Lilypie Third Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 24, 2009

Dah 30???








Dah 30??
Erm aku dah 30 minggu pregnant,
10 more weeks to go but still not finishing preparing baby things,
baju baby tak basuh lagi,
banyak brg tak beli lagi,
erm camner nie,
takper aku akan buat yg maner penting dulu,
more weeks to go.
but i need to enjoy this moments...

Thursday, September 17, 2009

ShangRi La Buka Pose

Thanks bos for "belanja" me at shangri la hotel, KL sempena buka puasa time. Actually aku agak confuse with bos punyer tindakan sbb aku dah 2 tahun working on this company and this is the 1st time he belanja me as the only one malay staff buffet buka puasa. Thanks bos, u sayang jugak pada staff yg suka melawan ckp u niekan. Nielah rezeki baby kot, sian agaknya bos tgk aku puasa dalam keadaan mengandung. Actually on this day aku on annual leave because of my check up, then dah bos book on that date so kenelah pie because this event are for me.


So husband hantar aku kat ofis, then aku follow ms yeoh to shangri la hotel, yup ptg tue hujan agak lebat, so taulah jalan kat kl nie akan bertambah jem bila hujan, so mmg agak jem tpi mmg ms yeoh nie terror gak jalan kl nie, pandai cari jalan. then aku smpai dalam kul 7.20mlm ngam2 utk buka puasa dan paer lagi aku jalan pantas nak pie area kami makan tue, what a suprise bnyk gila manusia, bukan melayu jer bangsa lain pun banyak tau. aku nie dahlah lapar, duk meja tgk org beratur mcm serbu makanan, huhu tapi aku ttp tak tahan coz sbb dah lapar duk rembat aper yg dekat utk dimakan.


CPK work team



Then ramai ofismate aku dah sampai utk join tapi bos aku aku tak smpai lagi sbb traffic jem, tapi takperlahkan. kami melantaklah dulu, semua makanan kat situ mmg aku taste, then oklah tak sesedap masa we all dtg utk CNY celebration last yeer, rasa masa tue makanan lagi sedap....oklah bos thanks for belanja me, hope i'll be working with you with more rajin after i deliver my baby. cam saiko jer ayat nie kan bos. sbb aku dalam mengandung mmg kemalasan berganda2, tak tau nak ckap, balik pun sharp ajer.



testing 1, 2, 3




makan-makan time




bos, aku, go chan dan lady boss

















* Ofis aku nie kira majmukkan , ader melayu, ader india, ader cina tapi majoriti cinalah, hope this year aku still productive with CPK*

HUKM Checkup & My Baby

160909 merupakan 2nd medical check up at HUKM dan first time gak husband temankan aku pie check up kat HUKM. Sukalah aku sbb tak payah aku nak berebut parking dngn mulut terkumat kamit kat HUKM nanti. Knapa tempoh check up bulanan HUKM sngat panjang? Coz sesiapa yg tak der problem sngat diaorng tak entertain sangat, bukan tak entertain, cuma diaorg take care for ibu yg ader masalah semasa tempoh mengandung. Allhamdulillah aku tak tergolong dalam kelompok tue. Seperti biasa pie kaunter daftar, buat bayaran, ambik berat, test airk kencing then tunggu utk peringkat discan.



Nak tunggu turn utk scan mmg panjang tak tau aper tukang2 scan nie buat dalam bilik tue, padahal mmg bnyk mesin scan so mesti keje pun cepatkan. Turn aku pun smpai, mmg berbudi bahasa tukang scan nie, pompuan tpi rupanya pelatih jer. Tup2 masuk pulak lelaki. adoi dahlah separuh badan aku tak cover, nampak free jer. Dia duk marah pelatih nie, termasuk aku pun dia marah, suh aku "kencing" dulu sebelum scan. Ader aku kisah klu engkau marah pun???? Dialah yg meneruskan peringkat scan dengan selamba badak letak tangan atas perut aku, excuse ingat aku nie bini engkau ke, still bukan muhrim tau. Yup baby semua ok, sihat, comel mcm mama dia.




Then tunggu utk sesi jumpa doktor, adoi mmg agak lambat, husband pun duk tersengguk jer yerlah namer pun dalam bulan puasa, nak mkn tentu tak boleh. Than jerlah. No aku tertera, doktor tue doktor cina, tanyer aku ok ke tak, then suh aku buat test air gula lagi dengan alasn utk detect kemungkinan dalam peringkat nie aku ader kencing manis. Excuse doktor dulu aku dah buat masa 21 weeks so no kencing manis, skrag nak buat lagi. Mmg tak suka tau. So appointment aku lagi 4 weeks pda 16/10/09.






Ptg tue kami ader appoitment kat Vision College nak buat 3D scan for our baby, dapat free CD tau dan bayaran pun muwah RM 60.00 jer. Kelakar time buat 3D nie sbb baby time nie tido, so tak dapat tgk muka dia sngat, jenuh tukang scan nie ketuk perut aku nak suh baby pusing bagi tunjuk semua muka. Ada baby nie kisah, rileks jer. So kat bawah ader gambar baby dan video time dia marah tukang scan tue ketuk perut mama dia. comel jer, husband pulak dok kater baby suka tido cam aku, padahal ikut papa dia.


my baby with kaki ternaik sikit





lena anak mama tidor, sibuk jer org kacaukan





nie video menunjukkan kegeraman dia pada tukang scan
ikut perangai mama jer, kuat marah











*baby mama luv u sayang*
this lah baby
yg selalu tendang mama,
tolong kejut mama time bngun sahur,
yg buat mama syg pada baby nie,
yg buat mama menangis,
yg buat mama tak lalu makan,
yg buat mama tido tak lena
but
sayang
its worth it with all of this
coz
i have you
i have you
and u are my sweet baby

Tuesday, September 15, 2009

Yahoo & 29 Weeks Baby







Tak tau sama ada baby nie menguap or says "yahoo"tapi bagi aku ialah happy time sbb aku dapat bonus + gaji awai, biasalah nak raya nie poket pun dah pokai dok beli barang2 baby dan beli baju utk aku dan husband, sekelip mata jer duit hbis. Thanks boss for bagi me bonus althought i semakin tak productive dalam my condition skrg. Dengan kejujuran aku berkata, aku malas!!!!. Anyway esok aku cuti dan destinasi aku ialah HUKM for medical checkup dan going for 3D scan kat vision college.. tak sabar nak tgk muka baby nie, ikut muka mama or papa?? Selalunya baby boy akan ikut muka mama dia?? Huhu mesti chubby2 kan, sorry yerk perasan sendiri. Aperpun i'm happy, walaupun agak sibuk dalam menyiapkan measurement for Tingkayu Composting Plant dan lambat update blog.. aku still happy. Luper nak inform esok boss aku belanja buka pose kat Shangri-la, erm mau kasi makan banyk.




29 Weeks Baby





Your baby now weighs around 2.5 pounds/ 1.1 kilograms and measures about 15 inches/ 38 centimetres from head to toe. In boys, testicles descend from near the kidneys through the groin en route to the scrotum. In girls, the clitoris is relatively prominent because it's not yet covered by the still-small labia. These will grow to cover it in the last few weeks before birth. Your baby's head is getting bigger, and brain growth is very rapid at this time. Nearly all babies react to sound by 30 weeks. Your baby's nutritional needs reach their peak during the third trimester. You'll need plenty of protein, vitamin C, folic acid, iron and calcium (about 200 milligrams is deposited in your baby's skeleton every day), so eat foods rich in these nutrients. The skeleton hardens even more and the brain, muscles and lungs continue to mature. So take a look at our eating well guide to make sure you are getting the right minerals and vitamins.









*baby, esok senyum kat mama tau*

Monday, September 14, 2009

Demam Raya







"selamat hari raya kepada saudara serta saudari...."
erm nie sebahagian dari lagu raya yg dah di mainkan dalam radio, so demam raya dah semakin dekat, ramai kuar di saat akhir utk membeli belah yerlah kan kebanyakkan shopping complex dah ader sale so aper lagi baik kita membeli time tgh sale, dapatlah muwah sikit dari kadar yg biasa. Tahun nie aku dan husband tak terlalu memikirkan pasal raya, maybe aku tgh ngandung skrg so tak berapa larat nak sediakan kelengkapan raya mcm nak cari langsir baru utk umah, kami lebih tumpukan utk sediakan kelengkapan bayi, so budget mmg lari utk baby sajer dan baju raya aku sendiri pun aku tak cari so raya nanti pakai baju ngandung sahaja.. tpi sian kat husband jenuh dia cari baju melayu, dan dia mmg agak memilih kalau pilih baju. So dapat hadiahkan husband 2 helai t-shirt utk dia for jalan2 raya nanti. Ahad konon nak survey baju melayu kat Jalan Tunku Abdul Rahman tpi malangnyer, polis bnyk buat blok jalan dari masuk ke kawasan parking, tak taulah knapa diaorg buat mcm tue. So dengan hampa kami balik.



Then one more nak ucapkan thanks pada Mama Afzan, yg sudi antar biskut raya "free" utk aku rasa. prihatin betul dia pada aku kerana keadaan aku yg kini ngandung. So Afzan, semua biskut yg hang bagi tue amat sedap so hang mmg kene buat bisnes tahun depan sure laku. Cakap pasal biskut raya, time kecik smpai aku masuk universiti aku paling suka buat biskut raya, arwah mak aku paling suka buat kuih traditional tapi aku tak berapa gemar buat biskut traditional coz leceh gila nak buat, buat bahulu, tempeyek, putu, ish bnyk lagi. Biskut moden yg mesti ader, biskut chocolate chips, corflakes kismis dan biskut jem mesti ada tiap2 tahun, aku pulak malam raya mesti buat 4 biji kek, kek buah, kek coklat paling favourite. Bangga gila org puji kek buatan aku, tapi skrg aku dah lamer tak buat sejak arwah mak meninggal. Semua hanya tgl kenangan....









*lapor gila nie*

Friday, September 11, 2009

Tomorrow Baby "shopping spree"





Esok aku dan husband akan mulakan shopping spree for baby punyer baju, so kali nie husband akan support semua expenses, aku punyer keje ambik dan husband akan bayar,, yahoo.. thanks papa, so esok cadang nak ke jaya jusco cheras selatan jer, dekat sikit dan buka puasa kat saner, harap2 aku still mampu lagi berjalan, walaupun agak terhegeh2 tapi husband akan tetap pegang tangan aku dengan erat, erm tuelah sayang husband pada wide yg tgh pregnant. Hope that he will be holding this hand forever.








*baby, esok mama nak pilih baju clour biru for anak mama*

Tips untuk aku dan kamu




10 tip bagaimana menjadi pasangan yang baik sekali gus memperbaiki hubungan rumah tangga atau percintaan.

1) Terima seadanya
Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

2) Berkomunikasi secara terbuka
Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.

3) Aktiviti bersama
Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.

4) Tunjukkan cinta anda
Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata 'sudah kahwin untuk apa romantik lagi'. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

5) Kawal perasaan
Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6) Jangan ungkit kisah lalu
Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.

7) Kurangkan rasa cemburu
Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.

8) Jaga komitmen antara satu sama lain
Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.

9) Jujur
Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

10) Beri layanan terbaik sepanjang hidup
Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak







* just utk renungan bersama, utk aku memperbaiki rumah tangga aku yg bahagia tapi mahu lagi bahagia, bukan hanya bahagia sekarang tapi utk selama-lamanya, marriage is for a life time, hopefully, he's the one and the only for me, Insyallah*

Thursday, September 10, 2009

Pregnancy, work & fasting months

Kaitan tajuk nie, ntah tiba2 hari nie nak story pasal tiga2 benda nie. My pregnancy is ok, still ok tapi huhu penatlah pose, kurang tido, lapor, haus tapi dugaan tue, sayang kot kalau tak pose. Bulan pose nie aku akan msuk ofis awal 8.30 for sure aku akan ader kat ofis, sbb pukul 5.30ptg aku akan balik dan aku merupakan 1 org jer staff melayu kat sini. The only one malay among this chinese officemate, thats a pro and contra if you're the only malay & islam person in here. Ini just a piece of my mind (please do not speculate things) with my general sentences. Thanks for my generous office mate that sudi ambik my picture, this picture where taken when me in 27 weeks & 28 weeks pregnant. Private clinics that recently i meet said taht my belly looks more than 7 months tpi i just answers her that i'm a big size person with a big size belly. Than aku bangga membawa perut ini. I'm happy....




28 weeks pregnant


huhu, nampak besarkan perut suka tgk perut nie
suka gila
suka sangat




27 weeks pregnant






yg nie pulak 27 weeks pregnant





This week aku masih menyiapkan measurement utk Tingkayu Composting Plant, tak bnyk sngat element tpi sbb aku dah lamer tak buat taking off utk main building works so aku jdi "blur" sekejap, at least right now half of that elements had been finished. Means right now keje aku hanya measurement, no more final account checking, no more variation order re-measuremnet ...partly rasa lega sikit. Tak payah nak buka2 contract dan old measurement & drawings utl check the changes need double works....



Kisah bulan puasa nie, mmg mcm kisah, tapi takderlah kisah yg kelakau, semua citer pasal nak mkn aper, nak pie bazar maner, erm kdg2 panas jer ngan husband, sbb selera kami tak samer. Tapi aperpun dia mengalah utk aku. Belilah aper pun janji yg mengenyangkan kami berdua. Selalu makanan berbuka kami akan beli di pasar, lagipun mmg tak sempat utk aku nak masak. So sahur lak selalu aku akan goeng telur, panaskan lauk lebihan berbuka, kadang-kadang masak sardin utk bersahur. Bagi aku pulak aku mmg kene makan bnyk, sbb baby nie, so try mkn bnyk, minum susu, makan roti tapi but the end aku akan muntahkan semua makanan. Tak tau knapa??







*baby lapar tak?, erm mama laparlah*

Wednesday, September 9, 2009

28 Weeks Pregnant

This week aku dah 28 weeks means dalam dah 7 months aku pregnant, mcm tak caya jerkan. Cepat gila masa berlalu dan masa mendekati tarikh aku akan bersalin iaitu 1 Disember, wah sungguh tak percaya. Anyway i'm happy with this pregnancy kadang2 jer aku akan terlebih berfikir yg akan membuatkan emosi aku terganggu. Erm anyway baik kita appreciate what we have right now, sementara mata still boleh melihat dunia ini. So kira next week aku akan memasuki 3 trimester. Aper pun doakan agar aku sentiasa sihat dan di anugerahi kekuatan fizikal dan mental, zahir dan batin sepanjang proses mengandung nie.


Selalu org kater dah msuk 3 trimester, mcm2 penyakit dah muncul, tpi aku just dapat rasa baby aku skrang suka tido betul2 kat bawah perut. Berat gila bila nak bangun, kaki pulak still tak bengkak tapi selalu ader kejang2 klu aku tak selimut kaki, breast menjadi teramatlah gatal, tpi berita baik perut aku tak der strecth mark, mungkin tak ader lagi atau tak lamer lagi akan ada. Puasa dalam mengandung nie mmg memenatkan tpi nak wat camner sayangkan nak tgl puasa, lagi pun tak menudaratkan baby nie. Janji mkn banyak dan ambik tablet kalsium, minum susu, mkn roti biar kasi ader tenaga.




28 Weeks





You're in the home stretch. The third trimester typically starts at week 29 and lasts until week 40 and sometimes even beyond. (Don't worry - 42 weeks is the maximum! After that, a woman usually is induced to give birth.) Most women gain an average of 11 pounds/ 5 kilograms during this trimester. By this week, your baby weighs nearly 2.3 pounds/ a little over 1 kilogram and may measure 14.8 inches/ 38 centimeters from top to toe. At about this time, your baby can open his eyes and turn his head in utero if he notices a continuous, bright light shining from the outside. His fat layers are forming and his fingernails appear









*mama, baby dah makin besar*

Tuesday, September 8, 2009

Kenapa?

why ????



Sabtu yg lepas aku dan suami telah pulang ke kampung utk melihat ayah di Teluk Intan, Perak. Melihat rumah yg telah lamer hilang seri membuatkan aku terfikir, kenapa cepat sangat rumah ini menjadi terlalu sunyi seolah2 tiada penghuni sejak kematian arwah ibu. Teringat dulu suasana yg riuh dengan gelak aku dan arwah emak. Kami mmg rapat, rapat sangat. Tapi maner mungkin aku menahan qada dan qadar Tuhan yg lebih menyayangi arwah emak. Ketika aku mula merangkak utk bina kerjaya, hidup berdikari di KL dengan perancangan mahu membahagiakan arwah emak, tpi apakan daya sudah tertulis suratan ini. Ayah ku juga tiada perubahan, itulah keadaannyer ketika arwah mak masih idup dan selepas kematian arwah emak, dia tetap begitu. Kenapa manusia susah berubah??? Berubah kepada yg lebih baik tetapi tidak pada ayah dia seolah2 tidak terkesal dengan kehilangan arwah emak.



Raya terakhir bersama arwah mak adalah paling bahagia, semua berkumpul tapi arwah mak ketika itu seolah menyimpan rahsia yg tak diketahui oleh kami.Yup itu dikatakan pengorbanan arwah emak terhadap kami, tak mahu menyusahkan kami. Ya Allah ketika aku coretkan luahan ini, aku menangis, kenapa aku terlalu rindu padanyer. Terlalu rindu walaupun aku sering senyum, sering ketawa, tapi tak siapa tahu isi hatiku. Walaupun arwah mak dah 2 tahun tinggalkan kami tapi Ya Allah susah aku utk terima, aku redha, aku tak mampu menahan, tpi aku........... (speechless)

Raya 2007, raya tanpa arwah mak. Kali pertama aku, abg dan ayah beraya tanpa aper2 pun yg ader sepatutnyer ketika itu, tiada makanan raya, tiada kuih raya dan itu merupakan kali pertama aku mengunjungi pusara arwah di pagi raya, membacakan yasin utknya menangis tanpa henti aku ketika itu. Raya 2008, aku telah kehilangan abg ipar ku, raya sudah tiada erti lagi, hanya aku yg pulang ke kampung, memandu sambil menangis mengenangkan nsib, abg ku sudah berhijrah ke UK, akakku semua beraya di umah mertua. Ya aku faham mereka sudah ader keluarga. Aper yg ader utk aku raya itu. Aku memakai baju raya, menziarahi pusara ibu dan pulang ke KL pada pagi raya tersebut, raya ketika itu ku anggap satu kesepian.

