Friday, September 17, 2010

Jangan Tegur

hanya sekadar poster


Ini bukan citer seram Jangan Tegur tue, tapi kisah yg aku alami sendiri. Nak percaya tak percaya mmg aku dah terkena huhu, nielah padahnya bila kerja kat tapak projek yg memang berhantu sungguh. Kalau cakap jer aku kerja kat tapak lama hospital Lady Templer ramai dah tau tmpat tue dah 100 lebih usia, hospital yg khas utk org2 kaya jer. Siap ada 1 bangunan yg dipanggil Heritage Building yg merupakan rumah mayat hospital dan kini diupgradekan sebagai muzium that why dia dipanggil "Heritage".


Aku pun tak sedar saat bila aku terkena, start aku tau bila badan aku menggigil2 time tghari dan tgh malam hingga ke pagi, ingatkan kes aku bentan ke?? Check kat doktor suhu 40, dan teramat tinggi just dapat mc, ubat pun bnyk gila, then balik umah baring berpeluh2 tapi badan still tak sedap. dah 2 hari aku demam dengan suhu 40 then doc suruh aku buat ujian darah , tapi tuelah akunie pemalas nak pie klinik, tahan jerlahkan.Then aku mengadu kat baby sitter Adam.. aku nak tanya dia mana tau dia tau ubat penyakit aku yerlah aku ingatkan aku kene penyakit bentan rasa cam kene demam kura2. Siap ada sesi nangis depan makcik tue. Last2 dia cakap nak bawa aku jumpa ngan Pak Din kat bandar Tun Razak, dia tu ebukan bomoh tapi pengubat ayat2 al quran.


Ramai gila yg jumpa dia beratur nak jumpa, ramai gak yg dtg sbb ada masalah kene buatan org.. macm2lah.. time turn aku makcik tuelah yg mulakan story then pk din tue ambik sebiji telur then pusingkan kat seluruh badan aku sipa bac2 lah mulut dia. Then Pak din letak telur tue depan pintu umah dia, dan telur tue berdiri sendiri. Huhu ajaibkan, then Pak Din kata aku di tegur oleh "SESUATU" erm lepas tue dia tepuk aku ngan kain putih, hitam dan kuning. Terkejut gila tapi rasa cam bertambah elok, then Pak Din cakap sekarang nie fikiran aku berserabut, sesak nafas, susah bernafas then dia kata aku dalam peringkat utk kene kanser dan sarankan aku supaya berpantang dari makan seafood, telur masin dan ikan masin. Huhu mmg tak percaya benarnya tapi dia cakap aku dah ada tanda2 nak kene dah penyakit kanser, kanser mata sbb Pak Din kata mata sebelah kiri aku makin mengecil. Erm aku pasrah jerlah dengan kedaan aku.


Akhirnya ada gak aku masa nak habiskan story nie yerk...... Tapi yg pasti nama pun kerja kat tapak projek mmglah akan kene kan, kuar masuk site... masuk dalam site pie merata tempat kat site, manalah nak tau kat situ ada penunggu, ada hantu ke, huhu tak leh nampak ngan mata kasarkan. Anyway afterthis kene amalkan baca2 dulu sebelum masuk site utk valuationkan.

No comments: