Lilypie Third Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 2, 2010

"Kehilangan Orang Yang Tersayang"




"salam terakhir"


Seperti biasa bila dah msuk kereta, radio hot fm, fly fm & lite fm menjadi radio favourite aku. So hari nie aku dngar tentang Din Beramboi yg telah kembali ke Rahmatullah. Yup kematian adalah pasti kepada satu kehidupan cuma manusia yg tak tahu bila agaknya ajal kita sampai. Aku pulak berlainan sering mengharapkan kematian itu dtg awal pada aku, ketika aku bertarung nyawa melahirkan Adam, aku sudah minta pada Allah agar dia ambil nyawaku kalau itu adalah lebih baik utk aku, tapi aku tau itu bukan Qada & Qadar Allah tentukan pada aku. Kejamkan aku kerana harapkan kematian, seolah2 tidak sayangkan diri sendiri dan pada anak yg baru lahir. Aku tau klu aku pergi pun, Adam cuma tak dapat kasih sayang seorang ibu tapi dia masih punyai limpahan kasih sayang dari org lain. "Kehilangan orang yg tersayang" tajuk hot fm hari nie, ramai yg call nyatakn kesal, sayang, rindu pada org yg telah meninggalkan mereka. Bagi aku pulak episod kehilangan ibu yg tercinta pada Mac 2007 merupakan kehilangan paling besar. Klu bisa di ubah waktu tue , aku rela aku pergi dulu dari arwah. Sbb aku tau, tanpa mak aku seperti layang2 putus talinya, meneruskan hidup kerana hakiki dunia. Adik terlalu rindukan arwah mak, tak terbayang bagaimana rindunya adik pada mak. Kehilangan ke2, pakcik aku pula meninggal dunia setahun lpas kematian arwah mak, dia merupakan pakcik yg rapat dengan aku. Kehilangan yg ke 3, abang ipar aku meninggal dunia pada tahun yg sama cuma arwah pakcik aku dan dia meninggal dalam bulan Ramadhan tika 10 hari umat islam berpuasa ketika itu. Bnyk sungguh kehilangan dalam keluarga aku, kakak ainon dan anak2nya tabah hadapi semua dugaan itu. Kehilangan org yg paling kita sayang walaupun dah berpuluh2 tahun dia tinggalkan kita, mana mungkin insan yg menyayangi mereka akan lupakan mereka semudah itu, Tuhan menguji dan terus menguji hamba yg disayangi, Tuhan tak akan berhenti menguji kerana ia fitrah manusia, yg penting dekatkan diri padaNya semoga kehidupan yg akan dtg sentiasa di rahmati Allah SWT. Tapi aku pula kehilangan segalanya, kehilangan keluarga setelah kematian arwah mak, adik beradik mula membawa diri mengikut haluan masing, abangku  dah berhijrah ke United Kingdom, akak aku Salina hidup di Kedah bersama familinya, kakak ainon di Johor hidup dngan tabah tanpa suami bersama anak2nya. Aku pula hanya begini.

No comments: