Lilypie Third Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 8, 2010

Very Stress Out (Just Luahan Rasa)


Adoi, mmg aku stress gila sekarang nie. Otak mmg dah jammed gila tak tau nak fikir mcmmaner, dari minggu lepas mmg bagai nak gila kerja, semua aku kene buat sorang, start dari bawah sampai ke atas dari A to Z. All measurement kene buat sorang, bnyk floor tau elements pun bnyk then the worst things is no drawings, no details drawings. Then prepare tender documents, mmglah super duper senior nie yg akan arah2kan aku, mmg tense kejap buat mcm nie, kejap mcam tue ingat aku per robot ker??? Nie manusia tau ader hati + perasaan. Its oklah this week aku keje bagai org gila. Bayangkan aku keje sabtu + ahad nie just for this projects, sabtu dari pukul 11.00 pgi sampai kul 5.00 ptg nie pun sbb aku request utk balik awal. Ahad dari kul 11.00pgi to 11.00mlm... erm sungguh dahsyat kan pengorbanan aku utk ofis nie semata2 for this projects. Utk bulan nie maybe ok, tapi lpas nie aku tak mo lagi keje mcm nie lagi sbb adam dah ada dengan aku.

Bayngkan time keje aku mmg langsung tak toleh menoleh, makan lunch pun aku skip, nak minum air pun tak sempat, sembahyang pun nak ujung2 waktu. kdang2 bukak facebook then luahkan perasaan aku yg ketika itu, mmg ader ayat aku yg tak sedap nak di baca dan didengar aku paste pada status aku. Bukan niat aku utk menyumpah2 kerja aku sendiri tapi itu just luahan not more than that. Ada hamba Allah nie ckp kat aku tak baik menyumpah2 keje yg bagi aku rezeki, yup thats aku tau tpi it just a statement of ANGER. At least aku lega bila luahkan rasa mcam tue. Bukan aku tak pernah keje seteruk nie, tapi its to much of tense dalam diri aku, yg perlu aku luahkan. Well after tue aku dah jadi positive thinker balik ok, at least diri aku dah jadi cool.


This delays of work pun bukan dtg dari kami, tapi dari ID designer asyik tukar2 nie then mcm diaorang pulak QS so pandai dalam contract2 nie, tapi yg kelakar jugak actually designer nie punya drawing pun tak finalize lagi by KLCC so aku assume diaorng pun tgh dalam keadaan yg betul2 kelam kabut. My principal pun dtg on that day, erm oklah at least dia tgk gak aku keje on SUNDAY kan. Dia pun tak tunggu lama pun kul 4.00ptg dia chow konon ada meeting kat luar, oklah maybe dia nak entertain peoplekan utk dapat a lot of projects, But neither him or my senior know what a the really status of this kelam kabut projects. Uish 2 years aku keje kat sini i think this is the most headache projects, awal2 dah kelam kabut.


Oklah at least aku lega bila luahkan rasa kat blog, kdg2 tak ada org faham betapa teruknya situasi kerja aku. Mmg pun tak leh nak samakan nature keje aku dan org yg keje kat tempat lain. "Org lain pun keje gak tapi tak stress mcm hang". Aku bukan nak tunjuk hebatnya, teruknya keje aku dan ini just hanya luahan seorang insan. nOt more than that.

Friday, February 5, 2010

Busy Time




Erm sebabkan project di atas aku teramatlah bz this week, tak tau nak komen macammana utk kerja ini, dalam blog nie dan facebook jadi tempat aku luahkan rasa terhadap semuanya. Stress tau, baca tajuk projek nie mmg macm senang jer kan. Just for main lift lobby dan toilets sahaja, mmg senang tapi nak tau how many level of it almost 21 level needs to renovate. Oklah tue aku tak kisah coz if ader typical floor, so snaglah nak buat. Tapi skrg drawing pun tak ada, just kan measure + imagine based on the floor plan also the elevation drawings pun ader salah tak reflect the area. Dayabumi mmg old buildings so mmg kene renovate as i know penghuni dayabumi nie terdiri dari MISC, Petronas & also Pos Malaysia. So aper yg aku boleh buat just do my best, so headache on this, the designer also pun tak promise when nka bagi drawings, but the tender need to go out on the 10/2/2010. For me it is impossible tasks, how nak prepare all the BQ.








Tue baru part BQ and for the tender kene ikut KLCC punyer format, ader 3 vol tau, dari as my practise we just have one volume, what to do must follow all KLCC terms & conditions, the form of contract also used KLCC on form no more PAM 2006 if doing KLCC job. Oklah not easy also to get job from KLCC, the consultant also need to registered with them usually the more on BUMIPUTRA company. Maybe dah rezeki company oklah aku akan keje utk cari rezeki for anak aku. So yg aku tau ada new projects also for KLCC at turkimenistan dunno also where. Oklah ader jugak job baru for KLCC. Just aku tak suka nak keje samapai malam sekarang, now adam mmg tak ada dengan aku tapi aku takut after adam ada, aku mmg tak mampu nak kerja sampai malam. Sorry to say that. But aku mmg already cakap dengan my super duper senior aku tak boleh works on night anymore. I had my komitmen to my baby ok.



Tuesday, February 2, 2010

Buah Hati Mama

Mama rindu sngat kat adam, hari tue suh abg is ambik gambar adam dan e-mail pada busu dia, uish gila mmg terkejut tgk perubahan fizikal adam, makin chubby2 nya, badan makin mantap. My sister ckp yg adam skrg suka bangun pagi ajak mak long dia sembang, main gelak2, aper pun mak long kata dia mmg budak yg baik dan tak m enangis sngat sekarang. Mama dah dapat pengasuh utk adam mmg dah book dia dari bulan 12 hari tue, so that day mama pergi tgk pengsuh tue. Erm oklah menyakinkan dan muka dia ader wajah penyayang pada budak2 nie. Nak hantar taska kat kondo tue mcm susah jer?? Bukan aper mahal sangat RM 350.00, erm mcm tak worth it jer.


Geramnya mama tgk, rasa nak picit2 jer pipi adam busuk2 mama nie.So raya cina nie aku mmg plan nak ambik adam suppose aku ambik dia hujung bulan nie tapi mengenaangkan aku terlalu rindu pada dia, so decide nak ambik awal, lagipun raya cina ofis aku akan tutup lama. So ader masa utk bermain2 dengan adam chubby mama nie






muka baru lpas bangun tido, alah comelnya dia tue.







nak pie shopping ngan mak long

Friday, January 29, 2010

Tak rindukah aku padanya????

gaya tido hri itu



Ape agaknya khabar adam?? Harap dia baik2 sajer, makin menyihatkan diri dan makin menchubbykan pipi dan dagunya. Ramai yang tanyer?? Tak rindu ke aku pada dia?? Adoi tak tau nak jwab, siapa yg tak rindu anak?? Anak yg dikandungkan 40 minggu + 9 hari, dulu dibawa ke sana sini, selalu menjadi tempat luahan rintihan mama dia, peneman suka duka mama, menjadi kekuatan mama dalam saat sedih, duka, gembira, Ya Allah betapa aku rindu padanya. Tak tau nak gambarkan mcm mane, siapa yg sanggup berjauhan dngan anak sendiri, rasa nak jer aku ambik adam buh dalam perut aku balik. Tapi tak boleh, ader sbb kenapa aku hantar dia ke rumah kakak aku yg sulung, sampai ke hati aku nak tglkan dia, klu boleh nak peluk dan cium dia hari2. Rindunya mama kat gelak adam, adam gelak ader time dia, susah nak tgk dia gelak. Sekali dia gelak adoi comelnya, rasa nak suh adam gelak jer. Dulu time pantang adam kuat tido siang, mmg gila2 punyer tido, tpi siaplah time malam, dia mesti bngn dan berjaga. Adam pun ader mood dia, kdg2 dia bngun minum susu then tepuk jer dia tido, tapi lpas msuk sebulan adam dah bnyk akal, bnyklah ragam yg dia cipta. Adam, mama betul2 rindu adam, rindu nak mandikan adam. Tak mama rindu semuanya pasal adam. Kala aku sedih, kala aku rindu pada arwah mak, aku hanya ingatkan adam. Punyai anak, rasanya seolah olah ia adalah nyawa kita, tak mampu bernafas tanpanya. Tapi aperpun aku akan ambik adam balik dalam awal bulan 3. Mama akan jaga adam ok. Biar ada hanya adam dan mama sahaja.








mama sayangkan adam tau

Thursday, January 28, 2010

Welcome Workload for 2010

Minggu pertama aku mulakan keje kat ofis, sampai ofis firstly tgk meja, ish mmg kemas gila meja, rindu kat my table. So ader beberapa projek baru yg tgh on dan yg akan masuk for this year. Then di kejutkan pulak one of my junior send resign letter so aku sure makin bertambahlah workload keje aku yerlah so skrg aku kene jdi assistant utk super senior aku. So confirm nak kene balik lambat. Sekarang in hand is keje for astro arena utk news room kat pj, projek at penang, projek at sabah and projek for elken. Upcoming is project utk Dayabumi, so aku kene buat measurement, prepare BQ and its fast track projects, 2 weeks to prepare the BQ. My boss pun tanyer if theres any frens yg nak masuk so bleh rekomen. Erm for meanwhile aku tak berani nak suggest sesiapa utk msuk ofis nie, the work nature kadang2 tough, kdg2 ok jer flow with bos action. Aku pun berjaya bertahan 2 tahun kat sini, tak sangka aku pun kuat sabar as i know i'm not so patience punyer people. This year maybe a lot of projects in, so just need to be prepare for that.


Then hari nie ader staff meeting, rupanya selama 2 bulan aku on maternity leave office lngsung tak buat staff meeting. On staff meeting just bos membebel pasal keje, pasal leave, pasal CNY office then tiba2 bos voice out on increment, means salary review. So he will do an interview one by one of staff, aku pun tak sure what the purpose to do interview, tak tau aper yg dia nak nilai. Erm aku pun tak berharap sngt utk naik gaji sbb aku tau last year aku tak berapa good on my works because of my pregnancy, dulu selalu balik lambat mmg gila fokus keje, masa pregnant aku lngsung tak mcm tue. Selalu balik awal yerlah nama pun letihkan with my condition yg mcm tue like no tenaga jer. Anyway get or not depends on him. Just do the job right. So right now cuma prepare minda utk kerja yg akan dtg dan aku pasti makin bnyk job, hopefully. Just aku berharap, aku dpat do my job well, more focus dan dapat bertahan selagi mampu utk jadi QS

Wednesday, January 27, 2010

Really Misses Adam





Rindunya aku pada si kecik nie, teramat rindu pada dia. Rasa lama lagi baru dapat jumper, tiap2 hari msg akak tanyer keadaan adam. Akak mesti puji adam, ckp dia tak meragam, dia pandai, kul 4-6 pagi dah bangun ajak akak aku main2 gelak. Akak puji yg adam nie dah tak bangun pagi sangat, dah jadi budak yg betul2 baik. Ya Allah rindunya aku pada dia. Bukan mama tak nak jaga adam, mama rasa rugi nak antar adam kat pengasuh bulan febuari nie sbb mama bnyk cuti, lagipun mama nak kemas umah, nak ubah kedudukan perabot, nak mop umah bersih2, nak tgk workload mama kat ofis nie mcmmaner. Adam sabar tau, raya cina nie mama balik jumper adam tau. Mama sayangkan adam. Tiap2 mlm mama tgk gambar Adam. Adam jgn nakal2 yerk tinggal ngan mak long.



Teringat time aku nak balik kl dari johor, adam mcm tau jer dia nak kene tgl ngan mak long dia. Hari tue dia nak tido kat tangan aku, dia tak mau masuk buai, letak dalam buai dia akan merengek selalu bila buh dalam buai dia takkan nangis. Tapi hari tue dia tak mau, so aku tidokan dia kat tangan aku, comel sngat time dia tido, manja gila dia pada aku. Manja sangat. Ya Allah rindunya... Nak nangis dah nie, asyik teringatkan adam.

Pengalaman ku melahirkan Adam Quzhairiey




Yup sudah sekian lamer cuti bersalin, dah 60 hari aku cuti bersalin. Sekarang aku dah jadi seorang ibu kepada adam chubby2. Yup he’s truely hero of my hearts, 9 months berlalu tanpa aku sedari, mengandungkannyer 40 minggu + 9 hari was the best experience ever. So now aku nak share pengalaman bersalin, actually aku dah ambik cuti bersalin awal time tue dah 39 minggu dan berdasarkan pengalaman kawan2 yg lain kebanyakkan bersalin 1 minggu awal, so better aku rehat kat rumah dari serabutkan kepala otak dengan keje ofis yg makin berlambak terutama sekali final accounts.

Aku still pergi utk check up at klinik Bandar Tun Razak dan soalan yg kerap aku tanyer, kepala baby saya dah engaged or tak kat bawah, and nurse akn reply yg kepala baby still terawang2 tak tau bila nak turun. Huhu penantian merupakan satu penyeksaan. Bayangkan dah 40 minggu pun aku mampu jalan ke sana ke sini sorang diri konon nak cepatkan proses bersalin, tapi still tak ader tanda2 yg aku akn bersalin. So if aku tak labour pd 1/12/09 aku kene tunggu 9 hari lagi utk aku admit wad di HUKM on 10/12/2009 and will be induce for labour on 11/12/2009. Nasib baik 1 week akak aku ainon dtg teman yerlah takut kalau aku tiba2 bersalin, husband pulak kejekan.

