Lilypie Third Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 31, 2010

Sharing is Caring :)

l
mama, look at me

Wajah aku happy se happy wajah Adam, kenapa happy?? Sebab esok cuti setelah lama tak merasai episod cuti yg agak panjang nie. Kat ofis pun tak ada org, semua pergi meeting dan outstation. Oklahkan, leh aku curik tulang sikit kat ofis nie, esok aku nak balik kampung kat Teluk Intan. Setelah sekian lama tak balik, so nak bawak Adam jumpea Atok dia, nenek dah tak ada, yg tgl hanya atok. Harap journey kami sekeluarga ke Perak esok berjalan dengan lancar. Amin 

Hari nie aku rasa nak share something, erm ramai yg tanya aku kenapa dalam blog just nak story, hal aku, hal2 macam tak puas hati, hal2 kerja ofis, kisah2 adam takkan tak ada citer lain citer politilk ke hiburan ke????. Wakaka hebat gak soalan nie, actually kalau nak jawapan ringkas, just cakap jer "Suka hatilah blog aku, korang baca wat per?? Tak payah susah2 hati nak baca blog nie".. hihi tapi yg pasti jawapan macam nie tak elokkan nanti mengguris hati banyak pihak, banyak hati nak jaga time nak menulis blog nie, padahal nie blog AKU PUNYA tak ada kaitan dngan individu yg hidup dan sudah mati.

So dengan kerajinan yg teramat sangat aku dah google, dah yahoo yg paling tepat meaning of blog is a journal / online diary made by individual. so dah ada idea sikitkan apa tue blog. So tak kisahlah aper pun nak coret, nak tulis, nak luahkan ke, nak aper jerlah sbb blog nie mmg how individu nak voice out pasal hidup dia, life dia, masalah dia, keje dia, opinion dia apa2 sajerlah suka dialahkan nama pun blog dia.. so if people rasa blog nie mcm nak menunjuk2 dan blog ini macam blog utk org yg pentingkan diri sendiri, so setuju tak kalau aku katakan maknanya org nie tak faham apa maksud blog.


 I ENJOYED BLOGGING


Blog is the way aku nak voice out tak payah nak diary2 nie, jenuh nak tulis, buang dakwat pen, buang kertas, kasi lenguh tangan, kalau salah nak potong pulak nak liquid paper lagi. Kalau blog online nie banyak benda jimat yer tak, tapi lenguh tangan tue tak hilanglah, hihi tapi jimat dakwat pen sudah tentu. Ok what klu berblogging nie, kita leh share everything online, mmmg bagi org macam buat apa nak blog wasting time, bukan org nak baca pun, erm tak kisahlah org nak baca ke tak ke?? janji semua memori still ada dalam blog nie, nama pun blog JOURNEY OF LIFE, so happy berblogging. Enjoyed ok no stress! no more stress2 nie. Happy sudah.

Wednesday, May 26, 2010

Resigned Mood

Bila dah resigned nie mood nak buat kerja pun dah hilang, tak sabar rasanya nak pie kerja kat tempat baru. Erm kerja nak clear kat sini pun bnyk lagi nak buat tpi hati ku dah tak ada rasa nak keje dah, camner yerk. Lady boss aku pun dah memuncungkan mulut kat aku, yerlah kat sini bila somebody dah hantar resign letter, diaorang akan treat mcm kita nie pengkhianat pada company. Walaupun ada sesi slow talk means heart to heart session pun still no increment bos kasi sbb dia ckap dah kasi this awal tahun. Just dia tanya aku why aku nak resigned? Erm aku just says, dapat dekat ngan umah? diam, senang citerkan. Aku dah agak dah diaorg takkan kasi increment, diaorg nie kedekut sikit, mmglah ada bonus tapi macam bos nie pentingkan poket dia dulu dari kasi up gaji org kat ofis nie. Aku tak taulah kot kat aku sorang jer yg dia tak naikkan increment dngan bnyk. huhu. Bos pun dah tukar kete baru selepas kete dia BMW 3 series kene rompak dia dah tukar kete BMW 5 series pulak, bnyk duitkan, bini dia aka my lady bos pun tukar kete baru gak, Honda Stream.. erm bnyk duitkan tapi gaji pekerja gitu gak.. huhu. No appreciation langsung.


So disebabkan inilah aku pun rasa baik aku blah, mmglah siapa tak nak gaji kasi upkan nie kerja bagai nak gila tapi aper yg dapat. Huhu. Dah 2 tahun 5 bulan ok aku keje tapi what i get???  So lanie aku siapkan apa yg boleh dalam tangan aku skarang. Buat selagi boleh tak payah nak sungguh2 dah. Do my job get last salary and blah. Lagi bagus. huhu. No more HARD WORKING. NO MORE TEARS TO THIS COMPANY. Already FED UP.

Lebih baik we all enjoy tgk gambar Adam nie, si kecik nie pantang gila bila nampak kamera, angkat hp jer ingat nak tangkap gambar dia, hihi. La nie dia mmg minat sungguh kat ASTRO punya remote control, so kasi jerlah dia main snang cite.




Adam dan kubu, kene buh kubu nie sbb dia suka nak pusing,
golek tiarap sampai ke hujung



Tiarap dan tiarap

Tuesday, May 25, 2010

Family Outing

Tiap hari Ahad ialah hari kami sefamily outing pagi2, bukan outing ke shopping mall tapi shopping utk mencari barang2 dapur utk stock 1 minggu. Dulu aku selalu pie kat kedai aka mcm wet market kat taman len sen, cheras. Tapi sejak diaorg dah tukar owner aku dah tak minat dah nak pergi beli barang basah kat situ, pilihan ikan tak banyak, ikan mcm tak fresh jer + harga ikan pun agak mahal, huhu sayur oklah bnyk, tapi tuelah malas nak menyesakkan diri kat sana lagi.

So then aku dah dapat tmpat baru maner nak dapatkan brang2 basah nie, la nie dah start pergi ke Pasar Pagi kat Bandar Tun Razak, sambil leh cuci mata tgk brg lain yg ada jual gak, cam tudung, cam makanan, erm macam2 ada, hihi. So time nie best gak bawak Adam jenjalan pagi2 kan klu tak dia ngan papa dia kan kene tunggu dalam kete sampai Adam nangis kebosanan, So at least tempat shopping terbaru aku nie dekatkan, so far ikan, daging, sayur senang gila nak dapat so harga pun ok. Ada pakcik tue yg niaga daging cakap "harga2 kaum2" hihi ada pulak cegitu yer tak tapi oklah muwah wo daging lembu nie hihi. Tenkiu pakcik. Jadi bolehlah jadi pembeli tegar kat Pasar Pagi Bandar Tun Razak.

After episod shopping dah habis kami akan makan kat kedai paling kami suka pie breakfast is kat Q-Bistro, pagi2 kat sini dah pack dngan org, actually menu dia tetap sama macam kat kedai mamak yg biasa cuma yg bezakan ialah suasana yg agak santai. Enjoy makan dan makan, Adam hanya mampu tgk sahaja, hihi. Yg penting roti canai 2, ngan air milo panas huhu meletup gitu makanan pagi2. Kenyang sampai ke tengah hari gitu. Balik umah nak kerjakan, ikan & ayam pulak. Nak kemas peti ais lagi, nak basuh baju lagi huhu. Janji Happy



Ragam Adam Ke Pasar Pagi






muka cam tak suka pie Pasar Pagi





 sukanya saya jenjalan pagi2 nie... nak shopping utk
 barang dapur ngan mama & papa






comel tak sya mama





kecik2 dah merenung masa depan
wakaka



Monday, May 24, 2010

Gaya Tido Terbaru Adam

Nampaknya blog nie kene tukar kepada "Blog Adam" , tak habis2 mama dia nak update pasal dia yer tak. Alah saja jer nak share kisah hidup si kecik nie sambil membesar dengan sihat dan kuat insyallah dan cukup dengan kasih sayang mama &  papa dia. Adam la nie dah 51/2 bolan erm bnyk gila perubahan budak nie. Hadoi mama dia nie pun terkejut, makin sehari makin ke sehari ader jer akal yg baru. huhu. Lanie aku nak share kisah tidor Adam. Actually dulu masa time Adam lahir aku mmg tak nak ajaq dia tido buai, yerlah mals tul nak duk dan enjut buai tue. Tpi disebabkan nasihat MIL so terpaksa buh Adam dalam buai ini kes tak rela tapi terpaksa huhu.

nie bantal bucuk Adam
tak bleh tido tanpa bantal nie




nie mama tak buli dia tau
mmg gaya dia tido sndiri
dia sndiri tarik bantai tue kat muka dia



1st day hantar kat nursey dah ckap kat nursery anak aku tido buai, yerlah takut jadi problem kat pihak diaorgkan. Tapi umie lieza ckp erm takper kat sini dia boleh belajaq tido sndiri. Allhamdullilah dah 3 bolan duk situ Adam mmg sng tido, pandai diorg ajaq anak aku tido. Tapi bila kat umah Adam tak leh tido sndiri, dia nak kene tido dalam buai, klu siang 100% time mmg tido dalam buai, malam pulak lpas dia nak bangun minum susu kali ke2 baru letak kat bawah. Tapi lanie ajaib gila dia bleh tido sndiri huhu mama dia terkejut aka beruk tgk. Harap nie berterusanlahkan. Tak susah mama & papa, duk enjut jer buai tue. Allhamdullilah dgn perubahan dia... pandai dah tido ngiring sndiri, if tak selese dia kan cari posisi yg betul2 selesa pada dia, geraklah dia ke kiri ke kanan ke, ke atas ke bawah ikut dia punya suka.





gaya tidoq di suatu ptg
comel tak saya



Friday, May 21, 2010

Finally, I Resigned


i will be missing them



Finally.. episod pencarian kerja aku sudah berhenti ke penghujungnya, aku terima offer utk kerja di syarikat tue. Erm setelah berfikir dengan panjang dan sedalamnya, aku rasa ia adalah permulaan yg baik utk aku. Yerlah mana nak dapat kerja yg betul2 dekat dngan umah, walaupun aku kene keja hari Sabtu its ok for me, alah 1/2 hari jerkan. Lagipun dekat ngan umah, hihi boleh menular dan balik awal, tak payah dah nak fikir jammed ke aper ke, tambah2 kat highway metramac tue, klu hujan sikit nak masuk bandar seri permaisuri  mesti jam, so aku boleh jimat masa kat situ. no more jammed and also save on petrol.


Resign letter aku dah bagi hari ini setelah tak tau dah simpan berapa lama nak tunggu masa yg sesuai dan jugak aku pun time tu tak fixed lagi time tue my decision, principal pun agak terkejut, tapi buat apa dia nak terkejutkan. Dah 2 tahun 5 bulan, lama gak  aku kerja kat sini still bos tak appreciate aku, bila mood tak baik nak cari salah, erm aku tau kat mana2 pun ada situasi mcmnie tapi better aku change my working environment yg agak limited niekan.. hihi limited ke?? Tak limited pun tapi you still dapat restriction dari bos, if meeting or project tue involve majority is chinese mmg my bos tak kasi aku pergi. huhu yerlah restriction in bahasa. Tapi so far aku thanks on my pricipal, walaupun aku bnyk kene marah, kene maki tapi dia still faham aku, well its a job and you kene profesional kan. Tapi ada gak time bos pun tak profesional gak, hihi bila moody jer masuk ofis kasi tembak semua org. huhu klu lah boleh pakai bullet proff punya baju kan senang, huhu tak lah terasa sakit kat kepala dan kat hati.

Rindu kat project yg aku tgh handle skrg, ASTRO Arena, dah boleh tgk kat saluran 801, hihi tue projek aku tue, ASTRO Cafe, rindu nak masuk ASTRO lagi, Elken KK pun tgh final account Variation Order dah  90++ erm nie tak tau aku leh finalise or tak?? hihi lantaklah malas nak rerajin nie. Elken Elysle Spa, huhu Final Account yg nyaris buat aku gila, Elken Exhibition Hall agak payah utk closed final accounts nie gara2 en KP yg sungguh fussy,  Elken GMP Factory this July drawings nak masuk huhu oklah at least aku dah buat pre-estimate, nie mmg projek besar (Green Building) oklah kan utk CPK,  Bumi Armada my project with UT Projects, Petronas Dayabumi, projek nie bnyk sejarah aku titiskan air mata utk projek nie, aku bertungkus lumus demi projek nie, huhu tak berbaloi gak aku kerja sampai tgh malam still bos tak naikkan gaji seperti apa yg aku harapkan, its oklahkan tahniah pada Contractor yg dapat kontrak nie, Petronas Turkmenistan tunggu bila nak time bomb, huhu klu tak aku leh pie overseas dah nie. To my all projects yg aku involved Xenri Restaurant at Menara Hap Seng and at Elken HQ, makanan kat sana adalah superb.. hu hu 1st project yg aku sendiri buat taking off, contract & final accounts that why aku jatuh cinta pada Interior Design, sesungguhnya ia adalah  Japanese Restaurant yg tersangat cantik.. i will be missing u. A lot of memories is here. aku kawin aku pregnant, erm huhu... i miss you all, segala tangisan, keringat adalah dalam memoriku. 


Aper2 pun doakan sajerlah yg terbaik buat diri kita sendiri, harap episod pertukaran kerja ini menjadi satu permulaan baru utk aku, to expand lagi career aku, huhu aku akan merindui kerja QS kat ID & Fitout Works nie, huhu, I will be missing my office nie, erm tak taulah ada tak staff yg rindu pada aku yer tak??  terutama my Principal.... huhu no more gangguan dari MR KP Ng Elken punya Contract Manager, huhu sakit wo & stress  bila dia kasi comment  on Final Account Elken tak kisahlah mana projek mmg kita akan tertekan leh dapat sakit jantung huhu, huhu tense bila dengar nama dia. Oklah kita mesti ada perubahan dalam diri sendiri and tak boleh nak stick in one things for years kan, if boleh expand your careers better expand, grab the chance. Huhu i will be missing all my Projects here.


Monday, May 17, 2010

Adam Officially 5 Months

Huhu officially Adam sudah 5 bulan, lanie dah 5 1/2 bulan dah. Tak cayokan. Copat jer masa berlalu. Dulu tgk baru 3 bulan tgk tup2 dah 5 bolan dah si kecik nie. Adam dah dapatkan injection utk 5 bulan, huhu tak sangka dia tak nangis pun, bunyi pun tak. mesti kulit dia tebal so taklah rasa sangat jarum tue kot. Hihi. ntahnya. oklah tak nangis tapi nurse yg inject dia pulak mengelabah riso tgk budak nie tak nangis.


Latest info on Adam


  • Dah kenai muka pak dan mak dia, hihi mmg dari perut lagi dia kenai mak dia, tapi lanie dia dah betui2 kenal kebulatan muka mak & pak dia.

  • Berat dah 8.80kg, 79cm panjang BMI still ok

  • Dah ada 2 gigi

  • Sudah pandai golek2, niarap dan golek

  • Suka gelak + ajak org sembang kat nursery
mari tgk kartun


  • Suka tgk kartun dah sekarang, klu dia nangis or tak ada mood, kasi tgk kartun dia terus senyap
    mama tak nak layan Adam
    mama pun tido
    Adam tidolah jugak

  • Sudah pandai tido sendiri, hihi kenapa aku ckap dia dah pandai tido sendiri?? dulu dia tido buai bila time nak tido, la nie dia nagntok dia tido sendiri terus. Hihi tau ramai anak yg senang nak tido gakkan, nie ajaiblah bagi saya, pandai dah dia.



Friday, May 14, 2010

Gigiku Kini Dua

Huhu finally Adam sudah tumbuh gigi, last 2 week kitaorg so suprise yg Adam sudah ada gigi, hihi nie aku realised time dia nak mandi, aku check dia punya mulut, erm pelik kenapa ada putih kat gusi dia, ke susu yg terlekat. So aku pun gosoklah kat tempat tue.. hihi rupanya tue gigi. Wah baru nak masuk 5 bulan sudah ada 1 gigi. Mesti comel sesangat. Erm semalam penjaga kat nursery cakap Adam nak tumbuh gigi satu lagi, huhu awatlah penjaga nie yg realised dulu dari aku, mana aci niekan. Tgk balik umah yup sudah nak tumbuh lagi 1 gigi. Sekarang gigi Adam sudah ada dua. Comel dan mmg tersangat comel klu gigi baby tumbuh hihi. Disebabkan penumbuhan gigi adam nielah tue adam sakit last week demam sampai cecah 38.8, rupanya demam sebab tumbuh gigilah. dahlah time tue Adam kene batuk dan selsema, bila nak tukar bulan jer mesti sakit Adam dtag sekali huhu. leh pulak jumpa paedtrician. Paed tu tanya berapa umur Adam, mama bilang baru  nak masuk 5 bulan, huhu Paed pun kata macam 8 bulan punya budak... huhu, Nak wat camno dah nak sesihat tuekan.



Adam: Mama, bila leh kasi Adam mamam
Mama: Erm wait until you 6 months ok
(huhu mama speaking)
Adam: Nak mamam KFC jugak......!!!!


Disebabkan gigi baru tue jugaklah Adam duk gigit jer tangan dia buh dalam mulut padahal dah ada dah teether, agaknya teether tue tak bestkan, best lagi tangan dia kot disebabkan itu juga aku beli lagi 3 teether utk dia gigit. huhu yg lembut sikit. Buh teether dalam peti sejuk, kuarkan dah sejuk then kasi Adam gigit hihi, so dia rasa sejuk sikit kat gusi dia tue.

Wednesday, May 12, 2010

Panduan makanan bayi (Just for my note)

It’s So Yummy Mummy!



Panduan menyediakan makanan kepada bayi.

1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.

2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.

3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur.

4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu.

5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.

6. Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.

7. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan manakala bayi yang menyusu formula, bergantung kepada kehendak bayi (4-6 bulan). Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.

8. Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5 bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.

9. Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan. Sebaik-baiknya, anda juga turut makan sedikit makanan tersebut kerana bayi akan mengikut apa yang ibu/ bapanya lakukan.

10. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan ‘no preservative’ atau ‘no sugar added’.

11. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.

12. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.

13. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.

14. Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.

15. Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi.



Peringkat pemakanan bayi

Peringkat 1 (5-7 bulan)

• Pada peringkat ini, makanan yang paling sesuai diperkenalkan ialah buah-buahan. Buah-buahan yang sesuai ialah seperti epal, pear, tembikai, pisang, betik, mangga (pastikan tidak ada serat yang diberikan sekali dengan cara menapis buah mangga terlebih dahulu).

• Beri bayi satu jenis buah atau satu tekstur buah yang sama pada satu masa sahaja supaya bayi boleh memahami rasa dan tidak keliru.

• Buat permulaan, beri bayi makan sehari sekali (lunch- antara 11.30 hingga 12.30 tgh). Kemudian boleh ditambah kepada 2 kali sehari (lunch dan dinner- antara 5.30 – 6.30 petang). Selepas dari waktu tersebut, tidak perlu beri makan kepada bayi, memadai dengan susu sahaja.

• Cara penyediaannya fruit puree ialah seperti berikut:

1. Potong buah kepada kiub-kiub kecil dan rebus atau steam buah-buahan tersebut sekejap sahaja (1-2 minit).

2. Lenyekkan atau blender buah.

3. Buat permulaan, beri bayi makan 2,3 sudu sekali makan sahaja dan tambahkan sedikit demi sedikit pada hari berikutnya.


Peringkat 2 (8 – 11 bulan)

Bentuk makanan yang sesuai adalah sayur-sayuran seperti bayam, saleri (boleh membuatkan makanan menjadi wangi dan menyelerakan) sawi, carrot, brokoli, labu, keledek dan kentang.

Boleh beri bayi makan campuran sayur-sayuran yang direbus atau di steam sahaja atau boleh juga ditambah ke dalam bubur nasi.

Pastikan sayur-sayuran tersebut separuh masak sahaja bagi memastikan vitamin dan khasiatnya tidak hilang.

Ikan bilis, ayam atau ikan salmon juga boleh ditambah ke dalam bubur. Pastikan bubur dilenyek atau diblender terlebih dahulu.
Peringkat 3 (12 – 18 bulan)

Pada peringkat ini, air kopi, teh, dan kekacang masih belum sesuai diberi.

Jus buah-buahan yang segar seperti oren atau apple boleh diberi kepada bayi tetapi pastikan dicampur dengan banyak air masak.

Yogurt buah-buahan bukan citrus boleh mula diberikan kepada bayi sebagai campuran ke dalam fruits puree atau dimakan begitu sahaja semasa tea time.

Apabila bayi mencapai usia setahun, bilangan waktu makannya bertambah kepada 4 kali (breakfast, lunch, tea dan dinner). Contoh makanan yang sesuai:

• Breakfast (7.30 – 8.30 pagi): Sekeping roti bakar @ cereal+susu (nestum, cornflakes)

• Lunch (11.30 – 12.30 tgh): Nasi panas+sayur yang dipotong halus+ikan salmon@ayam

• Tea (3 – 4 ptg): Fruits puree + yogurt

• Dinner (6 – 6.30 ptg) : Keledek + kentang + carrot + daun saleri yang direbus sekejap, digaul bersama dan dilenyek.

Tuesday, May 11, 2010

Tanda-tanda Adam Ready Nak Mamam????

Huhu, lanie Adam finally dah 5 Months, officially ok... so lanie dah aku sibuk fikir nak kasi Adam makan nestum, nak buh nestum dalam Adam punya susu. Tapi aku tgk Adam ok jer tak nampak pun dia kelaparan pun cuma aku kot excited nak kasi Adam makan awai...actually for those budak yg mmg dah minum susu formula boleh start dari awal utk kasi makan, means seawal dari 5 bulan. So ok kot, cuma tgh fikir nak kasi 1st meal adam is what?? Cadang nak bagi pisang lenyek mesti sedapkan nyum2 or nak kasi bubur kosong, so tgh fikir nak kasi kat Adam. So skrang nie dok sibuk baca kat Ratuhati.com tentang makanan pertama bayi anda, mmg best gila forum nielah ramai gila mak, ibu, mama, umie yg share 1st solid food utk diaorng punya baby.


 Nestum Growell


Aku pun dah standby nestum Growell utk Adam, dengar cerita this nestum sesuai utk baby dari 3 to 12 months, erm dan nestum nie pun dia pun bnyk kebaikan dan keistimewaannya yg tersendiri...Diantaranya


1.Menolong penghadaman dan menambah selera
2.Mengelakkan kembung perut dan sembelit dan ragam tangis
3.Menyenyakkan tidur
4.Membantu membina darah, tulang dan gigi
5.Menguatkan otot dan sendi
6.Menghindari penyakit kulit
7.Membantu perkembangan akal cerdas

----------------------------------------------------------------------------------------

Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia

Kebiasaannya pada umur bayi empat bulan (bayi menyusu susu formula) dan enam bulan (bagi bayi menyusu susu ibu secara eksklusif) mereka mungkin bersedia untuk makanan pejal. Ada beberapa tanda yang menunjukkannya antaranya:

    Adam at  KFC Cheras Mahkota..
    mama adam nak mamam KFC
  1. Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak. (adam punya kepala memang dah tegak tak ada dah serong ke kiri or ke kanan, tambah2 time merangkak dah semakin terror dah tak jatuh2 dah kepala)
  2. Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa. (Erm yg nie tak faham sikit, Adam bila aku dudukkan dia mmg dia dah ok lah tapi dia tak leh nak seimbangkan badan lagi)
  3. Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya. (Hihi Adam dah exceed berat badan dia time dia 3 months, berat dia time lahir 3.73x2=7.46kg, berat badan time 3 months 7.76kg)
  4. Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali (Lanie Adam tak macam lapar sesangatlah, tak nangis pun, kasi susu kat dia every 3 hours so ok kot klu malam every 5 hours)
  5. Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa. (yup nie Adam dah show tanda2 tue)
  6. Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan. (yup ini mmg time aku nak makn kfc leh pulak dia tangkap chezy wedges)
  7. Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya. (nie tak try lagi)
  8. Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan. (nie tak try lagi)

  9. Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya. (ya, Adam dah terror dah nie)


Sunday, May 9, 2010

"Happy Mother Days"

mama & Adam




Finally aku nak ucapkan pada diri aku sendiri Selamat Hari Ibu, hihi. At last aku dah jadi seorng ibu dan dah tau rasa camno lah payahnya jadi seorng ibu yg bekerjaya (working mom kata org puteh). Sudah nak masuk 14 bulan aku dah official jadi mak, hihi yerlah counting start from pregnancy kan, automatic pregnant so automaticlah jadi seorng ibu. So are you happy to become a mom?? Mestilah happy, klu tak happy baik jgn kawen, jgn pregnant. Hidup seorng wanita akan lengkap bila you dah jadi seorng ibu.
Dengan kelahiran Adam Quzhairiey, ia amat melengkapkan kehidupan aku, yerlah ingatkan rezeki kami nak dapat anak taklah secepat inikan, tapi nama pun rezeki dari Allah S.W.T. jadi terimalah dengan hati yg terbuka dan bersyukur atas pemberianNya ini.

