Lilypie Third Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 6, 2009

Sungai Manik, Teluk Intan History



Sungai Manik terletak di Teluk Intan , negeri Perak , Malaysia. Di bahagian selatan ialah Teluk Intan. Semua penduduk membeli barang keperluan di Teluk Intan yang jaraknya kira-kira 5 km . Di Utara ialah Kampung Gajah . Sementara di sebelah timur ialah pekan Tapah Road dan Tapah.

Sungai Manik mendapat nama dari terjumpanya sejumlah manik-manik di tepi Sungai Manik yang dipercayai digunakan orang zaman purbakala. Manik ialah biji-biji halus yang dibuat daripada logam atau tembikar. Pada zaman sekarang manik dibuat daripada pelbagai bahan, terutama sekali plastik . Manik adalah butiran halus seperti guli yang biasanya digantung di leher atau di tangan.

Nama Sungai Manik terkenal kerana Perang Sabil atau Perang Sungai Manik yang dilakukan oleh orang Melayu semasa Zaman Darurat 1948-1960.
Ketika itu ramai anggota komunis, kebanyakannya berbangsa Cina, telah bertindak membunuh orang Melayu yang dipercayai menjadi kakitangan kerajaan Jepun di Tanah Melayu. Ramai sekali orang Cina di sepanjang Sungai Perak . Orang Cina membuka kedai emas, kedai runcit dan kedai membeli getah di tebing-tebing Sungai Perak. Antara kampung yang ramai orang Cina ialah Kampung Cina di mukim Bandar , Kampung Gajah, Perak.
Tentera Jepun bertindak baik dengan orang Melayu. Tentera Jepun mengambil pemuda Melayu menjadi tentera Jepun dan ada diantaranya dihantar ke Sumatra , Indonesia.
Sebaliknya tentera Jepun telah menyiksa orang Cina dan membunuh mereka. Dengan kekalahan Jepun, pihak komunis telah menangkap orang Melayu yang disyakki menjadi talibarut Jepun.

Lantaran itu orang Melayu telah bertindak balas. Puncak Perang Sabil ini ialah di jambatan Sungai Tunku , Teluk Intan , Perak. Di situ sekumpulan pengganas komunis yang naik tongkang , dari Langkap dan Chui Chak telah bertempur dengan pendekar-pendekar Melayu. Pendekar-pendekar Melayu cuba mempertahankan diri dan menyerang mereka-meka yang disyaki tali-barut komunis di sekitar Sungai Manik, Chui Chak, Langkap , Hilir Perak, Kampung Gajah, Bota dan merebak hingga ke Parit, Perak.
Pada ketika itu , orang Melayu yang berketurunan Banjar telah bertindak menyatukan orang Melayu dengan ilmu kebal lalu mengamuk. Amuk dikaitkan dengan kebangkitan secara mendadak orang Melayu menentang pengganas komunis menggunakan pedang atau parang lading. Seluruh pemuda Melayu telah mengambil air penebat, kain merah ilmu kebal dan ayat-ayat hafazan dari seorang guru yang berketurunan Banjar. Mereka amat yakin tubuh mereka kebal dari sebarang tetakan senjata.

No comments: