Kepada para Wanita yg di luar sana, sokonglah kempen ini demi kesejahteraan kita sendiri. Tak kiralah sama ada petisyen ini akan di terima atau tidak tapi janji anda menyokong kempen ini. Harap2 di pertimbangkan oleh kerajaan.
Just a story of my life, share my experience, share my feelings, share my thoughts, share the day and share all the love that come....
Facebook Badge
Tuesday, March 9, 2010
Sakit Kepala Otak
Erm skrang aku tgh sakit kepala otak, baru jer balik dari tender evaluation for Dayabumi projects dari kul 8.00 pgi aku dah terpacak kat petronas then smpai kul 4.00ptg aku blah dari situ ingatkan boleh balik umah terus tapi principal call suh aku masuk ofis dan selesaikan Elken KK Progress Claim & Final Account Phase 1. Dahlah aku sakit kepala kat petronas pun tak hilang lagi tak faham ngan prosedur diaorng hadoi aku tarak fahamlah. At less aku tak duduk lamer kat situ, diaorg suh my principal pergi for the next 5 days with the other bos for tender evaluation. So finally aku tak payah ulang alik to Petronas anymore. Sesampai jer kat ofis bos panggil aku then ckp2 pasal retention sumlah aperlah provisonal sumlah, dahlah otak dah jammed so menggelabah jerlah jwap pun main jawap, satu part yg kelakar bos tanya aku pasal retention sum how much then kenapa we guna anticipated contract sum then aku ckp tgklah formula. Hahaha lagi dia bengang, ckp "dont give smart answers" wakakaka, ader aku kisah engkau nak marah.
Lagi satu best gila topik Hot Fm pagi tadi pasal "menyesal selepas kawin", ramai gila yg call ckap pasal problem diaorg ader yg ckap mmg dia menyesal itulah inilah.
Kes 1:
the most part ramai ckap yg husband suka kondem masakan diaorg means dari bujang diaorg tak tau masak then kawin pun tak reti masak, tapi at least diaorg try jugak masak tapi taklah terror mcm chef masakkan, still husband pun kondem. Bab nie mmg aku marah, hello wife dah kasi effort tau nak masakkan utk u all tapi u kondem lagi, klu nak perempuan yg reti masak kawinlah ngan tukang masak ke chef ke. Erm tak faham tul benda bab memasak nie mmg kita boleh belajar tapi bagi masa ok then support effort wife anda tue.
Kes ke2:
Then ader sorang husband call ckp dia truely syang wife dia smpai skrang dah 8 years kawin but wife dia ckp dia tak mo anak langsung, setelah 8 years kawin. Husband nie ckp wife nie mmg bekerjaya dan takut fizikal badan berubah if pregnant, then Faizal and fara call that wife then this wife mmg mcm tak nak entertain dan ckp dia mmg dah discus sthis with her husband and then they agreed on that then ask kenapa baru skrag nak ckp pasal benda nie. Erm aku rasa mmg diorg balik umah confirm perang besar. Haiyo, kerjaya mmg penting tapi kene fikir gak 10 tahun or 20 thun akan dtg bila u dah tua siapa nak jaga u kalau tak ada zuriat, erm tak faham betul. Ada jugak org tak tau nikmatnya ada anak.
Kes ke3:
Problem with mertua, ipar duai, biras. Dah 15 thun kawin still family husbnad tak leh terima jugak, erm susah gak mcm niekan, mcm kes aku jugaklah kot. Still having problem with mertua, mmg org akan salah menantu tak reti nak fit in dalam family husband. Korang tak letak kan diri korang dalam situasi tue, mmglah boleh komen itu ini, tpi siapa yg merasai mesti tau betapa peritnya keadaan yg sebenarnya. Bukan tak nak perbaiki hubungan tue .... biarlah masa yg menentukan segala. At least aku ader Adam.