Tapi tuelah still ada kekurangan juga aku sebagai ibu yg tak boleh beri pada Adam, aku tak dapat bagi dia susu ibu. Erm sbb susu tak keluar pun dan hanyalah sedikit walaupun dah bagi direct kat Adam still tak bnyk, macam2 dah cuba, makan sawi, makan lobak putih, minum air bergelen2 tapi hasilnya tak ckuputk supply pada Adam. Erm totally kene bagi dia susu formula. Lahirnya Adam ke dunia pun tak sempat menjamah susu aku dah diberikan susu formula oleh pihak hospital. So nak salahkan siapa?? Keadaan aku agak kritikal dalam wad,  dan tak dapat jumpa Adam after 24 hours barulah aku dapat jumpa dia. Tragis tak tragiskan.

Banyak benda yg terjadi in my life, ramai yg tahu but still i'm happy and not ever regretted to become a mother, if Tuhan nak ambik nyawa aku time tue, aku redha walaupun Adam tak kenal pada ibunyer sendiri. Ramai yg akan menyayangi dia kelak. Menariknya hidup bila ada anak? Kat ofis fikir anak? Kat dalam kete fikir anak? Nak mandi, nak makan fikir anak??  hihi. Excitedkan tpi a little bit tired, yerlah tak sempat nak enjoy for diri sendiri and nak pampered diri kita, dah tak leh nak shopping baju sendiri automatik kita kan fikirkan baju anak, keperluan anak, tak kisahlah mak tak tukar baju pun janji anak cukup dngan baju. Time anak sakit yg buat aku panik mmg tak leh tido mlm lngsung, takperlah demi anak , mama kenelah berkorban utk anak dia yer takperlah walaupun mama dia tak cukup tido, janji anak sihatkan.

So Selamat Hari Ibu utk ibu, mama, umie, mummy yg kat luar sana. Hope kita sentiasa happy dgn life berfamily inikan...

Friday, May 7, 2010

Selamat Hari Ibu... (Khas utk mak)




Suatu petang, aku dengar radio Suria FM, ntah tiba2 tak tau kenapa nak dengar lagu2 lama. Suddenly Lagu UMI nie appear.. huhu syahdu siap menitis air mata aku time drive. Bila dengar lagu nie aku teringatkan arwah mak. Berdebar jer hati, erm sesungguhnya aku rindukan arwah. Untungnya org masih punya mak, tidak mcm akukan. Tapi aku syukur kini aku seorng mama kepada Adam Quzhairiey, anak ku yg chubby aka tembam tue, what happened in the future mama will be your soul  lights ok Adam. Be good boy sayang. Anyway to all mama, ibu, umie, mak atau apa pun gelaran yg diberi, sayangilah mereka dgn seadanya, time mereka masih bernyawa dan sihat.. sesungguhnya bila anda kehilangan mereka, hanya kenangan yg tgl utk anda, Hargailah yg tersayang..



Kepada Arwah mak, walaupun adik tau mak takkan dapat dengar dan lihat adik lagi, terima kasih kerana lahirkan adik di dunia nie, adik tau mak susah time ngandungkan adik dan kembar adik (Aliza). Tentu dia jadi peneman mak di sanakan. Al Fatihah utk mu mak. Jasa mak lahirkan dan besarkan adik tak sempat adik balas dengan setimpal dengan apa yg mak beri pada adik. Tapi Adik tau doa anak2 merupakan hubungan kita, sesunguhnya adik tak putus2 doakan mak di tempatkan di sisi org yg disayangi Allah S.W.T.


Thursday, May 6, 2010

Ku Di Dalam Dilema

adam, mama sudah confius


Finally, aper yg aku nak aku dah dapat??? Pelikkan manusia nie mmg takkan berpuas hati walau aper pun. Episod pencarian kerja aku rasa nya dah sampai ke penghujung, aku dah dapat keje yg mmg dekat dengan umah aku, 10 minit jer drive tpi yg worst aku kene kerja tiap2 Sabtu, cam mana yerk?? Aku tak pernah kerja hari Sabtu, aku ingatkan alternate Sabtu tapi nie tiap2 Sabtu nak kerja.. huhu. Camner yerk?? Gaji dia up tapi kojer hari Sabtu?? Adam mcmmana?? Masa aku ngan Adam berhibur tiap sabtu cuma tgl setengah hari jer?? Nak accept ke tak kerja nie?? Serabut otak.....banyak nak kene fikir nie. Mmglah gaji up tapi yg masalahnya bila time Adam sakit, aku kene gak ambik cuti, tpi nie kat company baru takkan aku leh apply cutikan aku punya probition period pun 6 months tau nanti mesti jejaskan aku punya performance. Erm tak taulah kepala tgh really berserabut, lagipun lagi 3 bulan nak dekat raya.. tapi peluang nie dtg sekali jerkan. Ya Allah nie mmg betul2 ujian tak taulah nak kata apa. Offer letter dah ambik dah, dah baca dah pun.. site dekat ngan umah ofis pun dekat ngan umah tapi tuelah ada jer halangan yg menimpa... nak kene fikir anak, nak kene fikir family dulu.

Bukan tak best kerja kat sini tuelah cuma kenkadang tue stress ngan ofismate stress wo sorang Melayu kat sini. Erm lately ofis dah tak bnyk projek masuk, so yg tgl cuma nak closedkan final account, check VO huhu tapi aperpun aku still dalam dilema. Dah aku call hari tue cakap aku nak msuk sekian hb, so dia terima , lanie pun aku tak hantar lagi resign letter. aper kes?? still tgh buat pertimbangan yg sewajarnya. tgh berfikir dan masih berfikir dah still berfikir, memula mmg excited gila nak resign dah bosan kat sini tapi tuelah time tue aku tak fikir dalam2, dah dapat kerja lain pun aku dah excited tapi tuelah ada jer rintangan, ada jer benda nak fikir. Tak tau nak cakap per lagi.. tension nie

Wednesday, May 5, 2010

Interview Marathon

lari jgn tak lari


Bulan nie aku intervie marathon, nak cari kerja dengan secepat mungkin, hihi. Bukan per tak salahkan nak cari kerja lain. Ubah angin, kenapa nak kerja dengan org yg tak menghargai kita, nak jugak perubahan dalam hidupkan. Setakat nie yg terbaru dah 10 interview aku dah pie, dah ada jawapan pun tapi sajer nak tgk yg mana adalah yg terbaik tak salahkan. Tgk gaji, tgk environment , tgk ofis, tgk nature of works, hihi. Doakan aku for the best dalam episod pencarian kerja nie. Time nak interview dok fikir nak kasik excuse per tak dtg kerja, selalu sngat EL , lanie ambik MC terus huhu. Takper bohong utk kebaikan tak salah pun. Pandai jer akukan. Oklah all the best for me hope dapatlah kerja yg dekat ngan umah tue kat Wisma Zelan hopefully. huhu.


Monday, May 3, 2010

Adam nearly 5 months


this is the boy,
who make me not enough sleep,
who make me cry, worried, sad & happy,
who give me the smile,
who give me all the luv that i wants.
this is my son Adam Quzhairiey



Adam Quzhairiey dah nak masuk 5 bulan, lagi 1 months dia sudah 5 bulan yahoo...Dah besar anak teruna mama nie, harap2 dia akan sentiasa sihat tak mo dah sakit2 nie, jadi tough ok Adam. Erm dah masuk 2 bulan Adam duduk kat nursery umie lieza, no choice also nak cari babysitter agak payah kat area aku nie, huhu. Erm actally ok, tapi Adam selalu jer sakit if duduk sana, dia dah 1 kali demam yg betul2 panas, 2 kali batuk + kahak + selsema & 1st time dapat ulser kat tekak. Huhu erm diakan masih baby tapi dari info yg aku baca actually demam nie ok for baby, dia tgh bertarung dengan bakteria dalam badan dia. So oklah kot tapi yerlah dia kan kecik lagi so risaulahkan.




mama, adam nak mamam KFC




Info terkini Adam
  1. Berat = 8.40kg, panjang = 72cm (BMI still ok lagi bukan kategori overweight baby)
  2. Dah boleh meniarap sendiri, ini akan terjadi ikut mood dia, kalau dia nak tunjuk terror kat mama dia diakan meniarap.
  3. Suka tersenyum, tak kiralah ngan siapa pun, janji org tue tegur dia dulu
  4. Sudah ada satu batang gigi, nampak comel sesangat
  5. Suka tgk kartun disney
  6. Suka gelak2 ngan papa dia
  7. Paling suka ialah time mandi, huhu melonjak2 kegembiraan
  8. Suka bebel sorang2
  9. Suka nak masukkan jari kaki kat mulut dngn sedaya upaya
  10. Makin chubby aka temban
  11. Sudah pakai size L punya pampers
  12. Pakai baju size 12-24 months punya baju