlm office yg beraircond nie, so aderlah insaf sikit. So kenelah bersyukur sikitkan, thanks mak , walaupun mak takder tapi adik sentiasa sayangkan mak.


Memamg betullah kater org, makin nak dekat bersalin nie, makin malas jadinya, Yup aku amat mals sekarang, keje ofis aku suka buat lambat2, bukan per ntahlah takder mood, diaorg bagi aku keje mcmlah aku tak cuti lamer lagi. Tension jer, aku nie PREGNANT woman so akan kdg2 rasa tak sihat (mmglah ini bukan alasan dari tak buat kerja) dunnp lah what to say. Tense jer.. aku bagi komitmen gak dalam keje, dulu masa aku bujang aku tak kisah pun balik lambat, tapi skrg i'm pregnant takkan nak harap aku keje macam zaman bujang dulu, jadilah insan yg "CONSIDERABLE"










- no more to say-
- enough is enough -

Tuesday, October 27, 2009

Tanda-tanda Bersalin

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.



1.Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

a) sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. (yup, mmg sedang sakit, tambah2 bila bangun dari tido)

b) kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (bolehlah tapi tak kerap sangat sbb tak minum bnyak air dekat2 tidor)
c) sakit perut, memulas (dah start memulas sejak 2-3 ari lepas)

d) kerap buang air besar (sejak 2-3 ari lepas asyik berak je walaupun sakit buasir ader tpi tetap nak berak)

e) kerap terkentut (mmg kerap kentut kebelakangan ni... ingatkan angin masuk bdn)



2. Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

a) Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis. (emm ni ada tp rasanya discharge kot)

b) Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital. (still tak ader tanda darah lg)

3. Sakit belakang
a) Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. (sakit belakang dan sakit otot)
b) Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. (nak bgn pun kena merangkak dulu skang cr tempat paut tgn br ble bangun.. dah x ble angkat bdn snirik )

c) Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. (jalan samapi kaki nak tercabut dah pun)

d) Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. (entahlah tahan jerlah sakit, sekarang selalu duk atas sofa tak leh duk atas lantai)

4. Pecah air ketuban
a) Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital. (erm takder lagi)

5. {mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10. (ntah tak tau)

6. Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"

7. Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

a) kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (tak ader lagi)

b) keluar air ketuban. (tak ader lagi)

c) pergerakan bayi menjadi kurang kerap. (rasa mcm aktif jer)

d) keluar darah dari vagina. (tak ader)

e) apa saja masalah yang dialami. (ntahlah.. tunggu jer bila nak bersalin nie)

Friday, October 23, 2009

Lagi-Lagi Kerja, Smpai Bila Pun Tak Habis






Elken Exhibition Hall







Tension gila dengan this projects,
tension tahap ayam,
geram
nak masuk final account payah
gara2 format contractor
aku nak cuti tak mau lagi tgk benda ni






Mama Rindu "Budak" Ini... Bila Mau Kuar???














mama rindulah kat budak kecik nie, windu sangat
walaupun budak kecik nie still dalam perut
tapi mama rasa rindu gilas
cepatlah sayang kuar, mama nak peluk cium chubby2 mama nie
nie selalu mama usap jer perut
tgk gambar 3d baby jer
sekarang baby dah semakin nakal tau
kalau lapar mesti kasi kick2 kat perut mama
kalau nak main pun mesti kasi kick jugak
kasi mama gelak sorang2
mama sayang baby tau
mama luv u so much
mama cinta baby
dont nakal2 dalam perut mama ok

Wednesday, October 21, 2009

No Manners!!!!





Inilah gambar yg sempat di ambil sebelum aku bertekad utk tidak memancitkan tayar kereta orang ini, maner tak bengang kan rasa nak dapat lesen kete nie dah buat praktikat mcmner nak parking kereta, but this owner assume that the myvi owner is know how to go out with this situation, this not the problem, nak kuar mmg ader agak payah, nak kene adjust2 yerlah tgk sajer kerapatan bontot kete vios nie ngan myvi punyer bontot, nasib baik org nie tak ader, if ader mmg dah kene pelangkung ngan aku 100 kali gamaknya, susahkan org tau tak!!!! nasib baik aku nie mmg bukan org yg bodoh* parking dgn cara yg bodoh* seperti ini........ kasi org angin jer


Tuesday, October 20, 2009

Anda Perlu Sabar????




inilah keadaan semalam
sungguh menguji kesabaran pemandu2 yg berhemah seperti aku
tak sangka jem teruk sebaik sajer keluar dari bayar tol nak ke kawasan tmpat tinggal aku bayangkan 5 line utk masuk line yg terakhir utk susur masuk ke bandar seri permaisuri,
yg paling aku bengang adalah kereta wira di belakang aku yg asyik mencucuk2 kereta aku,
maner tak bengang, taulah klu accident nanti dia yg salah,
tapi u patutlah simpan sikit jarak selamat kereta anda dari kereta yg lain
jgn terlalu rapat
nie mcm nak cium kereta org jer
aku dahlah pregnant
sakit hati gila
kaki dok sakit tekan brek jer
mau nak turun maki jer
rupernya jem ini terjadi kerana pemandu malaysia yg suka tgk accident
huhu melampau tul
dahlah baby asyik gerak jer
tension kot tgk mama tension
so the kesimpulannya is mesti ader sifat SABAR










*baby pun angguk jer dalam perut*
*comel-comel*

I'm free







today aku tersangat free,
today aku tak terlalu stress,
today i'm happy,
today i'm so happy,
no more tender report headache
sudah penat berjaga sampai mlm,
i want a rest

Wednesday, October 14, 2009

3rd Visit to HUKM






sempat lagi mama bel nie posing sebelum pie HUKM,
ini kali ke 3 lawatan aku utk jumper doktor
ikut dah bnyk kali aku pie HUKM utk buat mcm test
tapi utk jumper doktor tak kerap sangat,
pergi seawal mungkin utk berebut parking,
tapi kali nie aku tak buat scan
tak tau kenapa doktor tue tak bagi aku scan baby
nyampah tau
tapi mama tau my baby sihat dan kuat
lagi 7 minggu to see my baby
mama sayang baby
papa pun sayang baby









* mama luv u with all my heart*

Status: "Pregnant Woman" is busy











aku tersangat busy hari nie
no time to fb, to blog, to eat, to drinks, to gelak2
the environment getting stress then ever
this is because of tender report headache
i'm staying back at office
finishing what i do

Tuesday, October 13, 2009

Nota Hari Ini








inilah nota aku utk keje hari ini
stress gila keje sini
makin stress
takder keje lain ke yg sesuai utk aku nie
letih sangat jadi QS

Monday, October 12, 2009

Citer Hujung Minggu & MGTT

Tak sangka aku sekarang dah msuk 33 minggu, baju baby pun tak basuh lagi tapi this sabtu aku mmg tahap rajin gila, yup nak settlekan semua kerja cuci mencuci nie, nanti senang sikitkan??? al maklumlah umah aku nie apartment balkoni pun tarak so mmg jemur baju dalm umah, excited gila tgk barang baby, comei jer, ish tak sabornyer nak tgk anak sendiri, harap semua selamat. Tak leceh maner pun nak basuh , semua aku basuh pakai tangan then keringkan dlm washing machine jer. lampin baby pun dah 20 helai, bnyk gila beli, takperlah leh simpan bukan tak leh guna lagi pun. aku buat 2 kali cucian, hari sabtu just cuci lampin , booties+mittens, kain bedung, lampin, selimut, barut dan towel, hari ahad baru start cuci baju baby sahaja. hihi rajinkan bukan per sbbb tak ckup tempat nak sidai.




