Lilypie Third Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 31, 2010

Ngantok....


Hadoi, away ngantok sangt nie?? Terpejam tercelik.. terpejam tercelik.. kojer dahlah bnyk menimbun atas meja, Final Account Phase 1 dah siap kasi super duper senior yg tinggal ialah finalize VO utk Phase 2 pulak. Mengantuk gila maner tak tak cukup tido, adoi rindunya pada tido yg nyenyak dan lena, klu lah boleh tido tak pyah bngun kan bagus. Hihi, Tak baik pulakkan Adam siapa pulak nak jaga yer tak?? Adam pulak nak ubah rutin tido dia, tido kul 7.00mlm, kul 12 baru bangun then tido kul 3.30 dah bangun nak susu then bangun lagi dalam kul 6.00 pagi nak minum susu dan kdg2 berjaga smpai time aku nak antar dia pie taska. Adoi rutin tido aku pun follow Adamlah jugak.. right now dah terlepas beberapa cerita yg mmg aku follow dari dulu, rindu kat cerita Ghost Whisperer, Criminal Minds.. haiyo kul 9.30mlm aku dah start ngantoks... ampun adoi ngantok..... ngantoknyer... jumaat nie aku ada job interview dengan supplier harap dapatlah kojer tue yerk. Esok pulak aku kene pie LHDN Duta nak send Contract Doc for Contract Stamping. Hadoi, kene pulak kuar duit sendiri.. pening


adam & mr frogie

Tuesday, March 30, 2010

Tak tau nak buh tajuk per

Mcam bz gila kan minggu nie.. blog pun dah lama tak update. Totally bz with Final Account Phase 1 Elken Kota Kinabalu. Totally ada 70+ designer instruction that kene convert jadi Variation orders. so bnyklah keje nak buatkan, file pun bertimbun atas meja. Kene check one by one punya VO. Oklah tak bz maner pun ta mc last week yg bnyk buat re-measurement punyer keje, at least aku kene fokus dngan this FA dan tak ada job lain yg aku handle at this moments, dayabumi tgh discussion with the petronas antara designer and clients. Astro Arena pun dah stage handover, so tak lama lagi adalah channel tambahan kat ASTRO tpi kene subsribelah kan. So upcoming projects is Puduraya ID, Dayabumi Level 15, Petronas Turkmenistan, Winsone Sabah, itu jerlah yg projek akan mebuatkan kami bz pada upcoming months.







Bowink ....... with FA





Aku punya junior pun dah send resign letter, aku ne yg tak tau bila nak send out aku punyer resignation letter. Mmg totally kene fikir baik2, bnyk pro & con bagi aku if aku resigned, klu keje ngan contractor, hari sabtu dah keje nak fikir pulak nak campak Adam kat mana, yerlah nursery tuekan isnin sampai jumaat jer. Adoi, takperlah bersabarlah Azila, lakukan yg terbaik dan jgn terlalu pressure diri sendiri, stay positif & positif. Org maki engko pun senyum jerlahkan. Bertawakal banyak2 dalam hati, lepas kene maki tue terus ambik air sembahyang dan beristighfar bnyk2. Hihi ini mmg diamalkan bagi blood pressure tak naik melampau. Aper2 pun aku dah start cari keje lain, dan wajib bagi aku melayari jobstreet tiap2 hari utk tinjau kojer2 kosong.



Kat bawh tue latest pic of Adam, hihi nie time mama buli Adam suh Adam pakai lampin kat kepala. Enjoy the moments muka2 Adam yg dapat dicandid oleh mama. Syang Adam mama, last friday husband aku ambil aku after keje + bawa Adam sekali kat ofis nak show kat ofis mate, hihi Adam tak nangis langsung makin ramah ngan bebudak ofis aku. Chubby tau anak mama nie. Kat Taska Adam pun disayangi dngan bebudak kat sana, time aku ambik Adam smapi jer ketuk pintu, budak2 nie mesti ckp "mak baby!!, mak baby dah sampai" hihi kelakau, senyum jerlah aku layan bebudak nie. Adam pun dah start myembang right now, tak taulah dia nak sembang aper, mam pun konon sembang ngan adam gak.. mcm adam fahamkan.



mcm pompuan lak adam nie



hihi... main2 ngan mama dulu



Erm...mama buli adam, buat adam nangis jer




syang Adam yer

Tuesday, March 23, 2010

Ingat SAYA punya PERASAAN

Of late, there is a common practise that SMS are being sent to staffs (to Catherine) whenever they are away due to emergencies or late for work. Please note this is not acceptable. Below is the procedure to follow in such intances:

  1. Staffs who take Emergency Leave (or late for work) is to inform the respective superiors immediately and the same time update the progress of work that had been assigned earlier. SMS to inform are not acceptable
  2. Staff who take Emergency Leave (or late for work) is to inform the Office of the tentative date (time) to be back to work. This is enable the Office to reorganize the work load during the Staff absent
  3. Staff is also required to submit the Leave Application Form on the day he reports back to work. Failure to do so will be recorded as Absent from Work without Notice


_______________________________________




Above were e-mail that sent by my beloved boss yg mmg ditujukan utk staff yg makan cili dia terasa pedasnya. First feeling after habis baca aku dah rasa pedas, almaklumlah di tujukan "love letter' ini utk aku selepas aku ambik EL pada 16-17/3/2010 disebabkan Adam yg tak berapa sihat hari itu. Aku totally angry dan kecewa, mmg marah coz namer pun Emergency Leave yg kita tak plan, how yerk... then pada masa yg sama nak update pulak keje, totally tak faham aper yg bos aku fikirkan. Anak aku tgh sakit, mesti totally mind aku pada anak, aper nak fikir pasal keje lagi. Rasa kecewa pun ada, yerlah dulu aku keje bagai nak gila utk ofis masa bujang dan time pregnant kul 9 mlm kdg2 baru balik. Ada ke bos fikir tue. Kita stayback buat kerja dia if dtg lambat dlam 1/2 hour pun takkan u tak boleh consider, tak fikir ke yg kitaorng stayback for u. Pleaselah ada give and take dalam mind tue. Aku tau engko adalah bos, mmg bnyk bos mcm nie dan ada yg teruk dari nie tapi u had to consider dengan staff. Staff keje teruk utk you stayback sampai malam dngan free, ada engko bayar OT. heran tau. Jgn fikir diri sendirilah. Do you think staff tue bukan asset ke?? Do you think if no staff engko punyer keje boleh clear ke?? Do you think tanpa staff engko boleh survive ke?? Please appreciate. Nie tak kalau masuk ofis dalam keadaan bad mood, semua org engko kasi hentam. Ingat org patung tak ada hati, ingat robot ke?? Haiyo dah 2 thun 3 bulan aku keje dah sampai tahap aku tak leh SABAR dan tak blah ngan dia. Resignation letter dah sedia, mmg if aku tak leh tahan aku akan campak jer kat muka dia.

Monday, March 22, 2010

Adam & Mama berhujung minggu

Hujung minggu bersama family is the best therapy, so bless dengan adanya kehadiran Adam dalam hidup aku. Memang amat2 bersyukur, yerlah ramai jugak pasangan yg dah kawin bertahun2 pun masih tak punyer zuriat. Tapi yg terbaliknya pasangan yg hanya gemarkan "seks" dan terhasillah bayi dari hubungan terlarang tue sgp membuang bayi merata2. Erm tak senonohkan, tak rasa ada simpati ke dalam diri, buang darah daging sendiri di tong samaph, di campak ke sungai, di flush dalam toilet, makin rendah agaknya martabat diri mereka. It just a piece of my mind on their behaviours that same like animal or more worse than animals it self.



Mama & Adam chubby2



Weekend nie aku tak pie maner2 pun just stay kat umah agar Adam semakin sihat, good news Adam dah makin ok, taklah sakit mcm hari tue. Melayan Adam mmg best, penat mmg penat yerlah mana nak buat itu nak buat ini kan. So time tuelah Adam dan mama main sama2, tido sama2, gelak sama2 hehe sonokkan Adam. La nie kegemaran Adam ialah suka main kain, mmg ada jer kain dekat dia, mmg dia akan grab dan cuba masukkan dalam mulut, klu tak dapat aper2 kain pun dia sure akan try tarik baju dia smpai keatas dan cuba nak rasa baju dia sendiri.



Adam tgh main dngn toys dia, klu boleh nak grab semua buh kat mulut dia




Dah start pegang botol sendiri, manage to hold walaupun sekejap


Lagi satu Adam dah start pegang botol dia sendiri, sibuk jer usik tangan mama dia. Tolak2 tngan mama dia mcm terror jer nak pegang botol sendirikan Adam. Yg paling tak tahan dia tak suka baring, dia suka duduk. mcm dah kuat jer pinggang tue kan Adam, mmg Adam akan cuba angkat badan dia sendiri so dia boleh duduk.


my lil boy


Thursday, March 18, 2010

I Do Learn

It's easy to blame other person without looking to others; what i learn today.
Never ever protect yourself because no one also care.
We are normal person tend to make mistake.
Pointing fingers are very-very easy

Erm

Kisah erm.. tak tau nak buh title per, tapi mmg jantung aku bagai nak pecah malam tue. Kisah nie jadi hari Isnin malam Selasa. Seperti biasa, aku tgk keadaan Adam makin menjadi, tanyer org Taska dia kata Adam elok2 jer tak ada batuk tapi selsema makin bnyk tapi dia boleh jer tido. Bila dngar org Taska ckp mcm tue legalah aku kan. So malm tue Adam mmg ada rutin sndiri, balik dari taska, sampai jer umah, kasai dia susu dan dia akan terus tido. Tido dari kul 7.00mlm smpai kul 12.30 tgh mlm, aku tg keadaan Adam ok cuma adalah dngar selsema sikit. Then kul 12.30 tgh mlm Adam bangun nak minum susu tapi yg pelik dia nangis tapi suara lngsung tak kuar, dan dia mcm tak leh nafas, aku tepuk2 belakang dia, then kasi dia minum susu then susu tue semua dia muntahkan balik. Erm sedih tgk, then mmg ckp kat husband mmg kene bawa Adam pie private .


Mmg time tue aku nangis jer, jgnlah ada aper jadi kat Adam. Dok ckp selsema dia bnyk dah penuh ruang tekak dia, so tue dia tak leh nafas, mcm kita org dewasa klu tak leh nafas ikut hidung kita boleh guna mulut, tapi baby nie maner tau apekan. Erm so doc kasi nebulizer kat Adam, mula2 ok jer Adam tak wat perangai, tapi makin lama dia marah yerlah dia asyik bersin dan hingus dia meleleh. Erm adalah kurang sikit. Adam dah mampu tersenyum dah dan ada suara. Dok kata paru2 dia ok cuma tuelah selsema nie dah kumpul kat tekak dia tue yg buat di asusah nak tido + nak minum susu Pagi tue, tghari dan mlm kami buat lagi nebulizer kasi selsema dia betui2 cair, Alhamdulillah semua ok tpi yg pasti kene gak bawa Adam pie pakar kanak2.

Kadang aku tak faham ngan tugas doktor sebenarnya, kdg2 Doktor nie pun ada yg b***h jugak. Aku maksudkan dok klinik panel husband aku. Aku bawa Adam pie saner hari ahad before Adam kene nebulizer hari Isnin malam selasa tue. Aku storylah aku punyer prob, then dok nie ckp mcm tak nak ckp, hello dok klu nak tido balik umahlahkan. Then dia ckp paru2 Adam semua ok, then dia kata nak bagi ubat selsema, batuk dan demam pada Adam. Erm dok dah ckp mcm tue confirm dah ok kan. Oklah smpai umah aku tgk ubat tue semua utk budak 2 tahun ke atas. Adoi anak aku baru 3 bulan, baby lagi tue. Knapalah dok nie b***ang sangat. Erm mmg aku tak kasi pun ubat tue, kang aper jadi aku yg bertanggungjwab kot. Tarak otak punyer.



Mari bercerita bersama Adam


Gambar 1:
Mama nie kacau Adam jer, Adam nak tido tau. Adam tgh fikir aper yg Adam nak buat bila bangun tido nanti. (Kasi garu kepala sikit)




Gambar 2:
Main jarilah dulu, mama enjut jgn tak enjut tau, kasi Adam lena dulu tau




Gambar 3:
Tak mo tgk mama, Adam nak ambik feel nie. Nak tidolah mama




Gambar 4:
Mama nie asyik kacau Adam jer. Nak tido nanti enjut tau.



Finally Adam mama dah tido ngan aman.

Friday, March 12, 2010

Sambungan Post Semalam

Sambungan pasal Kisah Re-measurement Elken GMP Factory@ Subang, erm semalam aku hanya dapat siapkan 2nd floor tgl 1st floor utk aku buat taking off semula. Aku ingatkan klu aku fokus utk hari nie 1st floor akan siap, tapi rupanya Miss Yeoh ada measurement yg dia suruh aku smbug buat utk dia. Erm haiyo, sakit hati, adoi mmg tak leh siap hari nie, bnyk lagi yg pending, built-in furniture pun tak habis kira lagi, external finishes, partitions bnyk gila nak calculate. Tpi my super duper senior nak juga qty before tomorrow or if not aku kene dtg keje Sabtu & Ahad. Mmg aku ckp, aku try my best, yerlah aku dapat pun dlam hari khamis, hari nie jumaat nak qty hari isnin dan klu nak suruh aku keje Santu & Ahad mmg confirm aku takkan dtg tak mo lagi buat charity utk company nie.

Tdi tghari pun bos panggil aku + 2 super duper senior tanya pasal GMP dan Elken KK punya progress claim, seperti yg aku jangka, aku kene maki ngan bos aku. Bukan salah aku pun, aku yg kene tak faham lah. Aku tak rasa bos aku ader "racial issues" dngan aku almaklumlah aku jer Melayu sorang kat sini. Mmg tak boleh blah, klu aku menjawab bos aku akan marah, bila aku senyap, aku kene gak dimarahi, camner yerk. Totally tak understand, dahlah aku demam, Adam pun tak berapa sihat, mmg rasa nak hempas pintu jer. Haiyo, entahlah.. kita punyerlah dulu keje smpai mlam utk projek ofis tapi tgklah aper dapat, bila tak puas hati kasi hentam jer pekerja. Pleaselah aderlah sikit "rationalise" dlm kepala otak tue boss. Mmglah aku dibayar gaji tapi patutnya dari kul 9.00 pgi to 6.00 ptg jer , tapi tgklah aku keje smpai mlm since aku joint ofis nie smpai aku mengandung mmg aku tak berapa nak kerja lewat lagi dan right now boss expect aku keje mcm aku bujang dulu, erm mmg impossible aku nak keje mcm tue lagi. Sepatutnya gaji yg dia bayar tak setimpal aper yg kami dah sumbangkan pada ofis, bekerja smapi lewat mlam tapi tgklah aper yg aku dapat.

"Don't work so hard, no one notices at all"... that mmg true. So boss pun kasi solutions for GMP punyer case, tak payah kira, just allow for Rm60.00/sqft2 to all fitout works. Erm oklah tuekan. Kenapa tak ckp awal2 kan sng??? Mcmmaner nak ckp awal2kan bos tak masuk, bila masuk maki org jer kejenya. Tense gilos. So aku siapkanlah aper yg patut, then dah dekat kul 6.00 ptg suppose aku dah kemas brg dan balik , tapi rasa tangungjwb pada keje aku tunggu smpai kul 7.00 ptg, walaupun aku ckp kat taska aku ambik adam dlam kul 7.00 ptg , aku kuar pun dah kul 7.00 ptg tue pun aku terpaksa"minta diri" dah senior aku asyik nak aku tunggu dan tunggu. Hello, klu korang kasi elaun bayar duit ot anak aku ok gak. Nie dah lah kene maki, then nak harap aku stayback sorry now MY FAMILY IS THE 1ST PRIORITY.

aku sedar aku hanyalah "kuli"
tapi aku ada perasaan
sedih
keje bagai nak gila
tapi kene gak MAKI
nasib badan

Thursday, March 11, 2010

So Tired

Erm yg aku sudah jangkakan akan berlaku, Ms Yeoh smpai ofis dah tanya aku right now aku handling what??? Ok on my hand right now, URGENTLY aku kene siapkan Final Account Phase 1 Elken KK, mmg kene siap bos pun dah tanyer aku when i could present to him. Haiyo aku pun tak tau nak start kat maner sbbnyer nie bukan my original work, aku ambik dari tngn junior aku yg dah resigned. Good for her but dead for me. Dead sbb aku kene tgk dari bawah smpai skrng punyer stage. Adoi, aku mmg tak suka kalau keje berpindah2 tangan. Ms Yeoh also urgently need my help to do re-measurement to Elken GMP Factory@ Subang, projek nie mmg dari tahun lepas, asyik tukar2 plan sukahati jerkan, then bila nak cost call QS, kasi drawings then nak ambik masa kot nak prepare revised Cost Estimate yg klien nak. Haiyo klu lah ader software yg boleh tlg QS buat keje mmg aku nak beli.

So aku kene fokus utk Re-measurement to, erm totally the layout mmg change, skrg suka2 arkitek nak mcm2 benda dalam 1st Floor and 2nd Floor, dan element aku nak captured mmg bnyk. Haiyo then the revised qty nak before Isnin. Org yg expert pun tak larat dan tak mampu nak siapkan dalam 4 days (klu termasuk kerja sabtu & ahad). Totally crazy and miracle lah if mampu nak buat. Erm actually Elekn factory noe diaorg nak guna tema green, means nak semuanyer elemnt bangunan adalah environmental friendly, nak kurangkan penggunaan elektrik, erm mcm2lahkan. Oklahkan bukan guna duit aku pun, lantaklah diaorng nak wat camner pun. Adoi serius tak larat. Takperlah then aku proceed, adoi tak tau nak start mcmner. Very the otak time tue mmg tak leh fikir. Stop tak mo lagi berceloteh panjang tntng keje. So so tired dngan projek nie. Baik story pasal Adam.

Adam, yg terbaru pasal dia tak ada, tapi dia makin pandai sekarang. Seronok rasanya bila ada anak , penat dari ofis pun hilang bila tgk anak.Sungguh ajaibkan bila ada darah daging sendiri, la nie Adam suka sngt buat muka2 ala mickey mouse, Hihi kelakau jer tgk, dan yg paling best Adam suka mandi, bila tgl baju mmg dia dah tau time nak mandi, melonjak2 jer kaki dia. Pandai betul, tak takut lngsung pada air. Nak pegang Adam dalam bath tub dia pun aku dah tak larat. Tapi semalam aku perasan selsema Adam makin menjadi2, dan batuk pun makin kerap, erm kesian sungguh kalau baby sakit, sbb diaorg tak pandai nak ckp klu diaorng tak selesa. Tapi yg aku boleh buat rub vicks kat badan dia, tapi info yg aku dapat Vicks mmg tak sesuai utk baby. Tpi aku apply gak kasi badan dia panas just apply kat certain tempat tapi mmg di cegah klu vicks diletakkan diabawah hidung baby kerana ia lagi memburukkan keadaan selsema baby tue sendiri.. Harap anak mama tak sakit yer.







Adam my true lover


Wednesday, March 10, 2010

Bila Tak Sihat

Hadoi kepala otak rasa nak pecah dah nie, dengan keje yg makin berlambak2 kat atas meja. Semua urgent tak tau nak mula dngn yg mana satu plus Adam pulak mcm tak sihat, mcm dia nak start demam2 mcm tue. Hidung dah start berbunyi2 sok sek, sok sek.... Minum susu pun mcm tak selesa ajer. Adoi mintak2 lah Adam tak kene selsema or sakit yg lain. Aku punyer tekak dah mula rasa gatai, so busy sampai air aku pun tak leh nak minum, mcm minum air nie pun membazir masa aku. Erm kalau dah sakit padanlah ngan muka aku kan. Tak tau nak coret aper lagi. Yg tau kepala dah start pening dan badan dah sejuk2, erm tanda2 nak demam. Tak mau demam, nanti if aku demam, nanti Adam pun akan terkena jangkitan yg sama. Bila rasa nak demam, mmg nak buat keje pun malas.... Adoi jgnlah demam




Demam, tolong pie jauh2......

Tuesday, March 9, 2010

Sokonglah kempen ini para Wanita

Kepada para Wanita yg di luar sana, sokonglah kempen ini demi kesejahteraan kita sendiri. Tak kiralah sama ada petisyen ini akan di terima atau tidak tapi janji anda menyokong kempen ini. Harap2 di pertimbangkan oleh kerajaan.

Sakit Kepala Otak

Erm skrang aku tgh sakit kepala otak, baru jer balik dari tender evaluation for Dayabumi projects dari kul 8.00 pgi aku dah terpacak kat petronas then smpai kul 4.00ptg aku blah dari situ ingatkan boleh balik umah terus tapi principal call suh aku masuk ofis dan selesaikan Elken KK Progress Claim & Final Account Phase 1. Dahlah aku sakit kepala kat petronas pun tak hilang lagi tak faham ngan prosedur diaorng hadoi aku tarak fahamlah. At less aku tak duduk lamer kat situ, diaorg suh my principal pergi for the next 5 days with the other bos for tender evaluation. So finally aku tak payah ulang alik to Petronas anymore. Sesampai jer kat ofis bos panggil aku then ckp2 pasal retention sumlah aperlah provisonal sumlah, dahlah otak dah jammed so menggelabah jerlah jwap pun main jawap, satu part yg kelakar bos tanya aku pasal retention sum how much then kenapa we guna anticipated contract sum then aku ckp tgklah formula. Hahaha lagi dia bengang, ckp "dont give smart answers" wakakaka, ader aku kisah engkau nak marah.


Lagi satu best gila topik Hot Fm pagi tadi pasal "menyesal selepas kawin", ramai gila yg call ckap pasal problem diaorg ader yg ckap mmg dia menyesal itulah inilah.


Kes 1:
the most part ramai ckap yg husband suka kondem masakan diaorg means dari bujang diaorg tak tau masak then kawin pun tak reti masak, tapi at least diaorg try jugak masak tapi taklah terror mcm chef masakkan, still husband pun kondem. Bab nie mmg aku marah, hello wife dah kasi effort tau nak masakkan utk u all tapi u kondem lagi, klu nak perempuan yg reti masak kawinlah ngan tukang masak ke chef ke. Erm tak faham tul benda bab memasak nie mmg kita boleh belajar tapi bagi masa ok then support effort wife anda tue.


Kes ke2:
Then ader sorang husband call ckp dia truely syang wife dia smpai skrang dah 8 years kawin but wife dia ckp dia tak mo anak langsung, setelah 8 years kawin. Husband nie ckp wife nie mmg bekerjaya dan takut fizikal badan berubah if pregnant, then Faizal and fara call that wife then this wife mmg mcm tak nak entertain dan ckp dia mmg dah discus sthis with her husband and then they agreed on that then ask kenapa baru skrag nak ckp pasal benda nie. Erm aku rasa mmg diorg balik umah confirm perang besar. Haiyo, kerjaya mmg penting tapi kene fikir gak 10 tahun or 20 thun akan dtg bila u dah tua siapa nak jaga u kalau tak ada zuriat, erm tak faham betul. Ada jugak org tak tau nikmatnya ada anak.


Kes ke3:
Problem with mertua, ipar duai, biras. Dah 15 thun kawin still family husbnad tak leh terima jugak, erm susah gak mcm niekan, mcm kes aku jugaklah kot. Still having problem with mertua, mmg org akan salah menantu tak reti nak fit in dalam family husband. Korang tak letak kan diri korang dalam situasi tue, mmglah boleh komen itu ini, tpi siapa yg merasai mesti tau betapa peritnya keadaan yg sebenarnya. Bukan tak nak perbaiki hubungan tue .... biarlah masa yg menentukan segala. At least aku ader Adam.


Mama pasrah atas segalanya Adam

Monday, March 8, 2010

Mr Lion is Adam Buddy

11/03/2010 Adam dah 3 Months, dah besar dah anak mama nie, harap2 makin sihat dan makin pandai yer Adam, mama syangkan Adam so much. La nie mama suka ambil gambar Adam, harap2 detik2 nie akan sentiasa menjadi kenangan antara mama dan adam. Adam dah ader toys baru namanya Mr Lion, Adam dam Mr Lion mesti tido sama2. Pagi nie Adam bangun awal so mama pun antar Adam awal kat Taska, Mr Lion ada dlm kete ngan mama, nanti balik Mr Lion main ngan Adam tau. Minggu depan mama kene bawa Adam pie injection, harap2 hero mama nie tak nangis, mmg Adam tak nangis pun masa injection 2 Months pun Adam rileks jer, mama jer yg terlebih emosi.

Mr Lion tgk Adamlah , mama


Tension jer ngan Adam, puas dah potong kuku Adam, tapi suka jer Adam nie nak garu2 muka dia, mmg dah hobi adam, tgk2 dah ader kesan cakar kat muka, nurse dah tak galakkan pakai mittens lagi. Erm oklah ikut jerlah advice nursekan. Bukannyer aku tak reti nak jaga anak kan, dah dia nak cakar muka takkan nak halang lagipun itu kan tangan dia, just kene make sure kuku dia sentiasa pendek. Semua mak pak mmg nak anak tue terjaga, semua preacutions mmg kene ambik kira, terutama safety anak tapi kalau setakat cakar muka sikit2 just a little things pun jgn to fussy. Semua org ada cara sendiri nak jaga anak mereka tapi bukan tak reri nak jaga anak ok. Lagi satu Adam dah ader satu hobby baru, sukajer masukkan tangan yg ingat dia muat dalam mulut, dah tak boleh masuk nak jugak dimasukkan tangan tue dalam mulut, hihi kadang2 kealakr tau tgk keletah Adam nie, seronok gila bila ada anak, penat mcmner pun kat ofis, balik tgk anak semua penat ke stress ke semua hilang.


my Adam chubby2






This week aku kene pie duduk 8 hari kat Petronas utk buat Tender Evaluation for Dayabumi projek so aku kene berkampunglah dekat saner kan. Erm harap2 semua ok no more stress ke aku akan makin stress bila di kerumuni pelbagai kerenah semua parties kat situ. Hope for the best.





Today is my 1st Wedding Annivesary, hope for the best for our marriage, walaupun mmg dilanda pelbagai dugaan tapi aku pasti akan pertahankan perkahwinan ini. Harap ia berkekalan

Thursday, March 4, 2010

Info Mengenai Adam

Bila dah ader anak segalanya adalh cerita tntang anak, rasa mcm nak cerita jer progress Adam hari2, Adam dah nak masuk 3 bulan, semakin chubby dan semakin berisi, tangan mama dia pun tak larat nak dukung Adam nie pie kereta tiap2 pagi. Rasa cam nak patah jer tangan mama nie Adam. Adam masa time pantang mmg kuat menangis dan mmg menguji kekuatan mental dan fizikal aku ketika itu, bayangkanlah dia dalam pantang akan bngun dari kul 1.30 pagi sampai 5.30pagi, akan menangis dan tak taulah aper dia nak, mcm2 cara dah buat tapi mmg perangai Adam time dlam pantang mcm tue, akak aku ckp sbb aku lahirkan dia kul 1.30 ptg so mmg dia akan berjaga mlm.


Latest info mengenai berat badan (kg) dan panjang (cm) Adam


  1. masa lahir : 3.73kg, 48cm
  2. 1st month : 5.10kg, 51cm
  3. 2nd months: 6.88kg, 63cm
  4. 3rd months: ?????




Graf Pembesaran Baby





Sesiapa yg rajin bolehlah ke laman web wyeth malaysia, kat situ kita boleh add page for baby and then boleh dpat graf mcm kat atas, so bolehlah pantau tahap pembesaran anak kita. Org kat Taska pun ckp Adam nie tak nampak mcm 2 months punyer baby, semua kata mcm 5 bulan punyer budak, hihi mama pun tak tau mcmner leh dapat anak sesemangat Adam Chubby mama nie. Minum pun hanya susu dutch lady jer tak sangka Adam membesar bagaikan juara.


Adam aler otak


Adam happy nak pie Taska





Kat atas adalh detik2 mood Adam yg baik bila dalam perjalanan ke Taska, Erm ikut mood dialahkan nak senyum ke tak ke?? Well bagi aku senang kot nak bawak adam pie Taska, lagipun dia mmg suka duduk dalam car seat, oklah jgn meragam sudah. Jarak Taska dari rumah aku cuma dalm 5-10 minit drive jer, so kalau keluar pukul 8.00 pgi pun aku still sempat nak pie keje yaklah lambat sngat, Tgklah Adam bngun kul berapa kalau dalm kul 8.00pgi tak bngun lagi terpaksa gak angkat dia time tido.


Teringat peristiwa nie kejadian berlaku di Tasik Permaisuri ketika sedang jalan2

Gadis 1: Ish tgk baby tue comellah
Gadis 2 : Erm tgklah mak dia
Mama Adam : Pusing kepala, senyum (no komen)







Wednesday, March 3, 2010

Coretan Malas

Hari nie aku teramatlah bz, bermacam2 nak kene buat, itulah inilah. Dan lately bnyk pulak projek yg masuk. Pening kepala bukan sebab per cuma kaki tangan syarikat tak ckup, so mmg company pun tgh cari org lately aku pun bnyk apply job kat tempat lain manerlah tau klau ader offer bagus better pergikan. Anyway hope aderlah rezeki aku dimana2. Project kat tangan dah berlambak, kene siapkan claim elken kk, dayabumi pricing tgh buat, prepare contract doc utk penang hill punyer project, prepare claim astro arena, kene chase main con utk contract astro arena.. keje 24jam pun tak tentu boleh hbis kesemuanya. uish tue pasal dlam kesibukkan nie aku tetap chat jugak dngan kengkawan yerlah nak hilangkan stress. kojer jer pun boleh naik gila gak. tak tahu nak merepek lagi, jari pun dah penat menaip.. dan otak pun takder idea.


tak sabar nak ambik adam chubby2 dari taska

Tuesday, March 2, 2010

Rindu Padanya

Ya, Allah rindunya aku pada arwah mak. Bulan nie mmg aku terasa sangat, sbb dlm bulan nielah arwah mak meninggalkan aku. Rasa dengki betul tgk org yg ader mak, bagi aku aku rela takder ayah dari tak ader mak. Mungkin bagi org lain pendapat aku nie salah, biarlah aper org nak fikir pun?? Apa yg aku dapt gambarkan arwah mak seorang yg tegas, siapa yg salah tetap akan dihukum, seorng yg sabar dan penyayang, seorng yg agak berahsia, seorang yg tabah hadapi segalanya. Bagi aku arwah mak adelah segalanya bagi aku, tempat aku mengadu, tempat aku luahkan rasa, tempat aku bermanja, segalanya hanya ada aku dan arwah mak. Aku anak bongsu mesti lagi rapat dengan arwah mak, arwah mak mmg tegas orgnya bila anak buat salah arwah akn bagi hukuman yg mmg aku akan ingat sampai bila2, ingat lagi bila aku dapat no.5 dalam kelas masa tue pun aku dalam darjah 2, 10 kali sebatan rotan pari kene kat badan aku. Yup aku ingat smpai skrng, sebatan rotan tue yg menyebabkan aku tak pernah dapat no 3 ke bawah dlm kelas. Aku jadi kebahagiaan utk mak, malahan juga kedukaan buat arwah, aku pernah gagalkan impiannyer semasa aku di MRSM. Erm kalau aku bisa putarkan masa akan ku pastikan kejayaan di tangan aku.


Arwah mak rela korbankan segalanya utk anak, biarlah mcmmaner pun anak akan didahulukan dri kepentingan dirinya. Aper pun keperitan yg dirasa olehnya sebolehnya arwah akan pendam biarlah dia tanggung kesedihan itu sendiri, itulah arwah mak. Pernah sekali aku balik mesti aku baring di pangkuan arwah mak, manja aku pada arwah dan sering aku dengar doanyer selepas sembahyang smpai arwah titiskan air mata, arwah doakan yg terbaik buat anak2nya. Tuhan terlalu sayangkan arwah mak aku rasanya, tak mau mak aku terlalu menderita dngan penyakit yg dia ada. Rupanya arwah mak menyimpan rahsia besar sampai ke saat akhirnya pun arwah tetap diamkan diri. Rupanya arwah ada sakit jantung, salah satu saluran darah mak dah beku, dah keras, jadi jantung tak dapat berfungsi dengan baik. Tpi arwah tetap tak mengaku, di saat dia menangung rahsia itu dia still mahu anak2 bahagia, jgn bersedih utknya.


Tapi aku sungguh terkilan aku tak cukup membahagiakn dirinya, aku hanya mampu jaga arwah mak di hospital, aku tolong mandikan mak, bawa arwah mak naik kerusi roda, tukarkan baju mak, pakaikan baju baru, sikat rambut mak, bedakkan arwah mak, dia tak mampu nak buat itu semua. Cukupkah aper yg adik buat pada mak?? Cukup ke adik membalas jasa mak lahirkan dan besarkan adik?? Cukup ke mak?? Tanpa mak adik tak leh bernafas walaupun dah 3 tahun mak tingglkan adik, tapi adik nak mak di sisi adik, jadi tempat adik luahkan rasa, kenapa dugaan adik makin hebat mak, adik tak lupa padaNya tapi kenapa hati adik mkin terseksa. Kenapa beban di hati adik makin berat?? Aku hanya mampu mandikan arwah mak bersama deraian airmata, itu jer mampu aku lakukan sebagai anak hingga ke akhirnya, aku mandikan arwah mak, aku cuci setiap anggota badan, aku cium dahinya, aku usap mukanya, Aku berada di sisi arwah sehingga mayatnya di kebumikan.


Aku ingat lagi arwah mak pernah cakap pada kawan masjidnya "biarlah aku di ambil oleh Allah dengan keadaan yg sempurna, jgn badan aku ditebuk2" nampaknya Tuhan kabulkan doa arwah mak. Ya Allah tempatkan lah arwah disisi hamba yang Engkau sayangi. Adik rasa tak mampu lagi mak, tak mampu nak jadi tabah, tak mampu nak jadi kuat, adik makin lemah dengan semuanya mak, makin lemah. Mungkin org anggap kisah aku hanya biasa cuma mereka akan anggap aku tak kuat dalam menempuhi dugaan ini, tpi bagi aku yg merasai tiap penderitaan, kepahitan, kegembiraan, kedukaan tahu betapa sukarnya hidup aku tanpa keluarga dan arwah mak. Abang aku dah berhijrah ke luar negara setelah kematian mak, akak aku ada famili sendiri, aku hanya teruskan hidup berbekalkan memori bersama mak dan juga kehidupan bersama Adam.


Mampukah aku kuat mcm arwah, yg aku harapkan sifatnya ada pada aku, tetap gembira walaupun derita, tetap mampu tersenyum walaupun tahu di hati sakitnya teramat sangat, mampu berdiri walaupun kaki dah lemah, mampu korbankan diri sendiri demi org lain walaupun tahu deritanya adalah pasti. Tuhan menduga hamba yg di sayangi, Tuhan bagi dugaan yg hebat agar manusia itu tabah dan tak lupa meminta dan berdoa padaNya. Sekarang aku hanya mampu lakukan itu, pasrah dengan segalanya.



Mak,
Andai masa bisa di undur,
Rela adik menanggung segala penderitaan itu,
Adik mau mak selamanya disisi,
Tapi adik tau Tuhan lagi syangkan mak,
Ambil mak pergi dari menangung semua ini,
Aper pun Adik merindui mak selamanya,
Semoga Tuhan temukan kita akhirnya di alam yg kekal abadi.
Amin.. Al Fatihah buat mu mak

Monday, March 1, 2010

Rutin Adam & Mama

At last Adam dah mula sesuaikan diri tinggal di Taska, pengasuh kat Taska tue semua baik, la nie bila hantar Adam budak2 kat Taska tue akan panggil baby dah smpai dan semua budak tue akan kerumun Adam, mcm artis pulak anak mama niekan. Adam nie dah semakin pandai, aku antar Adam sekarang dlm pukul 8.00 pgi itupun kesian gak kat Adam, aku angkat time dia tgh tido, tgh mamai, dia mesti tido atas bahu aku on the way nak pie kereta, pepagi aku dah exercise angkat adam yg dah 7 kg nie. Itulah actually ubat nak kurus yg semulajadi. Harap dapatlah aku kuruskanbadan lagi. At least turun 10kg kagi uish bagusnya.


Aku habis kerja pun dalam pukul 6.00 ptg, lanie bila Adam dah ada ngan aku usah harap aku nak stay lelama kat ofis, so every urgent things mcm claim, contract aku akan siapakan dengan kadar segera, uish at least aku nak pentingkan my family more right now. Sampai taska adam pun dah dlm kul 6.20ptg, ambik adam sembang ngan pengasuh kejap. Hari 1st Adam tgl kat Taska, dia patutnya kene asing dri bebudak lain, yerlah diakan sorang jer baby, so pengasuh masukkan Adam dalam satu bilik tapi Adam nangis so pengasuh bawak Adam keluar dan dia tido kat luar sama nganbudak2 tue, means Adam nie suka pada environment yg bising, oklah tuekan snag sikit nanti.


muka Adam di pagi yg ceria yg teruja tgk lampu



Smapi umah + cari parking dah pukul 6.45ptg, aku actually paling tak suka baby balik time senja, erm maklumlah time tuelah bnyk syaitan berkeliaran, risau yg Adam nie akan meragam, sampi umah Adam akan main2 dulu then kul 7.00-7.30ptg dia mesti nak tido, bagi susu dan dia akan tido smpai kul 12.30tgh mlm, bangun dan mintak susu, then tido balik, kul 3.30 pgi akan bngun balik then minum susu, dan tido balik, kang 5.30pagi bngn balik tapi nak main2 dulu, kul 6.30 baru minum susu, dan nak tido sampailah time yg patut aku antar Adam ke Taska dalam kul 8.00pgi. Hihi rutin aku pun dah mcm Adam, bngun dan tido ikut dia, time aku tak larat baru aku suh papa dia yg buatkan susu dan kasi adam tido. Aperpun letih ke tak letih ke belakang cerita, but it was a great time with Adam, erm layan jerlahkan, at least time aku kira organise jugak, ngantuk mmg ngantuk tapi nak what cam no ini kira duty of a mother.



my adam chubby2, tgh main chak2 ngan mama


At least pagi2 aku tak payah mandikan adam, kat taska baru dia dimandikan. Aku ambik Adam dari taska pun dia dah manidi, wangi sungguh anak mama nie. Aperpun hati mama senang sejak Adam dah tgl kat Taska.

Baby Sitter VS Taska?? The Winner is TASKA


Hari nie dalam bulan Mac, satu permulaan yg baru aku harapkan. Segala masalah pun dah dapat diselesaikan, walaupun bnyk gak benda yg nak kene fikir dulu sebelum buat keputusan tpi pada akhirnya semua nie berbaloi jugak akhirnya. Aku dah mula antar adam kat taska, mmg risau gak dapat ke dia orng manage adam nie tapi so far so good lagipun adam adalah satu2nya baby kat situ. Jadi tak risau sangatlah pulak. Kenapa aku antar adam kat taska?


Mula2 aku dah cop sorang minah nie, utk jadi baby sitter anak aku tpi 1st day hantar aku tgk keadaan adam sungguh menyayat hati. Erm nasib baik aku sabar time tue, klu tak sabar mmg tangan aku dah lekat kat muka pompuan tue. Klu nak jaga anak org elok2 lah sikit, bukan tak bayar kan perkhidmatan dia tue, alkisahnya bermula begini 22hb Feb aku baru start keje masuk ofis pun dalam pukul 9.40pagi, so takper aku antar adam lambat. Oklah adam tak merengek bila akak babysitter tue ambik. Erm harap semua ok, so dlam kul 12 tghari aku msg that babysitter tanya keadaan adam dan dia ckap ok. Takperlahkan hati aku pun ok. Then ofis aku tutup pukul 5.00 ptg so oklah aku ambik adam awal ngan husband aku yg kebetulan balik awal jugak. So agaknya baby sitter nie tak expect aku ambik adam awal, dia mcm terkejut so aku pun menerpa kat adam rindu pada dia. Erm agak terkejut tgk rupa adam time tue, muka dia comot dengan tak tau nak kata per, sampai kering benda tue kat muka adam. So baru babysitter tue cakap dia bagi adam makan nestum, geram gila aku time tue. Bukan per? kenapa tak bagi tau aku awai2 nak bagi anak aku makan nestum hello dia baru 2 bulan 1/2 ok. Then bukan nak cuci muka dia. Ish sakit hati. Tapi aku diamkan jer on the way balik umah adam muntahkan nestum yg babysitter tu bagi + aku rasa dia bagi bnyk sangat smpai perut adam meragam yerlah nak bagi adam tue tido nyenyak agaknya biasalh baby kalau kat tempat baru mmg dia tak tido sngat tapi si baby sittter nie nak jalan mudah aku agak ntah berapa lama adam nangis tanpa dipedulikan pun aku tak tau. Sampai umah aku check brg2 adam dalam beg, erm lampin adam ader kesan darah, tak tau darah siapa, kat baju adam yg aku pakaikan pagi tadi ader kesan kicap. Then aku nak tidokan adam, aku tukarkan pampers, pampers adam dah penuh dengan air kencing agak dah berapa lama agaknya minah tue tak tukarkan pampers adam. Adoi geram gila tgk + sedih bila anak kita di buat mcmtue. Maner tak menangis aku tgk adam mlam tue. Rasa macam tak senang hati jer nak tinggalkan adam kat babysitter tue so husband aku ambik EL nak jagakan adam.


Aku pie keje pun hati tak senang then pagi tue aku call minah tue aku terus maki dia aku mmg totally geram, then aku agak dia pun tak puas hati pun berbalas msg ngan aku. ader jer aku marah ader jer jawapan dia, uish aku mmg gilos panas. Hari nie aku dah jadi dengan seorng auntie tue whether dia boleh jadi babysitter utk anak aku atau tak. Then aku mintak tlong kawan aku tlg carikan taska yg terdekat. In case klu tak dapat babysitter jugak. Erm aunty tue nak bayaran dalam rm 500.00 wah mahal gila yerlah dia ckp dia jaga anak org cina sebelum nie, aku tak afford nak bayar macam tue. So nasib baik kwn aku dapatkan satu no pemilik taska. Allhamdullilah aku dah pie tgk taska tue, ok environment dia, adam pun macam excited gila nak duk situ. At least adam jerlah sorang baby kat situ yag lain budak yg dah berumur dalam satu tahun ke atas. Erm masalah pun dah settle akhirnya. Aku pun time bnyk masalh tue aku pulak kene virus sakit mata, mata dah start gatal2. Dapat MC 2 hari. Oklah kan Tuhan menolong hambanya yg dalam kesusahan. Aper yg aku harapkan taska nielah jadi tempat adam di jaga dengan penuh kasih dan sayang.