Lilypie Third Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 29, 2010

Tak rindukah aku padanya????

gaya tido hri itu



Ape agaknya khabar adam?? Harap dia baik2 sajer, makin menyihatkan diri dan makin menchubbykan pipi dan dagunya. Ramai yang tanyer?? Tak rindu ke aku pada dia?? Adoi tak tau nak jwab, siapa yg tak rindu anak?? Anak yg dikandungkan 40 minggu + 9 hari, dulu dibawa ke sana sini, selalu menjadi tempat luahan rintihan mama dia, peneman suka duka mama, menjadi kekuatan mama dalam saat sedih, duka, gembira, Ya Allah betapa aku rindu padanya. Tak tau nak gambarkan mcm mane, siapa yg sanggup berjauhan dngan anak sendiri, rasa nak jer aku ambik adam buh dalam perut aku balik. Tapi tak boleh, ader sbb kenapa aku hantar dia ke rumah kakak aku yg sulung, sampai ke hati aku nak tglkan dia, klu boleh nak peluk dan cium dia hari2. Rindunya mama kat gelak adam, adam gelak ader time dia, susah nak tgk dia gelak. Sekali dia gelak adoi comelnya, rasa nak suh adam gelak jer. Dulu time pantang adam kuat tido siang, mmg gila2 punyer tido, tpi siaplah time malam, dia mesti bngn dan berjaga. Adam pun ader mood dia, kdg2 dia bngun minum susu then tepuk jer dia tido, tapi lpas msuk sebulan adam dah bnyk akal, bnyklah ragam yg dia cipta. Adam, mama betul2 rindu adam, rindu nak mandikan adam. Tak mama rindu semuanya pasal adam. Kala aku sedih, kala aku rindu pada arwah mak, aku hanya ingatkan adam. Punyai anak, rasanya seolah olah ia adalah nyawa kita, tak mampu bernafas tanpanya. Tapi aperpun aku akan ambik adam balik dalam awal bulan 3. Mama akan jaga adam ok. Biar ada hanya adam dan mama sahaja.








mama sayangkan adam tau

No comments: