Lilypie Third Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kisah Emak. Show all posts
Showing posts with label Kisah Emak. Show all posts

Friday, May 7, 2010

Selamat Hari Ibu... (Khas utk mak)




Suatu petang, aku dengar radio Suria FM, ntah tiba2 tak tau kenapa nak dengar lagu2 lama. Suddenly Lagu UMI nie appear.. huhu syahdu siap menitis air mata aku time drive. Bila dengar lagu nie aku teringatkan arwah mak. Berdebar jer hati, erm sesungguhnya aku rindukan arwah. Untungnya org masih punya mak, tidak mcm akukan. Tapi aku syukur kini aku seorng mama kepada Adam Quzhairiey, anak ku yg chubby aka tembam tue, what happened in the future mama will be your soul  lights ok Adam. Be good boy sayang. Anyway to all mama, ibu, umie, mak atau apa pun gelaran yg diberi, sayangilah mereka dgn seadanya, time mereka masih bernyawa dan sihat.. sesungguhnya bila anda kehilangan mereka, hanya kenangan yg tgl utk anda, Hargailah yg tersayang..



Kepada Arwah mak, walaupun adik tau mak takkan dapat dengar dan lihat adik lagi, terima kasih kerana lahirkan adik di dunia nie, adik tau mak susah time ngandungkan adik dan kembar adik (Aliza). Tentu dia jadi peneman mak di sanakan. Al Fatihah utk mu mak. Jasa mak lahirkan dan besarkan adik tak sempat adik balas dengan setimpal dengan apa yg mak beri pada adik. Tapi Adik tau doa anak2 merupakan hubungan kita, sesunguhnya adik tak putus2 doakan mak di tempatkan di sisi org yg disayangi Allah S.W.T.


Thursday, April 15, 2010

Mohon Keampunan


syahdu



Hari nie topik Jawa Rangers kat hot fm sungguh menyentuh perasaan aku, mohon keampunan. Jika di beri peluang dari siapakah yang ada mahu mohon keampunan?? Bagi aku, terlantas di fikiran ialah arwah mak . Huhu ramai gak yg call dan rata2 ckp adalah ibu & bapa mereka. Kisah aku pulak di kira tragis, aku lah sorang anak yg tak sempat jumpa arwah mak aku sejak dia dia dmit di hospital utk kali ke2, semua adik beradik lain mahu aku berehat setelah smpai di JB pada lewat malam, keadaan aku ketika itu, kaki aku masih bengkak dan pergerakan aku gak terbatas walaupun aku dah ke klinik doc pun tak tau sakit aku sbb aper,  kerana akak ke2 aku yg menjaga mak di hopsital.  Aku cuma sempat bercakap ngan mak dalam telefon "ckp yg adik akan jumpa mak dan jaga mak esok"  tapi mak aku ckp takper esok leh jumpa, tpi hati aku malam tue mmg agak resah jam dah 2 pagi rasa sedih tak tau knapa? last aku call arwah mak jam kul 1 pgi, mak cakap perut mak rasa kebas, aku tak leh tido aku pegang dan cium kain batik mak, rasa cam nak cari teksi jer pie hospital skrg, tapi erm aku tak berani, Akak & abg ipar aku teramat letih, cepatlah pagi aku nak jumpa mak. Tapi kul 5 pagi baru akan no.2 call dari hospital, mak sedang nazak, Ya Allah, aku terus meluru pakai baju dan pergi tak henti aku berdoa agar tuhan bagi aku peluang jumpa mak, smpai kat hospital dah kul 6.00 pgi dan aku lari walaupun kaki sakit, tpi aku tak nampak katil mak, akak panggil aku, dan yg aku  nampak mak aku dah pergi tuk selamanya, aku jatuh terbaring di lantai, Ya Allah beratnya ujian mu ini, ye mmg aku pernah jaga mak tapi knapa Engkau ambik mak di saat dia tak melihat aku, dan aku tak sempat melihat & mohon keampunan darinya. Tpi itu sudah janji Manusia pada Tuhan, akan kembali pada PenciptaNya. Ingatan dan tragedi itu masih segar walaupun dah 3 tahun arwah pergi, sesungguhnya masa itu akan berlalu tpi adakah duka aku akan sembuh bersama masa. Realitinya tidak tapi manusia kene dekatkan diri pada Tuhan, jgn lupa, alpa dan lalai, Walaupun bnyk kali aku menyalahkan takdir, tapi sesungguhnya tuhan dah sedikan masa depan yg lebih baik dan dugaan utkku.


Friday, April 2, 2010

"Kehilangan Orang Yang Tersayang"




"salam terakhir"


Seperti biasa bila dah msuk kereta, radio hot fm, fly fm & lite fm menjadi radio favourite aku. So hari nie aku dngar tentang Din Beramboi yg telah kembali ke Rahmatullah. Yup kematian adalah pasti kepada satu kehidupan cuma manusia yg tak tahu bila agaknya ajal kita sampai. Aku pulak berlainan sering mengharapkan kematian itu dtg awal pada aku, ketika aku bertarung nyawa melahirkan Adam, aku sudah minta pada Allah agar dia ambil nyawaku kalau itu adalah lebih baik utk aku, tapi aku tau itu bukan Qada & Qadar Allah tentukan pada aku. Kejamkan aku kerana harapkan kematian, seolah2 tidak sayangkan diri sendiri dan pada anak yg baru lahir. Aku tau klu aku pergi pun, Adam cuma tak dapat kasih sayang seorang ibu tapi dia masih punyai limpahan kasih sayang dari org lain. "Kehilangan orang yg tersayang" tajuk hot fm hari nie, ramai yg call nyatakn kesal, sayang, rindu pada org yg telah meninggalkan mereka. Bagi aku pulak episod kehilangan ibu yg tercinta pada Mac 2007 merupakan kehilangan paling besar. Klu bisa di ubah waktu tue , aku rela aku pergi dulu dari arwah. Sbb aku tau, tanpa mak aku seperti layang2 putus talinya, meneruskan hidup kerana hakiki dunia. Adik terlalu rindukan arwah mak, tak terbayang bagaimana rindunya adik pada mak. Kehilangan ke2, pakcik aku pula meninggal dunia setahun lpas kematian arwah mak, dia merupakan pakcik yg rapat dengan aku. Kehilangan yg ke 3, abang ipar aku meninggal dunia pada tahun yg sama cuma arwah pakcik aku dan dia meninggal dalam bulan Ramadhan tika 10 hari umat islam berpuasa ketika itu. Bnyk sungguh kehilangan dalam keluarga aku, kakak ainon dan anak2nya tabah hadapi semua dugaan itu. Kehilangan org yg paling kita sayang walaupun dah berpuluh2 tahun dia tinggalkan kita, mana mungkin insan yg menyayangi mereka akan lupakan mereka semudah itu, Tuhan menguji dan terus menguji hamba yg disayangi, Tuhan tak akan berhenti menguji kerana ia fitrah manusia, yg penting dekatkan diri padaNya semoga kehidupan yg akan dtg sentiasa di rahmati Allah SWT. Tapi aku pula kehilangan segalanya, kehilangan keluarga setelah kematian arwah mak, adik beradik mula membawa diri mengikut haluan masing, abangku  dah berhijrah ke United Kingdom, akak aku Salina hidup di Kedah bersama familinya, kakak ainon di Johor hidup dngan tabah tanpa suami bersama anak2nya. Aku pula hanya begini.