Lilypie Third Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 14, 2010

Adam & Disney Cartoon aka Mickey Mouse, Donald Ducks & Goofy

Rutin Adam dah berubah lagi, tapi tak lah abnormal. Sejak Adam kene selsema + kahak + batuk sebelum dia nak masuk 4 months, rutin tido dia dah berubah sbb susu dah dikurangkan. Skrg Adam akan tido kul 7.00 mlm sampai kul 10.30mlm then bangun utk minum susu, then dia tido balik, kul 2.30 pagi dia bangun dan minum susu, then dia tido balik, kul 5.30 pgi dia akan bangun balik then minum lagi susu. Then dia akan tido balik dan bangun kul 6.30 pagi semata2 nak tgk kartun kegemaran karekter Disney. Huhu hadoi bertuah betul anak mama nie. Tpi after jer dia dah masuk 4 months, Adam dah tukar rutin balik, kul 7.00 or 7.30mlm tido then kul 12.30tgh mlm bngun minum susu, kul 3.30 or 4.00pagi akan bngun balik minum susu dan tido balikdan 6.30pgi bngun dan tgk kartun kegemaran.


Sejak Adam dah masuk 4 months, mmg bnyk skill yg dia dah tunjukkan, suka hentak kaki, kalau nak mintak susu, mulut makin bising then klu nampak botol mmg nampak seolah2 dia mmg kelaparan sangat, suka mengiring (nie semakin terror), suka babling (tambah2 bila tgk kartun, gelak sorang2 pun ada). Sekarang pengasuh kat nursey ckp, adam dah makin lasak, tidor pun dah berpusing2. Huhu, oklah tue kan at least dia ada progress. So skrang mmg Adam suka gila tgk kartun disney, mmg tak berkelip mata, sambil gelak, ngan kuar bunyi + hempaskan kaki dia. Hihi oklahkan layanlah kartun tue, janji mama kamu nak siap2 pie keje. Takper2 esok aku akan ambil pic Adam masa tgh happy tgk kartun.




i luv this cartoon mama





Monday, April 12, 2010

4 Months Adam

Erm, nielahkan keje mama bila tgh bosan, hihi nak ambik gambar terbaru, yup Adam dah turn 4 months this weeks. Dah besar anak mama nie, makin chubby makin berat tau anak teruna mama nie. Adoi mmg payah skrg nak cari baju Adam , walaupun dia 4 months baby tapi la nie dia punyer baju adalah 12-28 months punyer size. Adam bukan dalam category gemuk, BMI dia pun still ok. Tpi tak taulah awat semangat sangat anak mama nie, entah2 penangan minumam susu Anmum.


InfoTerkini Adam

Masa lahir: 3.73kg, 48cm
1st Month: 5.10kg, 57cm
2nd Months: 6.88kg, 63cm
3rd Months: 7.78kg, 67cm
4th Months: 8.40kg, ??? (nie time timbang kat private klinik)




Tapi kesian kat Adam, skrg aku dah kurangkan susu dia, means aku kene cairkan susu dia. So skrg mmg kerap gak dia minum susu mana tak dulu 4 sudu susu dah tgl 2 sudu susulah. Tapi oklahkan utk kurangkan kahak + batuk dia tue, erm next week appoitment kat Paedtrician Pantai Medical Centre, oklah dah book with Dr Lai, so tunggu camnerlah keadaan Adam nanti, hope nolah bad things happened. Erm mmg ramai yg ckap dan ini adalah fakta, bayi yg dilahirkan dari pembedahan aka ceaseraen, mmg akan dapat penyakit asma, ini terjadi sbb baby tak keluar dari saluran yg normal, yg membolehkan kerongkong bayi dihimpit utk kelurkan lendir dari badan semasa tempoh dia dilahirkan secara normal. So aku mmg expect nurse kat HUKM tue mmg tak korek betul2 dan keluarkan lendir dari kerongkong Adam, so dari dia kecik mmg ada bunyi macm kahak kat dada dia. Erm hope dan doakn yg terbaik utk anak mama nie yer. Lets enjoy pic of Adam time nie we all nak pie melepak kat Taman Tasik Seri Permaisuri nak kasi Adam tgk Kuda DBKL.



4 Months Boy in action


mama, mama Adam ada tak gaya Lelaki Macho



yo!! kami rappers yo
hihi



saya walaupun macho
tapi suka main kain




huhu , mama bila nak kuar nie??





aku adalah lelaki
yang pantang melihat wanita yg lain


Saturday, April 10, 2010

Dah Jumaat

ba-chak


Yahoo dah Jumaat, klu jumaat maknaya esok adalah Sabtu. Kalau esok Sabtu maksudnya masa utk berehat bersama2 Adam kat umah. So time nie lah dikira baru betul aku jadi fully housewife time tuelah aku dapat mandikan Adam chubby2, kemas umah dari habuk, kemas almari baju, kemas dapur, ceh mcm bnyk benda jer nak kemas bukannyer duk umah teres duk kat Apartment, bila agaknya nak pindah duk umah teres?? Dari tahun lepas planning this year aku akan dapat keje baru kat area Gombak, Batu Caves, Wangsa Maju or Damansara, tapi erm no rezeki lagi nak pindah. Takperlah at least kumpul duit dulu utk episod pemindahan rumah nanti. Tak tau nak celoteh aper lagi mata pun dah ngantok sangat dah nie, cepatlah pukul 6.00 ptg nak balik nie. Yeay Ahad nie Adam dah turn to 4 months. Semoga sihat yer anak mama.

Thursday, April 8, 2010

Aku yang Makin Better...


"my favourite songs"
yeah
i'm getting better


Semalam aku tak masuk ofis, sibuk berkampung kat designer punyer ofis tentang Petronas Turkmenistan punya projek. One whole day duk sana. Otak pun dah jammed dan agak tepu, + ada gak sesi menguap. Hihi yerlah tak cukup tidokan. So tak tau nak story per, episod pencarian keja baru aku, erm dah pergi 2 interview kat Mont Kiara + Sri Hartamas, wow mmg ok sesangat kalau keje kat sana tapi aku tau kat situ style of living mmg agak poket u all kene berkepuk2 ngan duit. Maner ada tenpat mkan yg murah kat situ, semua yg class punyer tempat.  Huhu, erm klu dapat pun for sure aku tolak. Saja jer nak try luck dalam Interior Design Consultant punyer line, tgk mmg aku tak leh blah keje kat situ, season car park pun dah RM 140.00 kene allocate, Adoi. Then Putra Perdana Construction ada call, padahal aku tak apply pun keje kat situ, tapi diaorg cari kat aku punye jobstreet profile. So diaorg nak ambik aku keje then nak antar aku posting kat Kuantan, Pahang. Erm aku ingtkan kat HQ (putrajaya),klu outstation mmg aku tak mo walaupun HR tue ckp kat aku bnyk allowance. Mmglah banyak allowance tapi aku ada anak, then nak pindah sana pun guna banyk duit per?? haiyo poning, aku pun dah tolak keje tue pun. Erm nevermind adalah rezeki kat tempat lainkan. I'm gettimg better

Tuesday, April 6, 2010

Adam & Botol Susu

Kisah entry kali ini adalah pasal perkembangan Adam, yup dalam minggu nie Adam akan masuk usia 4 months. Hihi bnyk benda menarik yg di sharekan, erm nie perkembangan anak aku so tak payahlah nak bandingkan progress anak2 anda dngan anak saya yerk. Tahap perkembangan budak2 nie bukannya sama pun. Adam dah pandai pegang botol sendiri managed to hold 10 minutes lah botol tue tapi time tue susu mmg dah tgl sikit so mmg Adam leh pegang dgn jayanya, Syabas anak mama. Aku manage ambik beberapa gambar sebagai proof tau. Adam mmg tak pandai nak mengiring lagi, time dalam buai dia pandailah mengiringkan diri dia, bila time kat bawah Adam agak malas nak memusingkan badan dia almaklumlah punggung berat. Erm Adam still ada selsema + batuk dan kahak. Adoi sian tgk klu baby sakit rasanya nak jer aku ambik penyakit tue dari Adam. So aku bawa Adam pie klinik then dok tue ckp Adam so Chubby. Then dok bagi syarahan kat aku "saya tau ramai mak bapak nak anak dia chubby tapi kene kawal kuantiti susu" adoi ada ker aku nak anak aku jadi chubby tak sepadan ngan usia dia. Hello doc at least dia punyer BMI bukan dalam kategori "overweight baby" ok . Then dok tanya problem apa ngan Adam, so aku ckp dia still selsema + batuk + ada kahak. So doc suruh cairkan susu dia dari campuran 4 sudu susu + 4 oz air jadikan 2 sudu susu + 4  oz air. So dok kata dia akan bagi Adam ubat selsema + ubat batuk + kahak. So sesi timbang Adam, huhu berat Adam dah 8.4 kg erm naik 0.7kg. Oklahkan. Maintain kechubbyan Adamkan. Next week mmg aku nak bawa Adam jumpa paedtrician jugak if batuk + selsema dia tak hilang2.


Dialog "minum susu bersama Adam"



mama, mama tgk Adam dah berjaya peganng botol sendiri,
ok tak???






mama tangkap tau gambar kenangan nie




ba chak

Monday, April 5, 2010

Cerita Pampers (Lampin Pakai Buang)


adam with drypers


Entry kali nie ada;ah pasal pampers aka Lampin Pakai Buang, kat luar mmg ada banyk jenis pampers tapi depends pada "budget" yg anda ada utk tentukan pampers brand mana yg anda nak guna. Bagi aku, lately nie mmg terfikir nak cut cost kat pempers, yerlah if possible nak guna pampers yg murah sikitkan. Start dari Adam lahir aku mmg guna brand "Drypers" for me oklah, the price pun ok tak mahal mana. Then skrg mmg aku tgh survey pampers brand lain yg boleh diguna oleh Adam, so aku try pampers brand "Pet-pet". Beli time promosi kat Giant tak silap time tue RM25.00 for 70psc. So trylah utk Adam, mmg ok sbb pampers nie tahan sampai pagi. Tapi bila belek2 punggung Adam rupanya ada ruam dah tumbuh kat punggung dia sekitar kat waist band pampers tue. Erm kesian tgk Adam, so agak mmg Adam tak leh guna pampers brand nie. So then beli Fitty utk try pakai kat umah dan kegunaan Adam kat Taska nanti, tapi aku still beli Drypers jugak, utk Adam pakai time kitaorng nak  keluar jenjalan. Tgk Fitty pun samalah punggung Adam pun naik ruam bila aku belek balik rupanya "pet-pet" nie sama distributer ngan "Fitty" nie, tapi org kat nursery macam tak ambik kisah pun ruam kat punggung Adam, tak bagitau aku pun. Yerlah aku pun mana lah sempat nak gomel badan Adamkan. Sampai umah Adam for sure nak tido, then malam baru bangun, aku pun bukan ada terfikir nak tgk punggung Adam.

Then aku adalah cari alternatif lain, so ada baca satu post dekat Ratuhati.com so ada post tntang "brand pampers yg anak anda pakai?" So mmg ibu2 kat forum tue ckp hunggies (merah) & mamy poko is the best tapi parahlah nak pakai pampers brand macam tuekan, mahal nak  mampus yer tak. Then ada satu ibu nie proposed pakai lampin pakai buang yg import so dia ada bagi blog that lady www.ibuanis.com/shop/, erm mmg tak sangka yg ada alternatif lain if still ibu2 nak pakai pampers yg brand macm huggies & mamy poko so bole beli kat blog nie. Ok jugakkan, erm tgh fikir dulu sedalamnya nie. Hihi sebab aku selalu beli pampers time sale hujung minggu, tgk iklan kat newspaper for tesco, carrefour & giant, so time promotion baru aku beli.

Friday, April 2, 2010

"Kehilangan Orang Yang Tersayang"




"salam terakhir"


Seperti biasa bila dah msuk kereta, radio hot fm, fly fm & lite fm menjadi radio favourite aku. So hari nie aku dngar tentang Din Beramboi yg telah kembali ke Rahmatullah. Yup kematian adalah pasti kepada satu kehidupan cuma manusia yg tak tahu bila agaknya ajal kita sampai. Aku pulak berlainan sering mengharapkan kematian itu dtg awal pada aku, ketika aku bertarung nyawa melahirkan Adam, aku sudah minta pada Allah agar dia ambil nyawaku kalau itu adalah lebih baik utk aku, tapi aku tau itu bukan Qada & Qadar Allah tentukan pada aku. Kejamkan aku kerana harapkan kematian, seolah2 tidak sayangkan diri sendiri dan pada anak yg baru lahir. Aku tau klu aku pergi pun, Adam cuma tak dapat kasih sayang seorang ibu tapi dia masih punyai limpahan kasih sayang dari org lain. "Kehilangan orang yg tersayang" tajuk hot fm hari nie, ramai yg call nyatakn kesal, sayang, rindu pada org yg telah meninggalkan mereka. Bagi aku pulak episod kehilangan ibu yg tercinta pada Mac 2007 merupakan kehilangan paling besar. Klu bisa di ubah waktu tue , aku rela aku pergi dulu dari arwah. Sbb aku tau, tanpa mak aku seperti layang2 putus talinya, meneruskan hidup kerana hakiki dunia. Adik terlalu rindukan arwah mak, tak terbayang bagaimana rindunya adik pada mak. Kehilangan ke2, pakcik aku pula meninggal dunia setahun lpas kematian arwah mak, dia merupakan pakcik yg rapat dengan aku. Kehilangan yg ke 3, abang ipar aku meninggal dunia pada tahun yg sama cuma arwah pakcik aku dan dia meninggal dalam bulan Ramadhan tika 10 hari umat islam berpuasa ketika itu. Bnyk sungguh kehilangan dalam keluarga aku, kakak ainon dan anak2nya tabah hadapi semua dugaan itu. Kehilangan org yg paling kita sayang walaupun dah berpuluh2 tahun dia tinggalkan kita, mana mungkin insan yg menyayangi mereka akan lupakan mereka semudah itu, Tuhan menguji dan terus menguji hamba yg disayangi, Tuhan tak akan berhenti menguji kerana ia fitrah manusia, yg penting dekatkan diri padaNya semoga kehidupan yg akan dtg sentiasa di rahmati Allah SWT. Tapi aku pula kehilangan segalanya, kehilangan keluarga setelah kematian arwah mak, adik beradik mula membawa diri mengikut haluan masing, abangku  dah berhijrah ke United Kingdom, akak aku Salina hidup di Kedah bersama familinya, kakak ainon di Johor hidup dngan tabah tanpa suami bersama anak2nya. Aku pula hanya begini.

Thursday, April 1, 2010

"Bila Tiada lagi Cinta Dihati"....

Erm mcm syahdukan title kat atas, Bila Cinta Tiada Di Hati. Macm leh buat tajuk novel pulak yer tak?? Kat hati aku sekarang tiada lagi cinta, cuma yang ada hanya sisa2 harapan agar semua akan kembali ke arah kebahagiaan yg dulu aku impikan. Tak tau smpai bila aku nak bohong diri aku, tak tau sampai bila. Aku masih senyum masih gelak, masih ketawa tapi dalam hati tak siapa tau apa yg aku rasa. Erm org mampu berkata tapi mampukah org merasai aper yg aku rasa, mampukah org tue duduk di kedudukan aku sekarang. Berat lagi bahu memandang berat lagi hati aku memikul.

Aku tak punya siapa lagi di dunia, arwah mak dah pergi tuk selamanya, family usah nak kata sejak arwah meninggal kami langsung seperti orang asing padahal puyai talian darah, last aku jumpa akak salina cuma time aku kahwin hari tue, sekarang dia susah laksanakan tanggungjawabnya sebagai kakak mengahwinkan aku dan semenjak itu aku dan dia tiada lagi berhubung. Ayah masih ada cuma hati aku masih tak mampu memaafkan apa yg terjadi antara aku, arwah mak dan dia, semua tue terlalu pahit utk dikenang tapi kenangan itu adalah kenangan yg mengingatkan aku pada arwah mak.

Cuma di blog nie jer aku mampu tuliskan semua rasa. Mungkin org kata buat apa nak cerita benda2  nie dalam blog. Nak tau kenapa aku tulis semua nie dalam blog?? Sebab aku tak tau nak cerita kat siapa?? Aku hanya mampu simpan sendiri tapi samapi bila kesedihan, kerumitan ini mampu aku bendung. Kenapa agaknya aku masih di uji dan terus diuji... seolah ujian itu tak pernah berhenti walaupun aku makin dekat, makin hebat lagi aku diuji. Ya Allah, aku tak mampu dan tak mampu lagi, kakiku hampir lumpuh , aku tiada lagi tempat berpaut, aku kuat tapi kenapa jiwa aku merintih. Ya Allah klu bisa ku putarkan masa bawalah aku berasma arwah mak ku, aku tak mampu lagi. Sakitnya . Gundah dihati aku cuma aku kongsi bersama Adam. Walaupun Adam masih kecik tak tau apa2, bila aku rasa sedih dia lah yag aku peluk dahulu.. Beratnya beban nie Ya Allah,,

Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were but I walked away
If only I knew what I know today
I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I want to call you but I
know you won't be there
I'm sorry for blaming you for
everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you
Some days I feel broke inside but I won't admit
Sometimes I just want to hide 'cause it's you I miss
You know it's so hard to say
goodbye when it comes to this
Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?
There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back
I'm sorry for blaming you for
everything I just couldn't do
And I've hurt myself
If I had just one more day, I
would tell you how much that
I've missed you since you've been away
Oh, it's dangerous
It's so out of line to try and turn back time
I'm sorry for blaming you for
everything I just couldn't do
And I've hurt myself
By hurting you....