Tpi tiba2 pagi hari khamis 3/12/22009 tue aku tgk ader lendir dan darah keluar so maybe aku dlm proses utk bersalin so pie kecemasan o&g hukm then daftar then proses check bawah, huhu mmg sangat dahsyat baru aku tau tue cara nak check bukaan, tapi doc kata tak ada bukaan lagi. So balik umahlah dulu rehat, hari nak admit masuk wad makin tiba, hari rabu 9/12/2209 aku langsung tak dapat rasa baby movements walaupun bnyk cara aku dah buat tapi still baby tak gerak, klu gerak pun mmg slow sngat so ptg after husband balik dari keje aku pie klinik Alam Damai just nak check tapi doctor advice terus pergi bahagian kecemasan o&g hukm masa tue dah pkul 8.30 mlm. So proses daftar bernula dngan doctor dan nurse yg sama with the same procedure so aku kene admit masuk wad malam tue, huhu hampa nak mkn kfc. Aku tanyer doc boleh tak aku admit esok pagi jer tapi doc kater baik masuk terus mlm nie sng nak monitor klu terjadi ape2.

So aku di admit dalam wad 2B (wad berlian) penuh gila katil kat situ. Tapi sikit frustlah dngan wad tue tak mcm yg aku bayangkan. Husband pun balik after hantar mkanan syahdu gila time tue yerlah tak pernah berjauhan dgn husband so patut dlm saat mcm nie husband is the strength to a wife. So ader doc pelatih dtg pada aku dan tanyer mcm2, huhu layan jerlahkan takkan nak berlagak pulak. Bermcam2 soalan yg ditanyer, erm aku pun dlm mood nak layan so layanlah. Aku cuma harap esok pagi aku kene induce but the reality induce adalah teramat sakit berdasarkan bacaan dan info yg aku dapat dari internet. Sakitnya adalah luar biasa ini adalah kerana sakit yg bukan semulajadi dan ia merupakan proses bersalin secara paksa for sure ia adalah amat sakit harap aku bersedia utk menanggung kesakitan itu.

Erm pagi tue nampaknya mcm aku tak dikisahkan kat sini, takder doctor pun yg dtg dan proses induce yg aku harapkan pagi tdi tak ader jugak, jam pun dah 10.30 pagi takkan tak boleh induce lagi dalam fikiran aku. Then nurse kata prof akan dtg round kat setiap katil ngan doc pelatih. Time aku pun dah sampai, pasukan doc pelatih dan prof ada kat katil aku. So lady doc yg admit aku dalam wad terangkan masalah aku. That lady doc tue tak tau whether nak induce or cesar, then prof tue kater why tak call dia rather than tunggu smpai tengahari baru nak decide. That lady doc explain yg baby aku besar dan pnjang so better cesar, then prof tue tanyer aku berapa tinggi aku then aku ckp 162cm then prof ckp aku ok for normal labour then prof nak check perut aku depan doc pelatih, aku pun dah tak malu dah korang nak tgk tgklah puas2, so prof ckp kat the lady doc that kepala baby dah engaged so better induce this afternoon. Then prof ckp kat aku if can normal delivery better by normal or u want to lose your uterus by cesar. Huhu mmg panas keadaan masa tue, that lady doc just diam jer well takkan nak lawan dngan profkan.

Tepat pukul 12.30 tghari doc buh pil putih dlm pungung aku, so dia pesan jgn gerak selama1 jam. Time melawat pun dah smpai, so husband ada dngan aku huhu lega gak bila dia ada gak kwn nak smbangkan. Erm rasa tak sakit pun, bilalah nak skit. Pukul 3.00ptg aku dah rasa skit pinggang, dan makin kerap. Setiap 10 minit sakit contraction tue dtg, huhu mmg sakit, makin lama makin sakit gilos pinggang aku then kul 10.00mlm doc check bukaan tapi dia kata dah 2cm. Harap2 adalah bukaan, makin lama selang 5 minit makin sakit pinggang aku tak putus2 doa, bagi aku baik aku putus pinggang dari skit mcm nie mmg aku lngsung tak bleh tido, barulah aku tau penangan induce nie mmg sakit. Kul 2 pagi sakit tue mkin menjadi2 airmata kuar mcm boleh buat kolam renang kat situ, aku pun dah tahan so aku ckp kat nurse aku makin sakit, nurse kata tunggu doc so aku tunggu doc dan doc kata still sama. Then aku ckp tak bleh ke bagi aku penahan sakit dan nurse ckp masa nak labor jer baru ubat penahan sakit akn diberikan.

Mmg tak dapat dibayangkan skit nie, aku lngsung tak bleh tido,aku jalan kat wad tue bagi nak kurangkan skit tgk jam berlalu lambat bilalah nak pagi nie adoi sakit. Klu aku tak dapat bukaan 3cm aku kene induce kali ke 2 if tak mau jugak aku akan di induce kali ke 3. Huhu yg 1 induce pun dah sakit gilos bnygkanlah kalau induce bnyk kali. So nurse shift pagi kater doc nak cek bukaan time tue pkul 7 pagi. So cek then doc kater allhamdulillah dah 3 cm so then aku siap pergi mandi tukar baju dan ready pada kul 8 pgi utk air ketuban dipecahkan. Berdebar gila perasaan aku time tue yerlah rasa sakit ke tak pecah air ketuban nie. Masa pecah air ktuban rasa gilos panas jer air yg kuar,air ketuban meleleh jerk at lantai wad tue.

So then aku di hantar ke dalam Daycare 1st stage labor room, nurse suh aku baring mengiring utk dia masukkan ubat kat punggung utk berak, so aku berak dan tukar baju, huhu seksi gilo baju tue mmg terdedah kat bahagian belakang, maner ada dah perasaan malu kalau nak bersalin nie. Tgk kat situ ramai dah menuggu utk tunggu bukaan sampai 8 cm baru akan dihantar ke labor room. Then nurse tue masukkan drops kat tangan aku, huhu rupanya tue ialah ubat yg mempercepatkan bukaan aku means dlm 7 jam aku kene bersalin, mmg bila buh ubat tue sakit lagi melampau2 dari sebelumnya, rasa bergoyang2 jer katil aku sbb aku mmg dah tahan dengan kesakitan tue rasa mcm nak lompat jer dari katil dan lari, bnyk kali aku minta pada nurse utk aku duduk bagi kurangkan rasa sakit tue tapi nurse kata tak boleh, huhu mmg dahsyat gila skit nie sementara tue, nurse bagi aku satu risalah ubat penahan yg ader utk kurangkn sakit. So mmg ader bnyk jenis penahan, aku pun tak sure nak ambik aper, so aku ckp nak ambik sedutan gas tapi nurse tue kater aku boleh tahan ke?? Sekrang nie pun aku dah tak tahan dngn sakit yg ader.

Maner aku tak ragu2 ramai yg kater kalu ambik epidural nie risiko adalah lumpuh, that why masa nak ambik epidural kita akn sign satu doc yg agree so after this all the risks is under our own responsible not under hukm. So aku pun rasa oklah aku ambik dari sakit mcm nie. Chinese lady kat sebelah aku menjerit time buh epidural, huhu aku harap taklah rasa sakit sngat, alang2 dah sakit niekan baik sakit terus. So turn aku dah smpai, aku kene duk tegak, agaknya mesti sakit bila nak cucuk ke tulang belakang harap2 doc nie buat dngan cermat, then uish mmg ajaib aku tak rasa sakit per pun siap aku nyanyi smbil gigit bantal konon nak tahan kesakitan tue. Then aku tanyer doc dah ke? Siap sembang dengan dia lagi, so dia kater dah buh means sakit contraction mengatasi sakit buh epidural gilos tak rasa per pun.

Then nurse tu tanyer aku rasa sakit lagi tak, mmg tak rasa lagi sakit contraction tue, totally hilang ajaib betul kesan epidural nie. Nurse advice aku utk tido sbb nanti mmg kita akn perlukan tenaga utk teran dan nurse tue kate effect epidural pada jam yg pertama kulit akan terasa gatal dan dinasihatkan tak digaru, yup mmg terasa gatal dan aku rasa mamai sngat. Huhu mmg aku dah ready utk tido, uish bestnya dapat tido yerlah dah 2 mlm tak tido baik ambik peluang nie utk tidokan. Then nurse suh aku minum air selusuh, husband aku ader tunggu kat luar nak bagi, doctor yg bertugas dtg buat check up, aku ignore jer dngan kehadiran dia org tue yerlah yg penting aku nak rest.

Semua doctor berdiri depan aku, ader aku kisah ngan dia orng. Yg penting aku nak tido. Then doc kater kat aku dia nak check bukaan, aku pun angguk, mmg tak rasa pun tngan dia seluk kat bawah, huhu best gila. Lepas dia kuarkan tngan doc lelaki tue pndang kat doc yg lain, yg aku nampak ader lendir hijau kat tangan doc tue. So aku suspect yg must be something wrong doc nie pun smbang antara diaorg. Nurse tanyer husband aku dah smpai ke, aku ckp dah smpai ader kat luar. Doc lelaki tue dtg pada aku then ckp puan baby puan dah berak dalam perut dan tgk carta CTG tue pun heartbeat dia makin lemah kemungkinan akan lemas, so aku yg dah nak tido nie jdi celik balik, mata pun bulat jer dan badan pun start mengigigil so doc pun tak mau ambik risiko so kene emergency cesar.

Erm aku rasa doa aku termakbul yerlah dari dulu aku mintak kene cesar bukan takut utk bersalin normal tapi ntah sejak dah msuk kandungan aku 7 bulan aku rasa aku mungkin takkan bersalin normal. Waktu tue mmg badan aku terus menggigil, doc tue just ckp selawat bnyk2 dan semua akn baik. Keadaan masa 2 mmg kelam kabut, ntah semua staff berjalan cepat aku pun tak ingat perjalanan aku ketika itu, yg aku tau aku bertukar katil masa nak pegi ke dewan bedah, ader nurse tue siap tanyer aku mcm2, lembut jer suara nurse tue.

Akhirnya aku dah smpai ke dewan bedah, aku di angkat sekali lagi kat atas katil dewan bedah, mmg katil tue hanya muat2 badan aku sahaja. Alat bnyk di pasang kat badan aku, nurse tue sembang dgn aku mcm nak buat aku rileks. Yg hanya terlintas kat fikiran aku ialah harap tuhan dapat izinkan aku menatap wajah anak aku, aku tak kisah kalau hilang nyawa utk lahirkan dia. Itulah pengorbanan ibu. Aku mula teringat pada suami, pada arwah mak, pada adik beradik aku,, harap aku diampunkan segala dosa aku oleh mereka. Proses bedah bermula, mmg aku sikit takut siap aku tanyer mmg ke aku takkan rasa sakit?? Betul ke epidural nie berkesan? Betul ke takkan ader ubat bius lain akn di berikan? Nurse tue cuma suruh aku bertenang.

Aku nampak byang perut aku di potong pada bayangan pada lampu kat bilik bedah, aku tgk doc tue sdang hiris perut aku, nurse tue tanya pada aku adakah aku dapat rasa masa bedah tue, aku ckp nurse knapa aku boleh rasa hirisan pisau tue. Nurse tue just suh aku bertenang, tapi siap aku ckp nurse bleh tak smbang tak dngan sya konon utk lupakan segala proses bedah tue, Nurse tue tanyer nak bincang pasal aper? Aku siap buat lawak then mmg nurse dan aku gelak time tue, nurse tue siap ckp puan jgn gelak kang doc siap potong pulak. Huhu last2 aku dah tak buat lawak dah. Mmg tak snggup rasa tgk perut kena bedah. Nurse tue kater kejap lagi nak kuar dah baby.

Tapi tiba2 doc jadi panic, dia ckap kepala baby dah engaged kat lubang utk bersalin normal, ya allah aku terus jadi gelabah aper akan jdi?? Doc tue tak dapat nak tarik kepala baby dari situ mungkin dia hanya ader tenaga perempuan dan tak mampu nak buat so dia ckp kat nurse panggil doc lelaki kat bilik bedah lain, then dia ckp panggil doc hery masuk utk tolong. Very emergency time tue. Masa 2 aku dah dekat nak putus nyawa rasanya, doc lelaki + doc hery smpai, mmg panic dia org time tue nurse tue tenteramkan aku, yg aku nie pulak siap tanya nurse mcm ner??? So berlakulah adegan yg mmg aku tak dapt lupa, proses tolak dan tarik yg nyaris buat aku hilang nyawa, tak seorang pun tau aper yg aku nampak masa tue, keadaan tolak tarik tue mmg sakiit, dada aku dah smpai ke atas, mmg aku boleh rasa setiap inci daging aku di tolak dan di tarik bagi keluarkan baby aku.

Aku dah tak boleh nak bernafas ketika tue, aku sesak nafas, aku ckp kat nurse aku tak leh nafas, nurse bagi oksigen suh aku sedut, tapi aku tolak. Aku Cuma dapt dngar nurse tanya pada doc knapa dada aku jdi mcm tue?? Puan, puan sedut oksigen nie, aku tak boleh sedut, aku tak boleh, time tue mata aku dah makin gelap, aku dah jadi pasrah pada takdir yang aku nampak arwah mak aku, aku nampak arwah mak aku, senyum pada aku, aku hulur tangan pada mak, tapi mak cuma senyum pada aku, mak adik nak ikut mak, ambiklah adik, tunggu adik. Masa tue aku rasa makin kuat suara doc panggil aku, puan? puan?? Aku masuh bernyawa lagi masa tue aku dapat dngar nurse tue kater puan baby dah nak di tarik keluar, masa tue tak tau mcm ner aku dapat kumpul segala kekuatan utk menolak kesakitan yg aku rasai, yup aku dengar tangisan pertama anak aku, tangisan yg membuatkan air mata ku jatuh. Ya Allah rahmatilah aku atas pemberain mu ini. Air mata seorng ibu yg bersyukur anak yg dikandung ke sana ke sini selamat dilahirkan di dunia.



my true hero






Aku nampak nurse ambik anak aku utk dibersihkan, nurse tue ckp puan nak tgk anak puan ke?? Tpi masa tue aku sngat lemah. Dua doc yg jahit luka bedah aku doc hery dan doc nadia. Masa dia org tolak masuk segala daging ke aper ke, mmg dapat dirasai sangat, mmg sakit tak tau nak kater. Aku cuma ckp nurse kenapa aku bleh rasa, rasa sakit sngat. So then nurse bagi aku ubat bius yg buat aku rasa kejang pada bahagian kaki, just boleh rasa sakit tue agak minima tak macam yag aku rasai tadi. Doc hery tanyer aku panggil aku, puan? Puan skrg dah tak rasa sakit sangatkan. Yup aku ckp tak rasa sakit lagi so diaorg teruskan proses menjahit.

Aku ckp kat nurse nak tgk anak aku, so dia bawa baby aku, aku siap tanyer berat dia berapa?? Nurse just ckp tak timbang lagi, aku tanyer lagi jantina per baby nie, nurse kater mari kita check, dia bukak kain bedung tue nampak bird dia, confirm its a boy dan aku ckp nurse nama dia adam tau. Wah nurse ckp puan mesti tgk nurkasihkan nie. Aku cium baby aku, huhu sonok dapat tgk baby sendiri akhirnya. aku pun tak tau berapa lama aku dah ader kat dalam bilik bedah tue, tapi lepas2 dia org dah bersihkan luka aku, yg aku tau bdn aku rasa lemah gila, mmg lemah sngat, dia org angkat aku atas katil lain dan smpai kat satu tmpat aku ditukarkan lagi atas katil lain dan aku sempat lagi ckp thanks kat doc tue, thanks for saving my baby. Kemudian aku di bawa kat tmpat lain yg aku nmpak aku kat bilik di panggil recovery room, aku tak bleh fikir time tue, ntah nak tido tapi mcm tak mo tido.

Yg aku tau nurse tue cabut epidural aku, aku cumer tanyer jgnlah ambik epidural, biarlah maner tau saya rasa sakit nanti, tapi nurse tue kater tak guna dah epidural nie so dia org cabut. Aku pun tak berapa ingat berapa lamer aku kat situ, aku mcm tido2 ayam just bleh dngar suara dia org. Ntah kat manerlah aku akn dibawa lpas nie?? Aku pun fikir dpt ke suami aku cari aku, dah jumper ke dia dngan anak aku. Kemudian ada nurse pakai baju merah dtg ambik aku dgn katil yg lain, so aku tanyer kat maner nak bawak aku, dia orng just ckp doc kater awak hilang 1.5 liter darah so kene masuk HDU utk check progress aku. Aku di tolak masuk ke bilik tue, yg aku nmpak ialah muka doc hery dan doc nadia ader menanti aku.

Aku dipasangkan dngan mcm2 kat tngan dan juga ubat dicucuk kat tangan aku, aku tau aku dipasangkan tiub pada saluran kencing aku, mcm2 ubat dia cucuk kat badan aku, aku nampak suami aku dtg, syukur sngat dpt tgk muka dia, aku cumer tanya dah tgk anak ke?? Dia pun tak tau maner anak aku skrg, aku ckp maybe kat wad aku admit pagi tadi. Doc hery dan doc nadia ckp ngan husband aku just dia ckp aku hilang darah bnyk dan akan monitor progress aku kat sini. Then suami aku cium aku, wah mmg syahdu gila time tue, dia kater nak tgk anak kami, aku pun tido tak tau berapa lama, suami aku dtg dgn ikmal anak buah aku, dia ckp dia terserempak dngan ikmal, tak sangka keluarga aku sndiri dtg jenguk aku. Tak lamer lpas tue mertua aku dtg, tpi aku mmg gila dapat rasa sakit tue, rasa ubat tahan sakit dah hilang kesannya, aku ckp kat nurse tlg buh ubat tahan sakit lagi, tpi nurse kater pagi nanti baru akan diberi, Malam tue aku kena puasa, air cuma sikit jer aku minum, badan aku dah panas, aku dah demam. Nurse panic dia sejukkan badan aku dengan lap badan aku ngan letak towel basah kat kepala aku. Yg aku tau aku tak boleh tido asyik teringatkan anak aku jer. Camner dngan dia, kesian tak dapat tgk dia.

Malam tue aku bnyk fikir, aku fikir kejadian dlm operation theatre ptg tdi membuatkan aku bersyukur pada tuhan kerana tak cabut nyawa aku time tue. Bagi aku masa tgk anak aku, berapa lamer masa yg aku dapat pun aku tak tau maner tau esok aku akan mati. Selama aku dalam wad pemerhatian, setiap katil dlm bilik tue penuh dngan bermacam2 kes, aku tak mampu utk tido walaupun aku tau aku mmg dah letih gila time tue, ntah aku tak mampu nak tutup mata. Esok doc dtg buat check up, aku msih tak leh bngun dari katil, tpi sbb ingatkan anak aku gagahkan juga walaupun aku tau ia amatlah sakit. Tak sabar nak tgk muka adam, harta aku paling berharga selepas kehilangan arwah mak aku. Aku dibenarkan keluar dan keadaan aku bertambah baik dari keadaan semalam so doc kater aku kena bnyk jln walaupun sakit, nurse kat wad berlian dtg ambik aku, yup time tue aku tau aku nak jumpa adam aku nak cium dia puas2. Tuhan bagi aku peluang utk perbaiki diri aku, bagi aku peluang utk bernafas lagi, bagi aku peluang utk lihat anak aku tpi smpai bila agaknya aku akan dapat peluang nie. Sampai jer kat katil, nurse tolak troli anak aku, ya allah akhirnya aku dapat pegang dia. Aku dapat cium dia aku syukur sangat. Tpi doc yg check aku ader pesan suruh take care diri dan diaorn ader bagi appoitment utk aku jumper doktor pakar dalam bulan febuari nanti dan doc nasihatkan aku utk ambik protection to avoid aku dari pregnant.

Memang gila panjang kisah pengalaman bersalin akukan, ini just a story about how miracle is it to give birth to a child, your own fresh & blood. Setiap org punyer pengalaman yg lain, tapi inilah pengalaman aku yg paling berharga. Betapa seorng ibu sanggup korbankan nyawa sendiri utk kelahiran nyawa yg baru. Ya Allah aku mohon pada mu bagilah aku sedikit masa utk membesarkan anak aku, beri aku peluang utk lebih mendekatkan diri aku kepada mu. Amin













Adam mama luv u so much

Tuesday, January 26, 2010

Adam Quzhairiey (hero of my heart)

adam quzhairiey b mohd rizhan
born on 11/12/09
weight 3.73 kg, lenght 48cm
method of birth by emergency cesar because of fetal distress




hye all saya dah kembali, with a slimmer figure aderlah kurus sikit erm masuk bakul angkat sendiri, tak kisahlah. kini kembali dengan status yg baru iaitu mama pada adam quzhairiey yg makin lama makin chubby, makin montel, makin gemuk.. geram tgk dia. anyway i'm happy walaupun bnyk peristiwa membuatkan saya terfikir adakah tuhan tue menyayangi hambanya dengan memberi dugaan yg hebat. aper pun aku syukur aku masih mampu bernafas dan mampu melihat adam, hebat rasanya bila dah jadi ibu semua rasa sempurna, cukup lengkap, yang aku harapkan aku mampu menjadi mama yg terbaik buat adam. so nanti bila senang akan aku ceritakan tentang pengalaman bersalin ku di post yg lain. gambar kat atas tue, fresh dari operation theathre siap2 ader darah lagi masa nie, anyway i'm in luv with adam... in luv with him...






so in luv with you adam