Mama pasrah atas segalanya Adam
Monday, March 8, 2010
Mr Lion is Adam Buddy
11/03/2010 Adam dah 3 Months, dah besar dah anak mama nie, harap2 makin sihat dan makin pandai yer Adam, mama syangkan Adam so much. La nie mama suka ambil gambar Adam, harap2 detik2 nie akan sentiasa menjadi kenangan antara mama dan adam. Adam dah ader toys baru namanya Mr Lion, Adam dam Mr Lion mesti tido sama2. Pagi nie Adam bangun awal so mama pun antar Adam awal kat Taska, Mr Lion ada dlm kete ngan mama, nanti balik Mr Lion main ngan Adam tau. Minggu depan mama kene bawa Adam pie injection, harap2 hero mama nie tak nangis, mmg Adam tak nangis pun masa injection 2 Months pun Adam rileks jer, mama jer yg terlebih emosi.
Tension jer ngan Adam, puas dah potong kuku Adam, tapi suka jer Adam nie nak garu2 muka dia, mmg dah hobi adam, tgk2 dah ader kesan cakar kat muka, nurse dah tak galakkan pakai mittens lagi. Erm oklah ikut jerlah advice nursekan. Bukannyer aku tak reti nak jaga anak kan, dah dia nak cakar muka takkan nak halang lagipun itu kan tangan dia, just kene make sure kuku dia sentiasa pendek. Semua mak pak mmg nak anak tue terjaga, semua preacutions mmg kene ambik kira, terutama safety anak tapi kalau setakat cakar muka sikit2 just a little things pun jgn to fussy. Semua org ada cara sendiri nak jaga anak mereka tapi bukan tak reri nak jaga anak ok. Lagi satu Adam dah ader satu hobby baru, sukajer masukkan tangan yg ingat dia muat dalam mulut, dah tak boleh masuk nak jugak dimasukkan tangan tue dalam mulut, hihi kadang2 kealakr tau tgk keletah Adam nie, seronok gila bila ada anak, penat mcmner pun kat ofis, balik tgk anak semua penat ke stress ke semua hilang.
my Adam chubby2
This week aku kene pie duduk 8 hari kat Petronas utk buat Tender Evaluation for Dayabumi projek so aku kene berkampunglah dekat saner kan. Erm harap2 semua ok no more stress ke aku akan makin stress bila di kerumuni pelbagai kerenah semua parties kat situ. Hope for the best.
Today is my 1st Wedding Annivesary, hope for the best for our marriage, walaupun mmg dilanda pelbagai dugaan tapi aku pasti akan pertahankan perkahwinan ini. Harap ia berkekalan
Thursday, March 4, 2010
Info Mengenai Adam
Bila dah ader anak segalanya adalh cerita tntang anak, rasa mcm nak cerita jer progress Adam hari2, Adam dah nak masuk 3 bulan, semakin chubby dan semakin berisi, tangan mama dia pun tak larat nak dukung Adam nie pie kereta tiap2 pagi. Rasa cam nak patah jer tangan mama nie Adam. Adam masa time pantang mmg kuat menangis dan mmg menguji kekuatan mental dan fizikal aku ketika itu, bayangkanlah dia dalam pantang akan bngun dari kul 1.30 pagi sampai 5.30pagi, akan menangis dan tak taulah aper dia nak, mcm2 cara dah buat tapi mmg perangai Adam time dlam pantang mcm tue, akak aku ckp sbb aku lahirkan dia kul 1.30 ptg so mmg dia akan berjaga mlm.
Latest info mengenai berat badan (kg) dan panjang (cm) Adam
Sesiapa yg rajin bolehlah ke laman web wyeth malaysia, kat situ kita boleh add page for baby and then boleh dpat graf mcm kat atas, so bolehlah pantau tahap pembesaran anak kita. Org kat Taska pun ckp Adam nie tak nampak mcm 2 months punyer baby, semua kata mcm 5 bulan punyer budak, hihi mama pun tak tau mcmner leh dapat anak sesemangat Adam Chubby mama nie. Minum pun hanya susu dutch lady jer tak sangka Adam membesar bagaikan juara.
Latest info mengenai berat badan (kg) dan panjang (cm) Adam
- masa lahir : 3.73kg, 48cm
- 1st month : 5.10kg, 51cm
- 2nd months: 6.88kg, 63cm
- 3rd months: ?????
Graf Pembesaran Baby
Sesiapa yg rajin bolehlah ke laman web wyeth malaysia, kat situ kita boleh add page for baby and then boleh dpat graf mcm kat atas, so bolehlah pantau tahap pembesaran anak kita. Org kat Taska pun ckp Adam nie tak nampak mcm 2 months punyer baby, semua kata mcm 5 bulan punyer budak, hihi mama pun tak tau mcmner leh dapat anak sesemangat Adam Chubby mama nie. Minum pun hanya susu dutch lady jer tak sangka Adam membesar bagaikan juara.
Adam aler otak
Kat atas adalh detik2 mood Adam yg baik bila dalam perjalanan ke Taska, Erm ikut mood dialahkan nak senyum ke tak ke?? Well bagi aku senang kot nak bawak adam pie Taska, lagipun dia mmg suka duduk dalam car seat, oklah jgn meragam sudah. Jarak Taska dari rumah aku cuma dalm 5-10 minit drive jer, so kalau keluar pukul 8.00 pgi pun aku still sempat nak pie keje yaklah lambat sngat, Tgklah Adam bngun kul berapa kalau dalm kul 8.00pgi tak bngun lagi terpaksa gak angkat dia time tido.
Teringat peristiwa nie kejadian berlaku di Tasik Permaisuri ketika sedang jalan2
Gadis 1: Ish tgk baby tue comellah
Gadis 2 : Erm tgklah mak dia
Mama Adam : Pusing kepala, senyum (no komen)
Wednesday, March 3, 2010
Coretan Malas
Hari nie aku teramatlah bz, bermacam2 nak kene buat, itulah inilah. Dan lately bnyk pulak projek yg masuk. Pening kepala bukan sebab per cuma kaki tangan syarikat tak ckup, so mmg company pun tgh cari org lately aku pun bnyk apply job kat tempat lain manerlah tau klau ader offer bagus better pergikan. Anyway hope aderlah rezeki aku dimana2. Project kat tangan dah berlambak, kene siapkan claim elken kk, dayabumi pricing tgh buat, prepare contract doc utk penang hill punyer project, prepare claim astro arena, kene chase main con utk contract astro arena.. keje 24jam pun tak tentu boleh hbis kesemuanya. uish tue pasal dlam kesibukkan nie aku tetap chat jugak dngan kengkawan yerlah nak hilangkan stress. kojer jer pun boleh naik gila gak. tak tahu nak merepek lagi, jari pun dah penat menaip.. dan otak pun takder idea.
tak sabar nak ambik adam chubby2 dari taska
Tuesday, March 2, 2010
Rindu Padanya
Ya, Allah rindunya aku pada arwah mak. Bulan nie mmg aku terasa sangat, sbb dlm bulan nielah arwah mak meninggalkan aku. Rasa dengki betul tgk org yg ader mak, bagi aku aku rela takder ayah dari tak ader mak. Mungkin bagi org lain pendapat aku nie salah, biarlah aper org nak fikir pun?? Apa yg aku dapt gambarkan arwah mak seorang yg tegas, siapa yg salah tetap akan dihukum, seorng yg sabar dan penyayang, seorng yg agak berahsia, seorang yg tabah hadapi segalanya. Bagi aku arwah mak adelah segalanya bagi aku, tempat aku mengadu, tempat aku luahkan rasa, tempat aku bermanja, segalanya hanya ada aku dan arwah mak. Aku anak bongsu mesti lagi rapat dengan arwah mak, arwah mak mmg tegas orgnya bila anak buat salah arwah akn bagi hukuman yg mmg aku akan ingat sampai bila2, ingat lagi bila aku dapat no.5 dalam kelas masa tue pun aku dalam darjah 2, 10 kali sebatan rotan pari kene kat badan aku. Yup aku ingat smpai skrng, sebatan rotan tue yg menyebabkan aku tak pernah dapat no 3 ke bawah dlm kelas. Aku jadi kebahagiaan utk mak, malahan juga kedukaan buat arwah, aku pernah gagalkan impiannyer semasa aku di MRSM. Erm kalau aku bisa putarkan masa akan ku pastikan kejayaan di tangan aku.
Arwah mak rela korbankan segalanya utk anak, biarlah mcmmaner pun anak akan didahulukan dri kepentingan dirinya. Aper pun keperitan yg dirasa olehnya sebolehnya arwah akan pendam biarlah dia tanggung kesedihan itu sendiri, itulah arwah mak. Pernah sekali aku balik mesti aku baring di pangkuan arwah mak, manja aku pada arwah dan sering aku dengar doanyer selepas sembahyang smpai arwah titiskan air mata, arwah doakan yg terbaik buat anak2nya. Tuhan terlalu sayangkan arwah mak aku rasanya, tak mau mak aku terlalu menderita dngan penyakit yg dia ada. Rupanya arwah mak menyimpan rahsia besar sampai ke saat akhirnya pun arwah tetap diamkan diri. Rupanya arwah ada sakit jantung, salah satu saluran darah mak dah beku, dah keras, jadi jantung tak dapat berfungsi dengan baik. Tpi arwah tetap tak mengaku, di saat dia menangung rahsia itu dia still mahu anak2 bahagia, jgn bersedih utknya.
Tapi aku sungguh terkilan aku tak cukup membahagiakn dirinya, aku hanya mampu jaga arwah mak di hospital, aku tolong mandikan mak, bawa arwah mak naik kerusi roda, tukarkan baju mak, pakaikan baju baru, sikat rambut mak, bedakkan arwah mak, dia tak mampu nak buat itu semua. Cukupkah aper yg adik buat pada mak?? Cukup ke adik membalas jasa mak lahirkan dan besarkan adik?? Cukup ke mak?? Tanpa mak adik tak leh bernafas walaupun dah 3 tahun mak tingglkan adik, tapi adik nak mak di sisi adik, jadi tempat adik luahkan rasa, kenapa dugaan adik makin hebat mak, adik tak lupa padaNya tapi kenapa hati adik mkin terseksa. Kenapa beban di hati adik makin berat?? Aku hanya mampu mandikan arwah mak bersama deraian airmata, itu jer mampu aku lakukan sebagai anak hingga ke akhirnya, aku mandikan arwah mak, aku cuci setiap anggota badan, aku cium dahinya, aku usap mukanya, Aku berada di sisi arwah sehingga mayatnya di kebumikan.
Aku ingat lagi arwah mak pernah cakap pada kawan masjidnya "biarlah aku di ambil oleh Allah dengan keadaan yg sempurna, jgn badan aku ditebuk2" nampaknya Tuhan kabulkan doa arwah mak. Ya Allah tempatkan lah arwah disisi hamba yang Engkau sayangi. Adik rasa tak mampu lagi mak, tak mampu nak jadi tabah, tak mampu nak jadi kuat, adik makin lemah dengan semuanya mak, makin lemah. Mungkin org anggap kisah aku hanya biasa cuma mereka akan anggap aku tak kuat dalam menempuhi dugaan ini, tpi bagi aku yg merasai tiap penderitaan, kepahitan, kegembiraan, kedukaan tahu betapa sukarnya hidup aku tanpa keluarga dan arwah mak. Abang aku dah berhijrah ke luar negara setelah kematian mak, akak aku ada famili sendiri, aku hanya teruskan hidup berbekalkan memori bersama mak dan juga kehidupan bersama Adam.
Mampukah aku kuat mcm arwah, yg aku harapkan sifatnya ada pada aku, tetap gembira walaupun derita, tetap mampu tersenyum walaupun tahu di hati sakitnya teramat sangat, mampu berdiri walaupun kaki dah lemah, mampu korbankan diri sendiri demi org lain walaupun tahu deritanya adalah pasti. Tuhan menduga hamba yg di sayangi, Tuhan bagi dugaan yg hebat agar manusia itu tabah dan tak lupa meminta dan berdoa padaNya. Sekarang aku hanya mampu lakukan itu, pasrah dengan segalanya.
Mak,
Andai masa bisa di undur,
Rela adik menanggung segala penderitaan itu,
Adik mau mak selamanya disisi,
Tapi adik tau Tuhan lagi syangkan mak,
Ambil mak pergi dari menangung semua ini,
Aper pun Adik merindui mak selamanya,
Semoga Tuhan temukan kita akhirnya di alam yg kekal abadi.
Amin.. Al Fatihah buat mu mak
Monday, March 1, 2010
Rutin Adam & Mama
At last Adam dah mula sesuaikan diri tinggal di Taska, pengasuh kat Taska tue semua baik, la nie bila hantar Adam budak2 kat Taska tue akan panggil baby dah smpai dan semua budak tue akan kerumun Adam, mcm artis pulak anak mama niekan. Adam nie dah semakin pandai, aku antar Adam sekarang dlm pukul 8.00 pgi itupun kesian gak kat Adam, aku angkat time dia tgh tido, tgh mamai, dia mesti tido atas bahu aku on the way nak pie kereta, pepagi aku dah exercise angkat adam yg dah 7 kg nie. Itulah actually ubat nak kurus yg semulajadi. Harap dapatlah aku kuruskanbadan lagi. At least turun 10kg kagi uish bagusnya.
Aku habis kerja pun dalam pukul 6.00 ptg, lanie bila Adam dah ada ngan aku usah harap aku nak stay lelama kat ofis, so every urgent things mcm claim, contract aku akan siapakan dengan kadar segera, uish at least aku nak pentingkan my family more right now. Sampai taska adam pun dah dlm kul 6.20ptg, ambik adam sembang ngan pengasuh kejap. Hari 1st Adam tgl kat Taska, dia patutnya kene asing dri bebudak lain, yerlah diakan sorang jer baby, so pengasuh masukkan Adam dalam satu bilik tapi Adam nangis so pengasuh bawak Adam keluar dan dia tido kat luar sama nganbudak2 tue, means Adam nie suka pada environment yg bising, oklah tuekan snag sikit nanti.

muka Adam di pagi yg ceria yg teruja tgk lampu
Smapi umah + cari parking dah pukul 6.45ptg, aku actually paling tak suka baby balik time senja, erm maklumlah time tuelah bnyk syaitan berkeliaran, risau yg Adam nie akan meragam, sampi umah Adam akan main2 dulu then kul 7.00-7.30ptg dia mesti nak tido, bagi susu dan dia akan tido smpai kul 12.30tgh mlm, bangun dan mintak susu, then tido balik, kul 3.30 pgi akan bngun balik then minum susu, dan tido balik, kang 5.30pagi bngn balik tapi nak main2 dulu, kul 6.30 baru minum susu, dan nak tido sampailah time yg patut aku antar Adam ke Taska dalam kul 8.00pgi. Hihi rutin aku pun dah mcm Adam, bngun dan tido ikut dia, time aku tak larat baru aku suh papa dia yg buatkan susu dan kasi adam tido. Aperpun letih ke tak letih ke belakang cerita, but it was a great time with Adam, erm layan jerlahkan, at least time aku kira organise jugak, ngantuk mmg ngantuk tapi nak what cam no ini kira duty of a mother.
Baby Sitter VS Taska?? The Winner is TASKA

Hari nie dalam bulan Mac, satu permulaan yg baru aku harapkan. Segala masalah pun dah dapat diselesaikan, walaupun bnyk gak benda yg nak kene fikir dulu sebelum buat keputusan tpi pada akhirnya semua nie berbaloi jugak akhirnya. Aku dah mula antar adam kat taska, mmg risau gak dapat ke dia orng manage adam nie tapi so far so good lagipun adam adalah satu2nya baby kat situ. Jadi tak risau sangatlah pulak. Kenapa aku antar adam kat taska?
Mula2 aku dah cop sorang minah nie, utk jadi baby sitter anak aku tpi 1st day hantar aku tgk keadaan adam sungguh menyayat hati. Erm nasib baik aku sabar time tue, klu tak sabar mmg tangan aku dah lekat kat muka pompuan tue. Klu nak jaga anak org elok2 lah sikit, bukan tak bayar kan perkhidmatan dia tue, alkisahnya bermula begini 22hb Feb aku baru start keje masuk ofis pun dalam pukul 9.40pagi, so takper aku antar adam lambat. Oklah adam tak merengek bila akak babysitter tue ambik. Erm harap semua ok, so dlam kul 12 tghari aku msg that babysitter tanya keadaan adam dan dia ckap ok. Takperlahkan hati aku pun ok. Then ofis aku tutup pukul 5.00 ptg so oklah aku ambik adam awal ngan husband aku yg kebetulan balik awal jugak. So agaknya baby sitter nie tak expect aku ambik adam awal, dia mcm terkejut so aku pun menerpa kat adam rindu pada dia. Erm agak terkejut tgk rupa adam time tue, muka dia comot dengan tak tau nak kata per, sampai kering benda tue kat muka adam. So baru babysitter tue cakap dia bagi adam makan nestum, geram gila aku time tue. Bukan per? kenapa tak bagi tau aku awai2 nak bagi anak aku makan nestum hello dia baru 2 bulan 1/2 ok. Then bukan nak cuci muka dia. Ish sakit hati. Tapi aku diamkan jer on the way balik umah adam muntahkan nestum yg babysitter tu bagi + aku rasa dia bagi bnyk sangat smpai perut adam meragam yerlah nak bagi adam tue tido nyenyak agaknya biasalh baby kalau kat tempat baru mmg dia tak tido sngat tapi si baby sittter nie nak jalan mudah aku agak ntah berapa lama adam nangis tanpa dipedulikan pun aku tak tau. Sampai umah aku check brg2 adam dalam beg, erm lampin adam ader kesan darah, tak tau darah siapa, kat baju adam yg aku pakaikan pagi tadi ader kesan kicap. Then aku nak tidokan adam, aku tukarkan pampers, pampers adam dah penuh dengan air kencing agak dah berapa lama agaknya minah tue tak tukarkan pampers adam. Adoi geram gila tgk + sedih bila anak kita di buat mcmtue. Maner tak menangis aku tgk adam mlam tue. Rasa macam tak senang hati jer nak tinggalkan adam kat babysitter tue so husband aku ambik EL nak jagakan adam.
Aku pie keje pun hati tak senang then pagi tue aku call minah tue aku terus maki dia aku mmg totally geram, then aku agak dia pun tak puas hati pun berbalas msg ngan aku. ader jer aku marah ader jer jawapan dia, uish aku mmg gilos panas. Hari nie aku dah jadi dengan seorng auntie tue whether dia boleh jadi babysitter utk anak aku atau tak. Then aku mintak tlong kawan aku tlg carikan taska yg terdekat. In case klu tak dapat babysitter jugak. Erm aunty tue nak bayaran dalam rm 500.00 wah mahal gila yerlah dia ckp dia jaga anak org cina sebelum nie, aku tak afford nak bayar macam tue. So nasib baik kwn aku dapatkan satu no pemilik taska. Allhamdullilah aku dah pie tgk taska tue, ok environment dia, adam pun macam excited gila nak duk situ. At least adam jerlah sorang baby kat situ yag lain budak yg dah berumur dalam satu tahun ke atas. Erm masalah pun dah settle akhirnya. Aku pun time bnyk masalh tue aku pulak kene virus sakit mata, mata dah start gatal2. Dapat MC 2 hari. Oklah kan Tuhan menolong hambanya yg dalam kesusahan. Aper yg aku harapkan taska nielah jadi tempat adam di jaga dengan penuh kasih dan sayang.
Subscribe to:
Posts (Atom)






