Lilypie Third Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 8, 2009

Kenapa?

why ????



Sabtu yg lepas aku dan suami telah pulang ke kampung utk melihat ayah di Teluk Intan, Perak. Melihat rumah yg telah lamer hilang seri membuatkan aku terfikir, kenapa cepat sangat rumah ini menjadi terlalu sunyi seolah2 tiada penghuni sejak kematian arwah ibu. Teringat dulu suasana yg riuh dengan gelak aku dan arwah emak. Kami mmg rapat, rapat sangat. Tapi maner mungkin aku menahan qada dan qadar Tuhan yg lebih menyayangi arwah emak. Ketika aku mula merangkak utk bina kerjaya, hidup berdikari di KL dengan perancangan mahu membahagiakan arwah emak, tpi apakan daya sudah tertulis suratan ini. Ayah ku juga tiada perubahan, itulah keadaannyer ketika arwah mak masih idup dan selepas kematian arwah emak, dia tetap begitu. Kenapa manusia susah berubah??? Berubah kepada yg lebih baik tetapi tidak pada ayah dia seolah2 tidak terkesal dengan kehilangan arwah emak.



Raya terakhir bersama arwah mak adalah paling bahagia, semua berkumpul tapi arwah mak ketika itu seolah menyimpan rahsia yg tak diketahui oleh kami.Yup itu dikatakan pengorbanan arwah emak terhadap kami, tak mahu menyusahkan kami. Ya Allah ketika aku coretkan luahan ini, aku menangis, kenapa aku terlalu rindu padanyer. Terlalu rindu walaupun aku sering senyum, sering ketawa, tapi tak siapa tahu isi hatiku. Walaupun arwah mak dah 2 tahun tinggalkan kami tapi Ya Allah susah aku utk terima, aku redha, aku tak mampu menahan, tpi aku........... (speechless)

Raya 2007, raya tanpa arwah mak. Kali pertama aku, abg dan ayah beraya tanpa aper2 pun yg ader sepatutnyer ketika itu, tiada makanan raya, tiada kuih raya dan itu merupakan kali pertama aku mengunjungi pusara arwah di pagi raya, membacakan yasin utknya menangis tanpa henti aku ketika itu. Raya 2008, aku telah kehilangan abg ipar ku, raya sudah tiada erti lagi, hanya aku yg pulang ke kampung, memandu sambil menangis mengenangkan nsib, abg ku sudah berhijrah ke UK, akakku semua beraya di umah mertua. Ya aku faham mereka sudah ader keluarga. Aper yg ader utk aku raya itu. Aku memakai baju raya, menziarahi pusara ibu dan pulang ke KL pada pagi raya tersebut, raya ketika itu ku anggap satu kesepian.

Raya 2009, ku kini ader suami, ader bayi yg kukandungkan, ader mertua, ader sedara mara baru yg kini aku anggap sebagai penawar kedukaan ini, yg aku harapkan sambutan raya tahun ini amat bermakna buat ku.





* baby, mama tak sabar nak raya ngan papa tahun nie*

No comments: