Lilypie Third Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 7, 2010

Selamat Hari Ibu... (Khas utk mak)




Suatu petang, aku dengar radio Suria FM, ntah tiba2 tak tau kenapa nak dengar lagu2 lama. Suddenly Lagu UMI nie appear.. huhu syahdu siap menitis air mata aku time drive. Bila dengar lagu nie aku teringatkan arwah mak. Berdebar jer hati, erm sesungguhnya aku rindukan arwah. Untungnya org masih punya mak, tidak mcm akukan. Tapi aku syukur kini aku seorng mama kepada Adam Quzhairiey, anak ku yg chubby aka tembam tue, what happened in the future mama will be your soul  lights ok Adam. Be good boy sayang. Anyway to all mama, ibu, umie, mak atau apa pun gelaran yg diberi, sayangilah mereka dgn seadanya, time mereka masih bernyawa dan sihat.. sesungguhnya bila anda kehilangan mereka, hanya kenangan yg tgl utk anda, Hargailah yg tersayang..



Kepada Arwah mak, walaupun adik tau mak takkan dapat dengar dan lihat adik lagi, terima kasih kerana lahirkan adik di dunia nie, adik tau mak susah time ngandungkan adik dan kembar adik (Aliza). Tentu dia jadi peneman mak di sanakan. Al Fatihah utk mu mak. Jasa mak lahirkan dan besarkan adik tak sempat adik balas dengan setimpal dengan apa yg mak beri pada adik. Tapi Adik tau doa anak2 merupakan hubungan kita, sesunguhnya adik tak putus2 doakan mak di tempatkan di sisi org yg disayangi Allah S.W.T.


Thursday, May 6, 2010

Ku Di Dalam Dilema

adam, mama sudah confius


Finally, aper yg aku nak aku dah dapat??? Pelikkan manusia nie mmg takkan berpuas hati walau aper pun. Episod pencarian kerja aku rasa nya dah sampai ke penghujung, aku dah dapat keje yg mmg dekat dengan umah aku, 10 minit jer drive tpi yg worst aku kene kerja tiap2 Sabtu, cam mana yerk?? Aku tak pernah kerja hari Sabtu, aku ingatkan alternate Sabtu tapi nie tiap2 Sabtu nak kerja.. huhu. Camner yerk?? Gaji dia up tapi kojer hari Sabtu?? Adam mcmmana?? Masa aku ngan Adam berhibur tiap sabtu cuma tgl setengah hari jer?? Nak accept ke tak kerja nie?? Serabut otak.....banyak nak kene fikir nie. Mmglah gaji up tapi yg masalahnya bila time Adam sakit, aku kene gak ambik cuti, tpi nie kat company baru takkan aku leh apply cutikan aku punya probition period pun 6 months tau nanti mesti jejaskan aku punya performance. Erm tak taulah kepala tgh really berserabut, lagipun lagi 3 bulan nak dekat raya.. tapi peluang nie dtg sekali jerkan. Ya Allah nie mmg betul2 ujian tak taulah nak kata apa. Offer letter dah ambik dah, dah baca dah pun.. site dekat ngan umah ofis pun dekat ngan umah tapi tuelah ada jer halangan yg menimpa... nak kene fikir anak, nak kene fikir family dulu.

Bukan tak best kerja kat sini tuelah cuma kenkadang tue stress ngan ofismate stress wo sorang Melayu kat sini. Erm lately ofis dah tak bnyk projek masuk, so yg tgl cuma nak closedkan final account, check VO huhu tapi aperpun aku still dalam dilema. Dah aku call hari tue cakap aku nak msuk sekian hb, so dia terima , lanie pun aku tak hantar lagi resign letter. aper kes?? still tgh buat pertimbangan yg sewajarnya. tgh berfikir dan masih berfikir dah still berfikir, memula mmg excited gila nak resign dah bosan kat sini tapi tuelah time tue aku tak fikir dalam2, dah dapat kerja lain pun aku dah excited tapi tuelah ada jer rintangan, ada jer benda nak fikir. Tak tau nak cakap per lagi.. tension nie

Wednesday, May 5, 2010

Interview Marathon

lari jgn tak lari


Bulan nie aku intervie marathon, nak cari kerja dengan secepat mungkin, hihi. Bukan per tak salahkan nak cari kerja lain. Ubah angin, kenapa nak kerja dengan org yg tak menghargai kita, nak jugak perubahan dalam hidupkan. Setakat nie yg terbaru dah 10 interview aku dah pie, dah ada jawapan pun tapi sajer nak tgk yg mana adalah yg terbaik tak salahkan. Tgk gaji, tgk environment , tgk ofis, tgk nature of works, hihi. Doakan aku for the best dalam episod pencarian kerja nie. Time nak interview dok fikir nak kasik excuse per tak dtg kerja, selalu sngat EL , lanie ambik MC terus huhu. Takper bohong utk kebaikan tak salah pun. Pandai jer akukan. Oklah all the best for me hope dapatlah kerja yg dekat ngan umah tue kat Wisma Zelan hopefully. huhu.


