Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.
1.Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
a) sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. (yup, mmg sedang sakit, tambah2 bila bangun dari tido)
b) kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (bolehlah tapi tak kerap sangat sbb tak minum bnyak air dekat2 tidor)
c) sakit perut, memulas (dah start memulas sejak 2-3 ari lepas)
d) kerap buang air besar (sejak 2-3 ari lepas asyik berak je walaupun sakit buasir ader tpi tetap nak berak)
e) kerap terkentut (mmg kerap kentut kebelakangan ni... ingatkan angin masuk bdn)
2. Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
a) Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis. (emm ni ada tp rasanya discharge kot)
b) Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital. (still tak ader tanda darah lg)
3. Sakit belakang
a) Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. (sakit belakang dan sakit otot)
b) Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. (nak bgn pun kena merangkak dulu skang cr tempat paut tgn br ble bangun.. dah x ble angkat bdn snirik )
c) Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. (jalan samapi kaki nak tercabut dah pun)
d) Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. (entahlah tahan jerlah sakit, sekarang selalu duk atas sofa tak leh duk atas lantai)
4. Pecah air ketuban
a) Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital. (erm takder lagi)
5. {mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10. (ntah tak tau)
6. Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"
7. Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
a) kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (tak ader lagi)
b) keluar air ketuban. (tak ader lagi)
c) pergerakan bayi menjadi kurang kerap. (rasa mcm aktif jer)
d) keluar darah dari vagina. (tak ader)
e) apa saja masalah yang dialami. (ntahlah.. tunggu jer bila nak bersalin nie)
No comments:
Post a Comment