Raya 2009, ku kini ader suami, ader bayi yg kukandungkan, ader mertua, ader sedara mara baru yg kini aku anggap sebagai penawar kedukaan ini, yg aku harapkan sambutan raya tahun ini amat bermakna buat ku.





* baby, mama tak sabar nak raya ngan papa tahun nie*

Friday, September 4, 2009

Do you luv me forever???

Hug Me Forever





Hari tue aku gaduh dengan husband,
Hari tue aku pecahkan cawan,
Hari tue aku menduga suamiku,
Hari tue aku rasa syahdu sangat,
Aku takut aku tak dapat melihat suami dan baby ku ini,
Hari tue aku ckap pader suamiku,
"sayangilah aku smpai saat aku mampu berada di sisinya"
Dia ckap pada ku "Papa akan syg mama smpai bila-bila"




Ya Allah,
Mampukah aku harungi kehidupan bersama suami dan bayi ku ini,
Dapatkah aku melihat wajahnyer lagi,
Ya Allah,
Panjangkanlah umur ku,
Jika aku tiada lagi di sisi mereka,
Berikan kebahagiaan kepada suami dan anakku,
Aku sayangkan mereka,














*kala itu, aku cium tangannya meminta maaf atas sikap ku, tapi suami ku faham ketidak tentuan fikiran ku ketika itu, aku terlalu berfikir, terlalu berfikir sehingga terlalu emosi, andai aku mati ketika melahirkan anakku, aku pasrah Ya Allah, aku tau Engkau telah sediakan sesuatu buatku"

Wednesday, September 2, 2009

Tingkayu Composting Plant







Stress gila...
Aku ingatkan for this time being aku takkan involved with any new projects,
Knapa aku dipilih utk buat measurement for Tingkayu Composting Plant??
Paling tak suka this projects...











*stress*

Tuesday, September 1, 2009

Baby Buat Mama Takut!!

Cuti yg panjang, actually aku dah planning utk balik ke Johor to see my sister tpi kaki tak berapa boleh nak jalan then keadaan badan pun macm tak berapa sihat. So cuti 3 hari nak buat aper?? Husband ajak balik umah di Bentong on ahad pagi, then pergi visit baby fish yg baru jer lahir. Her first child.... Nak dijadikan cerita my baby tak bergerak mcm selalu, mmg tak ader movement langsung dari sabtu, ahad dan isnin.. just dapat feel sikit tue pun tak berapa sure is it his movement. Mmg aku akan usap perut dan picit2 so baby akan gerak, tpi still no response, so on Monday after balik dari Bentong, aku dan husband pegi ke klinik alam damai, utk scan baby. Yup kebetulan doktor yg bertugas is perempuan, Doktor Laili.



Rasa betul2 selesa dengan this doktor, dia tanyer aper masalah dan aku ckp i can't feel any of baby movement dan ia betul2 menakutkan saya, so she said its good that i'm concern on it, so mulalah peringkat scan baby, erm jantung ku betul2 berdebar rasa nak meletup. Yup then i see my baby, jantung still berdegup, Ya Allah engkau jer yg tau perasaan ku ketika itu. Doktor kater baby nie comel tpi tak berapa nampak sngat, just pujian doktor jer. Maybe to comfort me. So yup its a boy... huhu, husband pun dok tersengih2 jer. Doktor gerakkan baby so baby dah start aktif balik. Baby u make mama scared, jgn buat mama mcm nie lagi. Jgn tau!!!Aku bersyukur that all are fine, me & baby are fine.



my baby....27 weeks





Gambar kat bawah aderlah baby fish & sahrul, comel kan, kecik jer, berat badan 2.34 kg sahaja. Geram jer tgk, almost spend 1 hour tgk baby nie. Mama baby sihat jer, baby nie jer tak mo buka mata tgk mama bell. Anyway congrats fish for your baby boy "Hadif Ifwad" such a beautiful name for a cute baby boy. Cepat2 besar ok. Raya nanti mama bel dtg visit baby lagi.



sweet face






* i luv to be a mama*