Husband pun suprise tgk aku yg rajin nie, umah aku pun dah start mop nak buang habuk2, adoi penat gila, tapi la nie aku pun dah tak larat nak masak sangat, terlalu letih nak ke dapur. Nak jlan pie kedai pun malas, erm takper sekurangnya husband tak kisah sangat pun, dia tau keadaan aku mcm ner... anyway tak sabar nyer nak tgk anak sendiri.. aperpun wish me happy ok.






nie semua barang baby, bnykkan





booties + mittens baby, comelkan geram jer tgk







----------------------------------------------



MGTT test lagi










Aku paling tak suka buat test nie, sejak kul 12.00 tghmalam smapi pagi nie aku kene puasa, then sesi ambik darah yg pertama, kemudian minum air gula dan tunggu 2 jam utk ambil darah yg kedua, peantian mmg penyeksaan, ramai gila ibu2 ngandung yg buat tesr nie, hopefully this is the last time aku buat test nie.. teguk air gula sepekat tue mcm minum air racun. hope the resuly yg kuar jari rabu nanti give the positive result... i hope












*i'm happy mama*


Friday, October 9, 2009

"Mama Oh Mama" komen baby yg geleng kepala





"ada kenal ngan perempuan di atas tue?? tuelah mama saya yg sngat chubby" konon ayat dari baby




imaginasi yg cukup kuatlah aku nie,
gambar nie adalah hasil candid dari mama afzan,
masa tue aku sngtlah asyik menelan kuih tart kat open house kak ayu,
sungguh sodap sangat,
sedap gila,
akhirnya aku tak kempunan lagi,




------------------------------------------------------




lately aku no idea nak post pasal ape??
sbb asyik fikir pasal baby mama nie jer??
nama dah ader, tapi still tgh menyusun agar nama tue indah,
persiapan baby dah 80% tgl sikit2 lagi dah beli,
just barang mama jer tak beli lagi,
this week nak basuh semua kelengakapan bayi,
dah 33 minggu nie takkan nak rileks jer lagi,
penyakit yg tak dijangka pun dah dtg,
mencabar tul pregnant nie???
anyway i'm enjoying this moments










*7 more weeks to go*

Monday, October 5, 2009

Speechless








dunno what to think,
dunno what to write,
dunno what exactly in my mind,
dunno what is my feeling right now,
dunno how to say,
today felt so tired,
tired until speechless,
can i run without looking back,
i'm so speechless



*mama, just can't wait to see you my baby*

Thursday, October 1, 2009

2 More Months.. (i'm counting mama)







Yup already in Oktober and 2 months to go,
my baby already growing and now counting the day he should be born,
hope everything will be fine,
the mama right now suffering heartburn,
baby still active and so naughty in hisplace of growing,
mama just want to say
baby mama luv u so much
and can't wait to see your chubby-chubby face,
whatever happened in the future u should know that,
i'm grateful to Allah that give me the best gift ever,
can't wait to touch u sayang,
can't wait to held your in my arms,
can't wait to breasfeed u,
can't wait to be ur mama,
everything with u are the precious moments ever,
be good boy ok,
i luv u with the whole universe can give to you,
i'm counting time now my baby,



and




mama






want
u to know that mama luv u

Thursday, September 24, 2009

Dah 30???








Dah 30??
Erm aku dah 30 minggu pregnant,
10 more weeks to go but still not finishing preparing baby things,
baju baby tak basuh lagi,
banyak brg tak beli lagi,
erm camner nie,
takper aku akan buat yg maner penting dulu,
more weeks to go.
but i need to enjoy this moments...

Thursday, September 17, 2009

ShangRi La Buka Pose

Thanks bos for "belanja" me at shangri la hotel, KL sempena buka puasa time. Actually aku agak confuse with bos punyer tindakan sbb aku dah 2 tahun working on this company and this is the 1st time he belanja me as the only one malay staff buffet buka puasa. Thanks bos, u sayang jugak pada staff yg suka melawan ckp u niekan. Nielah rezeki baby kot, sian agaknya bos tgk aku puasa dalam keadaan mengandung. Actually on this day aku on annual leave because of my check up, then dah bos book on that date so kenelah pie because this event are for me.


So husband hantar aku kat ofis, then aku follow ms yeoh to shangri la hotel, yup ptg tue hujan agak lebat, so taulah jalan kat kl nie akan bertambah jem bila hujan, so mmg agak jem tpi mmg ms yeoh nie terror gak jalan kl nie, pandai cari jalan. then aku smpai dalam kul 7.20mlm ngam2 utk buka puasa dan paer lagi aku jalan pantas nak pie area kami makan tue, what a suprise bnyk gila manusia, bukan melayu jer bangsa lain pun banyak tau. aku nie dahlah lapar, duk meja tgk org beratur mcm serbu makanan, huhu tapi aku ttp tak tahan coz sbb dah lapar duk rembat aper yg dekat utk dimakan.


CPK work team



Then ramai ofismate aku dah sampai utk join tapi bos aku aku tak smpai lagi sbb traffic jem, tapi takperlahkan. kami melantaklah dulu, semua makanan kat situ mmg aku taste, then oklah tak sesedap masa we all dtg utk CNY celebration last yeer, rasa masa tue makanan lagi sedap....oklah bos thanks for belanja me, hope i'll be working with you with more rajin after i deliver my baby. cam saiko jer ayat nie kan bos. sbb aku dalam mengandung mmg kemalasan berganda2, tak tau nak ckap, balik pun sharp ajer.



testing 1, 2, 3




makan-makan time




bos, aku, go chan dan lady boss

















* Ofis aku nie kira majmukkan , ader melayu, ader india, ader cina tapi majoriti cinalah, hope this year aku still productive with CPK*

HUKM Checkup & My Baby

160909 merupakan 2nd medical check up at HUKM dan first time gak husband temankan aku pie check up kat HUKM. Sukalah aku sbb tak payah aku nak berebut parking dngn mulut terkumat kamit kat HUKM nanti. Knapa tempoh check up bulanan HUKM sngat panjang? Coz sesiapa yg tak der problem sngat diaorng tak entertain sangat, bukan tak entertain, cuma diaorg take care for ibu yg ader masalah semasa tempoh mengandung. Allhamdulillah aku tak tergolong dalam kelompok tue. Seperti biasa pie kaunter daftar, buat bayaran, ambik berat, test airk kencing then tunggu utk peringkat discan.



Nak tunggu turn utk scan mmg panjang tak tau aper tukang2 scan nie buat dalam bilik tue, padahal mmg bnyk mesin scan so mesti keje pun cepatkan. Turn aku pun smpai, mmg berbudi bahasa tukang scan nie, pompuan tpi rupanya pelatih jer. Tup2 masuk pulak lelaki. adoi dahlah separuh badan aku tak cover, nampak free jer. Dia duk marah pelatih nie, termasuk aku pun dia marah, suh aku "kencing" dulu sebelum scan. Ader aku kisah klu engkau marah pun???? Dialah yg meneruskan peringkat scan dengan selamba badak letak tangan atas perut aku, excuse ingat aku nie bini engkau ke, still bukan muhrim tau. Yup baby semua ok, sihat, comel mcm mama dia.




Then tunggu utk sesi jumpa doktor, adoi mmg agak lambat, husband pun duk tersengguk jer yerlah namer pun dalam bulan puasa, nak mkn tentu tak boleh. Than jerlah. No aku tertera, doktor tue doktor cina, tanyer aku ok ke tak, then suh aku buat test air gula lagi dengan alasn utk detect kemungkinan dalam peringkat nie aku ader kencing manis. Excuse doktor dulu aku dah buat masa 21 weeks so no kencing manis, skrag nak buat lagi. Mmg tak suka tau. So appointment aku lagi 4 weeks pda 16/10/09.






