"selamat hari raya kepada saudara serta saudari...." erm nie sebahagian dari lagu raya yg dah di mainkan dalam radio, so demam raya dah semakin dekat, ramai kuar di saat akhir utk membeli belah yerlah kan kebanyakkan shopping complex dah ader sale so aper lagi baik kita membeli time tgh sale, dapatlah muwah sikit dari kadar yg biasa. Tahun nie aku dan husband tak terlalu memikirkan pasal raya, maybe aku tgh ngandung skrg so tak berapa larat nak sediakan kelengkapan raya mcm nak cari langsir baru utk umah, kami lebih tumpukan utk sediakan kelengkapan bayi, so budget mmg lari utk baby sajer dan baju raya aku sendiri pun aku tak cari so raya nanti pakai baju ngandung sahaja.. tpi sian kat husband jenuh dia cari baju melayu, dan dia mmg agak memilih kalau pilih baju. So dapat hadiahkan husband 2 helai t-shirt utk dia for jalan2 raya nanti. Ahad konon nak survey baju melayu kat Jalan Tunku Abdul Rahman tpi malangnyer, polis bnyk buat blok jalan dari masuk ke kawasan parking, tak taulah knapa diaorg buat mcm tue. So dengan hampa kami balik.
Then one more nak ucapkan thanks pada Mama Afzan, yg sudi antar biskut raya "free" utk aku rasa. prihatin betul dia pada aku kerana keadaan aku yg kini ngandung. So Afzan, semua biskut yg hang bagi tue amat sedap so hang mmg kene buat bisnes tahun depan sure laku. Cakap pasal biskut raya, time kecik smpai aku masuk universiti aku paling suka buat biskut raya, arwah mak aku paling suka buat kuih traditional tapi aku tak berapa gemar buat biskut traditional coz leceh gila nak buat, buat bahulu, tempeyek, putu, ish bnyk lagi. Biskut moden yg mesti ader, biskut chocolate chips, corflakes kismis dan biskut jem mesti ada tiap2 tahun, aku pulak malam raya mesti buat 4 biji kek, kek buah, kek coklat paling favourite. Bangga gila org puji kek buatan aku, tapi skrg aku dah lamer tak buat sejak arwah mak meninggal. Semua hanya tgl kenangan....
*lapor gila nie*
No comments:
Post a Comment