Friday, September 17, 2010

Jangan Tegur

hanya sekadar poster


Ini bukan citer seram Jangan Tegur tue, tapi kisah yg aku alami sendiri. Nak percaya tak percaya mmg aku dah terkena huhu, nielah padahnya bila kerja kat tapak projek yg memang berhantu sungguh. Kalau cakap jer aku kerja kat tapak lama hospital Lady Templer ramai dah tau tmpat tue dah 100 lebih usia, hospital yg khas utk org2 kaya jer. Siap ada 1 bangunan yg dipanggil Heritage Building yg merupakan rumah mayat hospital dan kini diupgradekan sebagai muzium that why dia dipanggil "Heritage".


Aku pun tak sedar saat bila aku terkena, start aku tau bila badan aku menggigil2 time tghari dan tgh malam hingga ke pagi, ingatkan kes aku bentan ke?? Check kat doktor suhu 40, dan teramat tinggi just dapat mc, ubat pun bnyk gila, then balik umah baring berpeluh2 tapi badan still tak sedap. dah 2 hari aku demam dengan suhu 40 then doc suruh aku buat ujian darah , tapi tuelah akunie pemalas nak pie klinik, tahan jerlahkan.Then aku mengadu kat baby sitter Adam.. aku nak tanya dia mana tau dia tau ubat penyakit aku yerlah aku ingatkan aku kene penyakit bentan rasa cam kene demam kura2. Siap ada sesi nangis depan makcik tue. Last2 dia cakap nak bawa aku jumpa ngan Pak Din kat bandar Tun Razak, dia tu ebukan bomoh tapi pengubat ayat2 al quran.


Ramai gila yg jumpa dia beratur nak jumpa, ramai gak yg dtg sbb ada masalah kene buatan org.. macm2lah.. time turn aku makcik tuelah yg mulakan story then pk din tue ambik sebiji telur then pusingkan kat seluruh badan aku sipa bac2 lah mulut dia. Then Pak din letak telur tue depan pintu umah dia, dan telur tue berdiri sendiri. Huhu ajaibkan, then Pak Din kata aku di tegur oleh "SESUATU" erm lepas tue dia tepuk aku ngan kain putih, hitam dan kuning. Terkejut gila tapi rasa cam bertambah elok, then Pak Din cakap sekarang nie fikiran aku berserabut, sesak nafas, susah bernafas then dia kata aku dalam peringkat utk kene kanser dan sarankan aku supaya berpantang dari makan seafood, telur masin dan ikan masin. Huhu mmg tak percaya benarnya tapi dia cakap aku dah ada tanda2 nak kene dah penyakit kanser, kanser mata sbb Pak Din kata mata sebelah kiri aku makin mengecil. Erm aku pasrah jerlah dengan kedaan aku.


Akhirnya ada gak aku masa nak habiskan story nie yerk...... Tapi yg pasti nama pun kerja kat tapak projek mmglah akan kene kan, kuar masuk site... masuk dalam site pie merata tempat kat site, manalah nak tau kat situ ada penunggu, ada hantu ke, huhu tak leh nampak ngan mata kasarkan. Anyway afterthis kene amalkan baca2 dulu sebelum masuk site utk valuationkan.

Tuesday, September 7, 2010

Jalan-Jalan Di Jalan TAR

Hari Ahad merupakan pagi yang indah, pagi2 dah hujan so kami sekeluarga  dah planning utk ke Jalan Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai JalanTAR, Kita orng parking kat Pertama Kompleks. Allhamduliilah mmg dapat parking dan parking tak penuh lagi time tue. Best gila. Adam pulak kami letak dalam buggy letih nak dukung Adam yerlah berat Adam dah menceceh 10.4 kg sama macam sekampit beras... leh patah tangan kalau dukung dia.


Tak ramai lagi manusia time tue, tue yg bset tue taklah crowded sangat kan jalan tue. Sebenarnya kitaorg pun tak tau tujuan aper pi sana, ingat nak cari baju kurung muwah tapi taklah muwah sngt pun, corak tak menarik tapi tuelah musim nie musim COTTON, tapi tuelah tak minatlah cotton nampak cam muwah jer padahal harga dia tak ingat beratus2 gak huhu. MMglah ada macam2 jenis cotton tapi tuelah takut tertipu ngan peniagakan. Jalan dan jalan pun tak jumpa per2... Yang membuatkan aku bengang, bila jalan tue dah letak gerai tapi ada jer kete nak lalu jalan tue, itukan tempat diaorg berniaga manusia pun lalu lalang lagi diaorng yg drive tue buat bodoh jer... geram.


Adam merengek gak tapi kami berjaya pujuk dia. Kami belikan dia belon upin sangkut kat dia punya buggy oklah dia ada gak belon yg dia nak main huhu. Alhamdullilallah Adam ok jer samapi ke akhirnya. Aku pun berjalan sambik berjalan naik lenguh kaki tapi aper pun tak beli, yg beli pun ketayap adam jer. Hadoi. Nasib baik cuaca mendung oklah tak ada lah yg masam muka, laki aku pun dalam mood utk berjalan, silalah enjoy gamabr Adam kat bawah yerk...



Adam & Upin





"Bila nak balik nie, mama????"



Jalan dan berjalan samapi tak larat nak terjah lagi semua lorong yg ada kat situ, pada penghujungnya kami tak terdengar pun suara bising Adam tup tup tgk dia dah terlentok tido. Aloh2 cam dia pulak penat yer tak, kuar dari jalan TAR pun pukul 12.30tgh tue pun bnyk jalan dah tutup oleh polis... nasib baik kami sempat parking kat pertama. Huhu tapi aper pun mmg best lah jalan2 walaupun kami tak beli aper2 pun.






Alah2 bucuk 2 anak mama, tido

Monday, September 6, 2010

My Big Adam


Dah besar dah budak nie.... huhu

Saturday, September 4, 2010

Shopping Raya :)

mama jom shopping raya



Raya nak dekat aper lagikan mesti dah time utk kita menghabiskan duit utk preparation raya lah pulak. Semua nak baru serba serbilah baru, baju baru, handbag baru, bak kata semualah nak baru, tuelah manusikan time raya mmg nak menghabiskan duit. So far aku spend just utk adam dulu papa dia bayar utk baju raya nak dia, aku bayar utk baju jalan adam. so tema kitaorg tahun nie warna biru hik hik comel jer tgk adam pakai baju melayu.. tomei2 tomei. Tapi yg kelakar nak try baju raya dam kami terus tanggalkan baju dia dan terus pakaikan baju tue.. comel2. Akhirnya dapat gak colour biru sebijik sejibun ngan baju papa dia. Huhu aku lak tak sempat nak buat baju raya, takper baju raya tahun lepas dah ada colour biru. so tak payah membazir ok. Dah settle pasal baju Adam tgl mak mgan pak dia jer nak ada baju baru, hik hik.. Lagipun cuti raya kami tak lama, papa adam dah start keje hari isnin cuma aku jer cuti lama. Setakat hingga hari nie kami dah shopping kerepek raya, shopping biskut raya tak au nak shopping per lagi. Nak pie jalan TAR tapi payah nak bawak Adam... huhu oklah hope this raya we all raya dengan happy.


Friday, September 3, 2010

Rezeki Jangan Di Tolak

sayang mama


Muwah rezeki ke?? Muwah gaklah kalau aku still kat ofis lama confirm dah dapat 1 month bonus.. sudah2 jgn dikenang lagi company lama tue. Kat sini pun kira ok gak, dapat gak duit raya dari subcon huhu, allhamdulilah dari tak ada lngsungkan. Syukur2 lepaslah gak beli baju adam yg dah mencecah berpuluh ringit tue. Huhu baju budak kecik tue pun dah berpuluh2, baju mak dia jer yg tak beli lagi ngan bapak dia. Takperlah untuk anak aper salahnya. Bila dah ada anak mmg kita akan spend utk anak. Well inilah pengorbanan mama & papa utk adam.

Thursday, September 2, 2010

Cerita pengasuh


adam ucuk2



Dah lama rasanya tak update blog nie, memandangkan busy ngan keje baru.. yerlah dah bertahun kat qs consultant tetiba kerja kat main contractor macam kene penyakit demam terkejut sikit tapi allhamdulillah semua berjalan lancar, ofismate pun ok2 belaka, lehlah sekepala walaupun tak sehati. Oklah nak cerita pasal kisah pengasuh adam nie, poning gilo ngan org macm nie. Pengasuh yg suam2 kuku baru nak belajar jaga baby.. geram tau tak!!!! Sebabkan Adam asyik sakit tiap2 minggu masa umur 6 bulan aku dah tekad setekadnya nak carikan pengasuh utk Adam, pie Apartment Kasturi jumpa nurse bersara tue siap nangis tapi acik tue pun tak leh nak tolong sbb dia jaga bnyk budak. Erm aku just tglkan no hp suh dia call klu ada org nak jaga baby.


Nak dijadikan cerita acik nurse tue call aku cakap yang ada pompuan nie jaga budak kat tingkat 9 apartment kasturi, so aku call then dia ajak jumpa kat umah dia, so memandangkan kau keje half day hari nie aku ambik Adam kat nursery then pie umah pompuan tue. Erm mmg dia kata dia pandai jag abudak, anak dia umur 1 tahun lebih macam nakal sikit tapi why not kita trykan. Soaku confirm hantar kat dia. 1st day samapi 3rd day semua ok tapi bila hari ke4 minah tue buat perangai cam ****!!!!!!! Call aku bnyk kali kata Adam nangis tak henti aku nie naiklah geram.. so pie tgk samapi tgk adam ok jer tapi ntahlah mmg dia sengaja buat mcm tue, kat pipi adam pun ada kesen luka. Aku tanya dia cakap tak tau, duk story kat aku kat sini ada hantu.. erm payah lah. ckplah tak mau jaga. Aper nak buat aku ambik adam dan ambik EL terus what to do kan. Sian tgk Adam.. erm apalah punya manusia.


Then malam tue aku msg dia, tanya bolehlah tak dia jaga adam esok then dia cakap husbnad dia tak kasi. Hadoi pening tgk org mcm nie dulu punyalah beria cakap yer saya boleh jaga la nie berhenti pulak. Hampeh punya pompuan. Aku aper lagi ambik MC dan nak tak nak kene hantar adam  kat umah mertua sian tgk adam... so aku akan letak dia kat situ sampai aku betul2 dapat pengasuh baru utk dia. Sedih jer tgk Adam, rindu tau kat dia. tiap2 masa call tanya apa Adam buat, huhu. aper nak buat ada pengasuh macam nie, aku apa lagi asayik gaduh sms jer ngan minah tue, yerlah geram. nagi dia senamglah bagi kita terkial2 nak cari org lain. Hampeh tul. Bangang. Geram



sayang anak mama



Dah merata tempat aku pie erm payah nak cari pengasuh kalau ada pun kat flat seri penara,mmg problem kalau aku letak Adam kat situ, firstly lift asyik rosak, keadaan yg sangat kotor, dan yg penting sekali payah nak cari tempat parking. Huhu macam2 kan. Tapi agaknay tuhan  nak permudahkan kesusahan aku, aku dapat pengasuh kat bandar tun razak, makcik & pakcik tue jaga ramai budak gak. Huhu tgkkkanlah tapi so far aku tgk diaorg tue ok tapi style datuk nenek yg mmg aku tak leh nak tegur. Jgn ada ape2 kene kat Adam sudah.