Monday, May 3, 2010

Adam nearly 5 months


this is the boy,
who make me not enough sleep,
who make me cry, worried, sad & happy,
who give me the smile,
who give me all the luv that i wants.
this is my son Adam Quzhairiey



Adam Quzhairiey dah nak masuk 5 bulan, lagi 1 months dia sudah 5 bulan yahoo...Dah besar anak teruna mama nie, harap2 dia akan sentiasa sihat tak mo dah sakit2 nie, jadi tough ok Adam. Erm dah masuk 2 bulan Adam duduk kat nursery umie lieza, no choice also nak cari babysitter agak payah kat area aku nie, huhu. Erm actally ok, tapi Adam selalu jer sakit if duduk sana, dia dah 1 kali demam yg betul2 panas, 2 kali batuk + kahak + selsema & 1st time dapat ulser kat tekak. Huhu erm diakan masih baby tapi dari info yg aku baca actually demam nie ok for baby, dia tgh bertarung dengan bakteria dalam badan dia. So oklah kot tapi yerlah dia kan kecik lagi so risaulahkan.




mama, adam nak mamam KFC




Info terkini Adam
  1. Berat = 8.40kg, panjang = 72cm (BMI still ok lagi bukan kategori overweight baby)
  2. Dah boleh meniarap sendiri, ini akan terjadi ikut mood dia, kalau dia nak tunjuk terror kat mama dia diakan meniarap.
  3. Suka tersenyum, tak kiralah ngan siapa pun, janji org tue tegur dia dulu
  4. Sudah ada satu batang gigi, nampak comel sesangat
  5. Suka tgk kartun disney
  6. Suka gelak2 ngan papa dia
  7. Paling suka ialah time mandi, huhu melonjak2 kegembiraan
  8. Suka bebel sorang2
  9. Suka nak masukkan jari kaki kat mulut dngn sedaya upaya
  10. Makin chubby aka temban
  11. Sudah pakai size L punya pampers
  12. Pakai baju size 12-24 months punya baju

Tuesday, April 27, 2010

More seniors???

cErm dah lama tak buat luahan rasa kat blog nie, huhu. Lately nie aku ada perang dingin with my super duper senior. Erm tak taulah how this happened, suddenly rasa respect to her dah hilang dan aku pun tak leh go  on along with her like ada some restriction ada aku dan dia. kami ok bila discuss kerja, tapi bila time happy time aku mmg tak blah ngan dia. Ke aku yg tak bersikap professional, biar perasaan menguasai diri. Aku tau kat company maner2 pun mesti ada 1 ke 2 org yg mmg akan membuatkan kita tak senang duduk. "iri hati" pada kita. Iri hati ke dia pada aku. Maybe dia tak biasa ngan consultant punya ways of work because dia keje QS for ID in ID consultants not fully QS consultant. Aku pun maybe tak biasa gak ngan dia, huhu she too sexy tau. Dia suka kita buat repetitive works, bila dah siap suka suki dia jerlah nak tukar, nak tambah nak buang. so nak kene buat balik, panas jerkan hati, siapa yg suka buat kerja berulang2 ulang kali yer tak. Aku tau dia more seniors dari aku, tapi at least the more senior you are the more you should know how to handle or distribute works. Junior yg bawah dia pun dah blah sbb tak tahan sikap dia. Tense wo ingat tak tense ke??  Bila aku kene panggil dengan bos, if dia pun involved in the project sama as aku, aku pun yg tak terbabit secara langsung nie pun akan kene marah + maki. "azila, how long u work here?? you should know all the procedure, all the workline...." bla... bla lagi adalah sambungan ayat bos aku tue kan . Dia protect dia punya beloved senior yg baru jer 1 tahun joint nie,,, huhu taulah sama kaumkan. Tapi my super duper senior nie rileks jer then suka ckap bahasa dia bila nak ngata aku, ingat aku tak faham ke?? hello don't look me as i'm so stupid, i'm not your ass ok. Dahlah kepala pun dah ngantok.... huhu closed

Monday, April 26, 2010

Tajuk update terbengkalai dari 20/4 - 23/4

Huhu dah lama rasanya tak update blog nie, dah check tak bersawang lagi, no labah2. Just aku lately penat with workload yg makin bertambah + kena pie petronas meeting utk Dayabumi + Adam pun tak sihat lagik. Tapi what to do kene gak hadapkan, workload pulak makin berlambak dah junior resign, so aku lak kene jadi kaki, tangan, kepala, mulut semua utk super duper senior, so kira2 dia orang akan gunakan aku. What to do no junior, senior ke tak senior ke aku dah jadi assistant balik. In hand sekarang Astro Arena Final Account, huhu nie mmg mencabar, yup ini package design & build so mmg drawing pun tak organise, bila ada VO dah tentu nak check kat drawings, tpi???? no appropriate drawings, so lehlah imagine sikit after discussion ngan contractor. Elken Kota Kinabalu Final Account, sekarang to date dah ada 90 variation order yg aku kene check, aku dah buat samapi vo no. 82, so ada 8 lagikan , nie dngar cite lagi nak masuk lagik. lagi satu projek utk Inno Integrasi, pun nak masul lagi new drawings. Huhu, yg tgh time bomb sekarang, Petronas Turkmenistan ikut suka dialahkan bila nak panggil open tender. Cukuplah2 kan nak cerita pasal keje, samapi bila pun mmg takkan hbis.

Episod pencarian kerja, dah bnyk tempat aku apply, aku dah pergi 5 interview tapi yg dah replay status 3 jer, so aku dapat 2 offer balik yg confirm nak ambik, tapi bia fikir balik worth it ke kerja kat area mont kiara + sri hartamas, huhu kat situ mmg cost of living sungguh hebat. Tak molah so aku tolak. Yg lagi satu qs consultant pun dia offer gak , tapi kojer dia bnyk, aku tgk staff dia 3 org jer, bukan 3 qs tau, satu account, satu qs + dia, nak ke?? tak molah cari bahana. Kenapa QS Consultant tak nak ambik aku?? Adakah kerana aku minta gaji tinggi sangat, aku tak der eperience ke?? hello 4 years tau aku punya experience, 4 tahun 4 bulan. Dah pangkat senior tau, hihi perasan pulak. Adoi. Hope ader lagi org panggil aku interview yer tak?? Doakanlah yerk.




Adam Quzhairiey nie pasal budak kecik nie mmg kene update tau.

21/04/10 - si kecik nie ada check up kat klinik DBKL appoitment kul 7.30pagi. So mandikan dia ngan air panas, sian Adam mama mandi awal2 kan, nak kasi wangi + ensem sikit. Hihi la nie Adam punya baju pun dah size 12-24months punya baju, hadoi dan pampers pun dah pakai size L hihi sbb dia punya paha besar macam paha mama dia. Ada aku kisah, size mesti ikut gen ok. So oklah hanppy sbb ramai kwn2 Adam kat klinik, baby yg same & older dari Adam, ramai ibu2 nie asyik tanya jer, berapa bulan anak? ada yg tanya dah berapa tahun?? huhu dia baru 4 bulanlah, Ada ibu nie ckp semangatnya dia, siap peluk + cium Adam. hihi. oklahkan.

Huhu Jumaat tadi  23/4/10 dalam tghari nursery call ckp badan Adam panas on & off, so dah dia ckp mcm tue aku 1/2 day + dtg terus nursery ambik dia. Aah ank mana demam, kepala dah panas, sian dia. So bawak pie Pantai Medical Centre jumpa paedtrician, erm doc ckap temperature dia dah 39. Erm doc buh ubat kat bontot dia. Then doc check tekak dia, erm ada ulser, huhu alu ckp ulser, biar betoi doc jgn memain, so dia suh aku tgk. aah bnyk tompok putih kat dua belah tekak dia. siannya Adamkan. Takperlah at least taulah aper yg myebabkan Adam sakit.


mama suka lah gambar nie Adam


Oklah tak tau nak update per lagi, dah lupa pun aktiviti yg lenlain. Chow chin chow

Monday, April 19, 2010

Kisah Makcik Tol & Aku



Just nak share my experience dealing with tol, actually mmg salah aku pun. Tpi still aku tak puas hati ngan makcik yang jaga tol tue. Sekarang aku pie ofis ikut jalan kuchai, so just 15 minutes drive leh sampai kira short cut lah. Tapi balik ke Bandar Seri Permaisuri aku mmg guna highway timur-barat (metramac highway), erm so Jumaat aku mmg akn balik sharp, erm actually tiap2 hari aku balik sharp, ntah malaslah nak stayback kat ofis, bukan mendatangkan hasil pun. Baik ambik adam layan adam kat umah. So dalam keributan aku keluar dari ofis, rupanya aku tertinggal satu barang, tapi time aku realised aku tertinggal that thing aku sudah 500m dari tol, rupanya aku tertinggal dompet, kat kete duit syiling pun tarak, hadoi dahlah tol nie 50sen jer takkan tak ada pun 50sen dalam kete, huhu mmg tak ada. so drive jerlah terus. gamble jer


Dialog aku & makcik tol

Aku: erm puan saya tak ada duit nak bayar
Makcik Tol: Biasalah driver kat sini mmg bagi alasan macam tue
Aku: Saya tak tipulah puan, mmg saya langsung tak ada duit, dompet saya tertinggal kat ofis
Makcik Tol: Habis skrng macam mane??
Aku: (diam jer kang jawab kang lain jadi)
Makcik Tol: Jalanlah (nada marah)


Huhu, aku pun teruskan perjalanan, aku tau moral of the story aku yg salah tak ada syiling rm0.50 dan dompet pun tertinggal dan lesen driving pun tak ada. Tapi yg pasti makcik tol tue pun jgnlah kasar sangat, setakat rm0.50 tue takkan aku tak mampu bayar yer tak. Hadoi tapi yg penting aku ingat muka makcik tol tue, klu aku jumpa dia mmg aku kasi rm1.00 dan aku akan ckp maaf hutang hari tue, bukan tak mampu nak bayar, dah mmg dompet tertinggl... hi geramnya.

Thursday, April 15, 2010

Mohon Keampunan


syahdu



Hari nie topik Jawa Rangers kat hot fm sungguh menyentuh perasaan aku, mohon keampunan. Jika di beri peluang dari siapakah yang ada mahu mohon keampunan?? Bagi aku, terlantas di fikiran ialah arwah mak . Huhu ramai gak yg call dan rata2 ckp adalah ibu & bapa mereka. Kisah aku pulak di kira tragis, aku lah sorang anak yg tak sempat jumpa arwah mak aku sejak dia dia dmit di hospital utk kali ke2, semua adik beradik lain mahu aku berehat setelah smpai di JB pada lewat malam, keadaan aku ketika itu, kaki aku masih bengkak dan pergerakan aku gak terbatas walaupun aku dah ke klinik doc pun tak tau sakit aku sbb aper,  kerana akak ke2 aku yg menjaga mak di hopsital.  Aku cuma sempat bercakap ngan mak dalam telefon "ckp yg adik akan jumpa mak dan jaga mak esok"  tapi mak aku ckp takper esok leh jumpa, tpi hati aku malam tue mmg agak resah jam dah 2 pagi rasa sedih tak tau knapa? last aku call arwah mak jam kul 1 pgi, mak cakap perut mak rasa kebas, aku tak leh tido aku pegang dan cium kain batik mak, rasa cam nak cari teksi jer pie hospital skrg, tapi erm aku tak berani, Akak & abg ipar aku teramat letih, cepatlah pagi aku nak jumpa mak. Tapi kul 5 pagi baru akan no.2 call dari hospital, mak sedang nazak, Ya Allah, aku terus meluru pakai baju dan pergi tak henti aku berdoa agar tuhan bagi aku peluang jumpa mak, smpai kat hospital dah kul 6.00 pgi dan aku lari walaupun kaki sakit, tpi aku tak nampak katil mak, akak panggil aku, dan yg aku  nampak mak aku dah pergi tuk selamanya, aku jatuh terbaring di lantai, Ya Allah beratnya ujian mu ini, ye mmg aku pernah jaga mak tapi knapa Engkau ambik mak di saat dia tak melihat aku, dan aku tak sempat melihat & mohon keampunan darinya. Tpi itu sudah janji Manusia pada Tuhan, akan kembali pada PenciptaNya. Ingatan dan tragedi itu masih segar walaupun dah 3 tahun arwah pergi, sesungguhnya masa itu akan berlalu tpi adakah duka aku akan sembuh bersama masa. Realitinya tidak tapi manusia kene dekatkan diri pada Tuhan, jgn lupa, alpa dan lalai, Walaupun bnyk kali aku menyalahkan takdir, tapi sesungguhnya tuhan dah sedikan masa depan yg lebih baik dan dugaan utkku.