Ptg tue kami ader appoitment kat Vision College nak buat 3D scan for our baby, dapat free CD tau dan bayaran pun muwah RM 60.00 jer. Kelakar time buat 3D nie sbb baby time nie tido, so tak dapat tgk muka dia sngat, jenuh tukang scan nie ketuk perut aku nak suh baby pusing bagi tunjuk semua muka. Ada baby nie kisah, rileks jer. So kat bawah ader gambar baby dan video time dia marah tukang scan tue ketuk perut mama dia. comel jer, husband pulak dok kater baby suka tido cam aku, padahal ikut papa dia.


my baby with kaki ternaik sikit





lena anak mama tidor, sibuk jer org kacaukan





nie video menunjukkan kegeraman dia pada tukang scan
ikut perangai mama jer, kuat marah











*baby mama luv u sayang*
this lah baby
yg selalu tendang mama,
tolong kejut mama time bngun sahur,
yg buat mama syg pada baby nie,
yg buat mama menangis,
yg buat mama tak lalu makan,
yg buat mama tido tak lena
but
sayang
its worth it with all of this
coz
i have you
i have you
and u are my sweet baby

Tuesday, September 15, 2009

Yahoo & 29 Weeks Baby







Tak tau sama ada baby nie menguap or says "yahoo"tapi bagi aku ialah happy time sbb aku dapat bonus + gaji awai, biasalah nak raya nie poket pun dah pokai dok beli barang2 baby dan beli baju utk aku dan husband, sekelip mata jer duit hbis. Thanks boss for bagi me bonus althought i semakin tak productive dalam my condition skrg. Dengan kejujuran aku berkata, aku malas!!!!. Anyway esok aku cuti dan destinasi aku ialah HUKM for medical checkup dan going for 3D scan kat vision college.. tak sabar nak tgk muka baby nie, ikut muka mama or papa?? Selalunya baby boy akan ikut muka mama dia?? Huhu mesti chubby2 kan, sorry yerk perasan sendiri. Aperpun i'm happy, walaupun agak sibuk dalam menyiapkan measurement for Tingkayu Composting Plant dan lambat update blog.. aku still happy. Luper nak inform esok boss aku belanja buka pose kat Shangri-la, erm mau kasi makan banyk.




29 Weeks Baby





Your baby now weighs around 2.5 pounds/ 1.1 kilograms and measures about 15 inches/ 38 centimetres from head to toe. In boys, testicles descend from near the kidneys through the groin en route to the scrotum. In girls, the clitoris is relatively prominent because it's not yet covered by the still-small labia. These will grow to cover it in the last few weeks before birth. Your baby's head is getting bigger, and brain growth is very rapid at this time. Nearly all babies react to sound by 30 weeks. Your baby's nutritional needs reach their peak during the third trimester. You'll need plenty of protein, vitamin C, folic acid, iron and calcium (about 200 milligrams is deposited in your baby's skeleton every day), so eat foods rich in these nutrients. The skeleton hardens even more and the brain, muscles and lungs continue to mature. So take a look at our eating well guide to make sure you are getting the right minerals and vitamins.









*baby, esok senyum kat mama tau*

Monday, September 14, 2009

Demam Raya







"selamat hari raya kepada saudara serta saudari...."
erm nie sebahagian dari lagu raya yg dah di mainkan dalam radio, so demam raya dah semakin dekat, ramai kuar di saat akhir utk membeli belah yerlah kan kebanyakkan shopping complex dah ader sale so aper lagi baik kita membeli time tgh sale, dapatlah muwah sikit dari kadar yg biasa. Tahun nie aku dan husband tak terlalu memikirkan pasal raya, maybe aku tgh ngandung skrg so tak berapa larat nak sediakan kelengkapan raya mcm nak cari langsir baru utk umah, kami lebih tumpukan utk sediakan kelengkapan bayi, so budget mmg lari utk baby sajer dan baju raya aku sendiri pun aku tak cari so raya nanti pakai baju ngandung sahaja.. tpi sian kat husband jenuh dia cari baju melayu, dan dia mmg agak memilih kalau pilih baju. So dapat hadiahkan husband 2 helai t-shirt utk dia for jalan2 raya nanti. Ahad konon nak survey baju melayu kat Jalan Tunku Abdul Rahman tpi malangnyer, polis bnyk buat blok jalan dari masuk ke kawasan parking, tak taulah knapa diaorg buat mcm tue. So dengan hampa kami balik.



Then one more nak ucapkan thanks pada Mama Afzan, yg sudi antar biskut raya "free" utk aku rasa. prihatin betul dia pada aku kerana keadaan aku yg kini ngandung. So Afzan, semua biskut yg hang bagi tue amat sedap so hang mmg kene buat bisnes tahun depan sure laku. Cakap pasal biskut raya, time kecik smpai aku masuk universiti aku paling suka buat biskut raya, arwah mak aku paling suka buat kuih traditional tapi aku tak berapa gemar buat biskut traditional coz leceh gila nak buat, buat bahulu, tempeyek, putu, ish bnyk lagi. Biskut moden yg mesti ader, biskut chocolate chips, corflakes kismis dan biskut jem mesti ada tiap2 tahun, aku pulak malam raya mesti buat 4 biji kek, kek buah, kek coklat paling favourite. Bangga gila org puji kek buatan aku, tapi skrg aku dah lamer tak buat sejak arwah mak meninggal. Semua hanya tgl kenangan....









*lapor gila nie*

Friday, September 11, 2009

Tomorrow Baby "shopping spree"





Esok aku dan husband akan mulakan shopping spree for baby punyer baju, so kali nie husband akan support semua expenses, aku punyer keje ambik dan husband akan bayar,, yahoo.. thanks papa, so esok cadang nak ke jaya jusco cheras selatan jer, dekat sikit dan buka puasa kat saner, harap2 aku still mampu lagi berjalan, walaupun agak terhegeh2 tapi husband akan tetap pegang tangan aku dengan erat, erm tuelah sayang husband pada wide yg tgh pregnant. Hope that he will be holding this hand forever.








*baby, esok mama nak pilih baju clour biru for anak mama*

Tips untuk aku dan kamu




10 tip bagaimana menjadi pasangan yang baik sekali gus memperbaiki hubungan rumah tangga atau percintaan.

1) Terima seadanya
Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

2) Berkomunikasi secara terbuka
Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.

3) Aktiviti bersama
Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.

4) Tunjukkan cinta anda
Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata 'sudah kahwin untuk apa romantik lagi'. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

5) Kawal perasaan
Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6) Jangan ungkit kisah lalu
Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.

7) Kurangkan rasa cemburu
Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.

8) Jaga komitmen antara satu sama lain
Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.

9) Jujur
Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

10) Beri layanan terbaik sepanjang hidup
Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak







* just utk renungan bersama, utk aku memperbaiki rumah tangga aku yg bahagia tapi mahu lagi bahagia, bukan hanya bahagia sekarang tapi utk selama-lamanya, marriage is for a life time, hopefully, he's the one and the only for me, Insyallah*

Thursday, September 10, 2009

Pregnancy, work & fasting months

Kaitan tajuk nie, ntah tiba2 hari nie nak story pasal tiga2 benda nie. My pregnancy is ok, still ok tapi huhu penatlah pose, kurang tido, lapor, haus tapi dugaan tue, sayang kot kalau tak pose. Bulan pose nie aku akan msuk ofis awal 8.30 for sure aku akan ader kat ofis, sbb pukul 5.30ptg aku akan balik dan aku merupakan 1 org jer staff melayu kat sini. The only one malay among this chinese officemate, thats a pro and contra if you're the only malay & islam person in here. Ini just a piece of my mind (please do not speculate things) with my general sentences. Thanks for my generous office mate that sudi ambik my picture, this picture where taken when me in 27 weeks & 28 weeks pregnant. Private clinics that recently i meet said taht my belly looks more than 7 months tpi i just answers her that i'm a big size person with a big size belly. Than aku bangga membawa perut ini. I'm happy....




28 weeks pregnant


huhu, nampak besarkan perut suka tgk perut nie
suka gila
suka sangat




27 weeks pregnant






yg nie pulak 27 weeks pregnant





This week aku masih menyiapkan measurement utk Tingkayu Composting Plant, tak bnyk sngat element tpi sbb aku dah lamer tak buat taking off utk main building works so aku jdi "blur" sekejap, at least right now half of that elements had been finished. Means right now keje aku hanya measurement, no more final account checking, no more variation order re-measuremnet ...partly rasa lega sikit. Tak payah nak buka2 contract dan old measurement & drawings utl check the changes need double works....



Kisah bulan puasa nie, mmg mcm kisah, tapi takderlah kisah yg kelakau, semua citer pasal nak mkn aper, nak pie bazar maner, erm kdg2 panas jer ngan husband, sbb selera kami tak samer. Tapi aperpun dia mengalah utk aku. Belilah aper pun janji yg mengenyangkan kami berdua. Selalu makanan berbuka kami akan beli di pasar, lagipun mmg tak sempat utk aku nak masak. So sahur lak selalu aku akan goeng telur, panaskan lauk lebihan berbuka, kadang-kadang masak sardin utk bersahur. Bagi aku pulak aku mmg kene makan bnyk, sbb baby nie, so try mkn bnyk, minum susu, makan roti tapi but the end aku akan muntahkan semua makanan. Tak tau knapa??







*baby lapar tak?, erm mama laparlah*

Wednesday, September 9, 2009

28 Weeks Pregnant

This week aku dah 28 weeks means dalam dah 7 months aku pregnant, mcm tak caya jerkan. Cepat gila masa berlalu dan masa mendekati tarikh aku akan bersalin iaitu 1 Disember, wah sungguh tak percaya. Anyway i'm happy with this pregnancy kadang2 jer aku akan terlebih berfikir yg akan membuatkan emosi aku terganggu. Erm anyway baik kita appreciate what we have right now, sementara mata still boleh melihat dunia ini. So kira next week aku akan memasuki 3 trimester. Aper pun doakan agar aku sentiasa sihat dan di anugerahi kekuatan fizikal dan mental, zahir dan batin sepanjang proses mengandung nie.


Selalu org kater dah msuk 3 trimester, mcm2 penyakit dah muncul, tpi aku just dapat rasa baby aku skrang suka tido betul2 kat bawah perut. Berat gila bila nak bangun, kaki pulak still tak bengkak tapi selalu ader kejang2 klu aku tak selimut kaki, breast menjadi teramatlah gatal, tpi berita baik perut aku tak der strecth mark, mungkin tak ader lagi atau tak lamer lagi akan ada. Puasa dalam mengandung nie mmg memenatkan tpi nak wat camner sayangkan nak tgl puasa, lagi pun tak menudaratkan baby nie. Janji mkn banyak dan ambik tablet kalsium, minum susu, mkn roti biar kasi ader tenaga.




28 Weeks





You're in the home stretch. The third trimester typically starts at week 29 and lasts until week 40 and sometimes even beyond. (Don't worry - 42 weeks is the maximum! After that, a woman usually is induced to give birth.) Most women gain an average of 11 pounds/ 5 kilograms during this trimester. By this week, your baby weighs nearly 2.3 pounds/ a little over 1 kilogram and may measure 14.8 inches/ 38 centimeters from top to toe. At about this time, your baby can open his eyes and turn his head in utero if he notices a continuous, bright light shining from the outside. His fat layers are forming and his fingernails appear









*mama, baby dah makin besar*

Tuesday, September 8, 2009

Kenapa?

why ????



Sabtu yg lepas aku dan suami telah pulang ke kampung utk melihat ayah di Teluk Intan, Perak. Melihat rumah yg telah lamer hilang seri membuatkan aku terfikir, kenapa cepat sangat rumah ini menjadi terlalu sunyi seolah2 tiada penghuni sejak kematian arwah ibu. Teringat dulu suasana yg riuh dengan gelak aku dan arwah emak. Kami mmg rapat, rapat sangat. Tapi maner mungkin aku menahan qada dan qadar Tuhan yg lebih menyayangi arwah emak. Ketika aku mula merangkak utk bina kerjaya, hidup berdikari di KL dengan perancangan mahu membahagiakan arwah emak, tpi apakan daya sudah tertulis suratan ini. Ayah ku juga tiada perubahan, itulah keadaannyer ketika arwah mak masih idup dan selepas kematian arwah emak, dia tetap begitu. Kenapa manusia susah berubah??? Berubah kepada yg lebih baik tetapi tidak pada ayah dia seolah2 tidak terkesal dengan kehilangan arwah emak.



Raya terakhir bersama arwah mak adalah paling bahagia, semua berkumpul tapi arwah mak ketika itu seolah menyimpan rahsia yg tak diketahui oleh kami.Yup itu dikatakan pengorbanan arwah emak terhadap kami, tak mahu menyusahkan kami. Ya Allah ketika aku coretkan luahan ini, aku menangis, kenapa aku terlalu rindu padanyer. Terlalu rindu walaupun aku sering senyum, sering ketawa, tapi tak siapa tahu isi hatiku. Walaupun arwah mak dah 2 tahun tinggalkan kami tapi Ya Allah susah aku utk terima, aku redha, aku tak mampu menahan, tpi aku........... (speechless)

Raya 2007, raya tanpa arwah mak. Kali pertama aku, abg dan ayah beraya tanpa aper2 pun yg ader sepatutnyer ketika itu, tiada makanan raya, tiada kuih raya dan itu merupakan kali pertama aku mengunjungi pusara arwah di pagi raya, membacakan yasin utknya menangis tanpa henti aku ketika itu. Raya 2008, aku telah kehilangan abg ipar ku, raya sudah tiada erti lagi, hanya aku yg pulang ke kampung, memandu sambil menangis mengenangkan nsib, abg ku sudah berhijrah ke UK, akakku semua beraya di umah mertua. Ya aku faham mereka sudah ader keluarga. Aper yg ader utk aku raya itu. Aku memakai baju raya, menziarahi pusara ibu dan pulang ke KL pada pagi raya tersebut, raya ketika itu ku anggap satu kesepian.

Raya 2009, ku kini ader suami, ader bayi yg kukandungkan, ader mertua, ader sedara mara baru yg kini aku anggap sebagai penawar kedukaan ini, yg aku harapkan sambutan raya tahun ini amat bermakna buat ku.





* baby, mama tak sabar nak raya ngan papa tahun nie*

Friday, September 4, 2009

Do you luv me forever???

Hug Me Forever





Hari tue aku gaduh dengan husband,
Hari tue aku pecahkan cawan,
Hari tue aku menduga suamiku,
Hari tue aku rasa syahdu sangat,
Aku takut aku tak dapat melihat suami dan baby ku ini,
Hari tue aku ckap pader suamiku,
"sayangilah aku smpai saat aku mampu berada di sisinya"
Dia ckap pada ku "Papa akan syg mama smpai bila-bila"




Ya Allah,
Mampukah aku harungi kehidupan bersama suami dan bayi ku ini,
Dapatkah aku melihat wajahnyer lagi,
Ya Allah,
Panjangkanlah umur ku,
Jika aku tiada lagi di sisi mereka,
Berikan kebahagiaan kepada suami dan anakku,
Aku sayangkan mereka,














*kala itu, aku cium tangannya meminta maaf atas sikap ku, tapi suami ku faham ketidak tentuan fikiran ku ketika itu, aku terlalu berfikir, terlalu berfikir sehingga terlalu emosi, andai aku mati ketika melahirkan anakku, aku pasrah Ya Allah, aku tau Engkau telah sediakan sesuatu buatku"

Wednesday, September 2, 2009

Tingkayu Composting Plant







Stress gila...
Aku ingatkan for this time being aku takkan involved with any new projects,
Knapa aku dipilih utk buat measurement for Tingkayu Composting Plant??
Paling tak suka this projects...











*stress*