Tuesday, May 11, 2010

Tanda-tanda Adam Ready Nak Mamam????

Huhu, lanie Adam finally dah 5 Months, officially ok... so lanie dah aku sibuk fikir nak kasi Adam makan nestum, nak buh nestum dalam Adam punya susu. Tapi aku tgk Adam ok jer tak nampak pun dia kelaparan pun cuma aku kot excited nak kasi Adam makan awai...actually for those budak yg mmg dah minum susu formula boleh start dari awal utk kasi makan, means seawal dari 5 bulan. So ok kot, cuma tgh fikir nak kasi 1st meal adam is what?? Cadang nak bagi pisang lenyek mesti sedapkan nyum2 or nak kasi bubur kosong, so tgh fikir nak kasi kat Adam. So skrang nie dok sibuk baca kat Ratuhati.com tentang makanan pertama bayi anda, mmg best gila forum nielah ramai gila mak, ibu, mama, umie yg share 1st solid food utk diaorng punya baby.


 Nestum Growell


Aku pun dah standby nestum Growell utk Adam, dengar cerita this nestum sesuai utk baby dari 3 to 12 months, erm dan nestum nie pun dia pun bnyk kebaikan dan keistimewaannya yg tersendiri...Diantaranya


1.Menolong penghadaman dan menambah selera
2.Mengelakkan kembung perut dan sembelit dan ragam tangis
3.Menyenyakkan tidur
4.Membantu membina darah, tulang dan gigi
5.Menguatkan otot dan sendi
6.Menghindari penyakit kulit
7.Membantu perkembangan akal cerdas

----------------------------------------------------------------------------------------

Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia

Kebiasaannya pada umur bayi empat bulan (bayi menyusu susu formula) dan enam bulan (bagi bayi menyusu susu ibu secara eksklusif) mereka mungkin bersedia untuk makanan pejal. Ada beberapa tanda yang menunjukkannya antaranya:

    Adam at  KFC Cheras Mahkota..
    mama adam nak mamam KFC
  1. Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak. (adam punya kepala memang dah tegak tak ada dah serong ke kiri or ke kanan, tambah2 time merangkak dah semakin terror dah tak jatuh2 dah kepala)
  2. Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa. (Erm yg nie tak faham sikit, Adam bila aku dudukkan dia mmg dia dah ok lah tapi dia tak leh nak seimbangkan badan lagi)
  3. Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya. (Hihi Adam dah exceed berat badan dia time dia 3 months, berat dia time lahir 3.73x2=7.46kg, berat badan time 3 months 7.76kg)
  4. Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali (Lanie Adam tak macam lapar sesangatlah, tak nangis pun, kasi susu kat dia every 3 hours so ok kot klu malam every 5 hours)
  5. Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa. (yup nie Adam dah show tanda2 tue)
  6. Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan. (yup ini mmg time aku nak makn kfc leh pulak dia tangkap chezy wedges)
  7. Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya. (nie tak try lagi)
  8. Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan. (nie tak try lagi)

  9. Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya. (ya, Adam dah terror dah nie)


No comments: