Lilypie Third Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 1, 2010

Baby Sitter VS Taska?? The Winner is TASKA


Hari nie dalam bulan Mac, satu permulaan yg baru aku harapkan. Segala masalah pun dah dapat diselesaikan, walaupun bnyk gak benda yg nak kene fikir dulu sebelum buat keputusan tpi pada akhirnya semua nie berbaloi jugak akhirnya. Aku dah mula antar adam kat taska, mmg risau gak dapat ke dia orng manage adam nie tapi so far so good lagipun adam adalah satu2nya baby kat situ. Jadi tak risau sangatlah pulak. Kenapa aku antar adam kat taska?


Mula2 aku dah cop sorang minah nie, utk jadi baby sitter anak aku tpi 1st day hantar aku tgk keadaan adam sungguh menyayat hati. Erm nasib baik aku sabar time tue, klu tak sabar mmg tangan aku dah lekat kat muka pompuan tue. Klu nak jaga anak org elok2 lah sikit, bukan tak bayar kan perkhidmatan dia tue, alkisahnya bermula begini 22hb Feb aku baru start keje masuk ofis pun dalam pukul 9.40pagi, so takper aku antar adam lambat. Oklah adam tak merengek bila akak babysitter tue ambik. Erm harap semua ok, so dlam kul 12 tghari aku msg that babysitter tanya keadaan adam dan dia ckap ok. Takperlahkan hati aku pun ok. Then ofis aku tutup pukul 5.00 ptg so oklah aku ambik adam awal ngan husband aku yg kebetulan balik awal jugak. So agaknya baby sitter nie tak expect aku ambik adam awal, dia mcm terkejut so aku pun menerpa kat adam rindu pada dia. Erm agak terkejut tgk rupa adam time tue, muka dia comot dengan tak tau nak kata per, sampai kering benda tue kat muka adam. So baru babysitter tue cakap dia bagi adam makan nestum, geram gila aku time tue. Bukan per? kenapa tak bagi tau aku awai2 nak bagi anak aku makan nestum hello dia baru 2 bulan 1/2 ok. Then bukan nak cuci muka dia. Ish sakit hati. Tapi aku diamkan jer on the way balik umah adam muntahkan nestum yg babysitter tu bagi + aku rasa dia bagi bnyk sangat smpai perut adam meragam yerlah nak bagi adam tue tido nyenyak agaknya biasalh baby kalau kat tempat baru mmg dia tak tido sngat tapi si baby sittter nie nak jalan mudah aku agak ntah berapa lama adam nangis tanpa dipedulikan pun aku tak tau. Sampai umah aku check brg2 adam dalam beg, erm lampin adam ader kesan darah, tak tau darah siapa, kat baju adam yg aku pakaikan pagi tadi ader kesan kicap. Then aku nak tidokan adam, aku tukarkan pampers, pampers adam dah penuh dengan air kencing agak dah berapa lama agaknya minah tue tak tukarkan pampers adam. Adoi geram gila tgk + sedih bila anak kita di buat mcmtue. Maner tak menangis aku tgk adam mlam tue. Rasa macam tak senang hati jer nak tinggalkan adam kat babysitter tue so husband aku ambik EL nak jagakan adam.


Aku pie keje pun hati tak senang then pagi tue aku call minah tue aku terus maki dia aku mmg totally geram, then aku agak dia pun tak puas hati pun berbalas msg ngan aku. ader jer aku marah ader jer jawapan dia, uish aku mmg gilos panas. Hari nie aku dah jadi dengan seorng auntie tue whether dia boleh jadi babysitter utk anak aku atau tak. Then aku mintak tlong kawan aku tlg carikan taska yg terdekat. In case klu tak dapat babysitter jugak. Erm aunty tue nak bayaran dalam rm 500.00 wah mahal gila yerlah dia ckp dia jaga anak org cina sebelum nie, aku tak afford nak bayar macam tue. So nasib baik kwn aku dapatkan satu no pemilik taska. Allhamdullilah aku dah pie tgk taska tue, ok environment dia, adam pun macam excited gila nak duk situ. At least adam jerlah sorang baby kat situ yag lain budak yg dah berumur dalam satu tahun ke atas. Erm masalah pun dah settle akhirnya. Aku pun time bnyk masalh tue aku pulak kene virus sakit mata, mata dah start gatal2. Dapat MC 2 hari. Oklah kan Tuhan menolong hambanya yg dalam kesusahan. Aper yg aku harapkan taska nielah jadi tempat adam di jaga dengan penuh kasih dan sayang.

No comments: