Lilypie Third Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 15, 2010

Mohon Keampunan


syahdu



Hari nie topik Jawa Rangers kat hot fm sungguh menyentuh perasaan aku, mohon keampunan. Jika di beri peluang dari siapakah yang ada mahu mohon keampunan?? Bagi aku, terlantas di fikiran ialah arwah mak . Huhu ramai gak yg call dan rata2 ckp adalah ibu & bapa mereka. Kisah aku pulak di kira tragis, aku lah sorang anak yg tak sempat jumpa arwah mak aku sejak dia dia dmit di hospital utk kali ke2, semua adik beradik lain mahu aku berehat setelah smpai di JB pada lewat malam, keadaan aku ketika itu, kaki aku masih bengkak dan pergerakan aku gak terbatas walaupun aku dah ke klinik doc pun tak tau sakit aku sbb aper,  kerana akak ke2 aku yg menjaga mak di hopsital.  Aku cuma sempat bercakap ngan mak dalam telefon "ckp yg adik akan jumpa mak dan jaga mak esok"  tapi mak aku ckp takper esok leh jumpa, tpi hati aku malam tue mmg agak resah jam dah 2 pagi rasa sedih tak tau knapa? last aku call arwah mak jam kul 1 pgi, mak cakap perut mak rasa kebas, aku tak leh tido aku pegang dan cium kain batik mak, rasa cam nak cari teksi jer pie hospital skrg, tapi erm aku tak berani, Akak & abg ipar aku teramat letih, cepatlah pagi aku nak jumpa mak. Tapi kul 5 pagi baru akan no.2 call dari hospital, mak sedang nazak, Ya Allah, aku terus meluru pakai baju dan pergi tak henti aku berdoa agar tuhan bagi aku peluang jumpa mak, smpai kat hospital dah kul 6.00 pgi dan aku lari walaupun kaki sakit, tpi aku tak nampak katil mak, akak panggil aku, dan yg aku  nampak mak aku dah pergi tuk selamanya, aku jatuh terbaring di lantai, Ya Allah beratnya ujian mu ini, ye mmg aku pernah jaga mak tapi knapa Engkau ambik mak di saat dia tak melihat aku, dan aku tak sempat melihat & mohon keampunan darinya. Tpi itu sudah janji Manusia pada Tuhan, akan kembali pada PenciptaNya. Ingatan dan tragedi itu masih segar walaupun dah 3 tahun arwah pergi, sesungguhnya masa itu akan berlalu tpi adakah duka aku akan sembuh bersama masa. Realitinya tidak tapi manusia kene dekatkan diri pada Tuhan, jgn lupa, alpa dan lalai, Walaupun bnyk kali aku menyalahkan takdir, tapi sesungguhnya tuhan dah sedikan masa depan yg lebih baik dan dugaan utkku.


No comments: