Lilypie Third Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kisah Mereka. Show all posts
Showing posts with label Kisah Mereka. Show all posts

Tuesday, June 1, 2010

Doakan Dia

Sebagai seorang ibu agak tersentuh bila saya baca cerita ini dalam blog seorang blogger, jadi why not share this story about this great mother & child yg terus tabah walaupun diberi dugaan yg amat HEBAT TERLALU HEBAT kalau aku ditempat ibunya mungkin aku sudah gila, huhu tak sanggup tgk  bayi sekecil ini menanggung penderitaan yg terlalu menyakitkan bagi ku yup TERLALU MENYAKITKAN  tapi apakan daya ini DUGAAN dari NYA, Allah Maha Mengetahui segala2nya. Doakan mereka....Doakan harap mereka sentiasa TABAH. Amin  




Their STORY



Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.
 
Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan. 2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.


Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.


Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.


Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.




Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.



Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.





Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.





Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.


Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin

Wednesday, August 26, 2009

Selamat Pengantin Baru Fara & Hayauddin

Selamat Pengantin Baru utk Fara & Hayauddin
semoga bahagia hendaknyer hingga ke akhir hayat





Congrats to fara, yg selamat mendirikan rumah tangga pada 08082009 yg di adakan di Seksyen 7, mmg cantik all the decoration of it's dewan. Hope their marriage will be lasting forever.

Thursday, August 13, 2009

Congrats Noly




model tak menjdi tpi oklah nak tunjuk tudung




Aper kaitan tajuk nie dengan gambar kat atas tue??? Sorry a little bit sexy ader sikt lubang2. Actually nak wish congrats kat noly my frens (really good fren) now dia dah bergiat dalam bidang bisness online dengan jualan tudung secara online ini website beliau http://shawlnme.blogspot.com/. Dlam gambar tue merupakan cth tudung yag di jual olh cik noly nie iaitu tudung shawl. Design and colour tudung nie pun bnyk so ini merupakan first percubaan noly utk bergiat dlm bisness online. Aku pun tgh cari idea nak involve dlm bisnes aper tpi after deliver bru fikir nak jual pe.









Congrats Noly....leh bgi diskaun dah promote nie

Wednesday, July 15, 2009

Miss You & Happy Besday Bro

my bro wearing t-shirt hitam, yg berdiri



Siapa dia yg aku rindu??? Aku rindukan abg ku (memakai baju hitam), he is my bro and the only bro that still alive in my siblings. Our age gap just only one year. We are close, so close when in the kids age, nakal same2, main sama2, main kapal angkasa dalam terowong, mandi dalam parit dpan umah, main basikal, aper pun bersama. Yup masa sekolah rendah we are both top students in school. Siapa tak kenal Azlan Shah (nerd boy ketika itu) ??? Siapa tak kenal adik dia?? Yup kami sling terkenal until dia msuk asrama ketika darjah 4, aku dah tak der abg, no time together anymore. Bro i miss that time!!




Then we all masuk boarding school, dia masuk MCKK aku msuk MRSM, time tue we still close, but that "things" ruins our relationship. We become strangers although we are siblings. We totally become different already. How?? Why?? But i'm still his little sisters. But with huge different, theres a barrier that make us not trying to become that old siblings. After mak meninggal abg dah berhijrah ke United Kingdom utk further study di tanggung oleh Petronas. On that time i knew that i will not seeing him for about how many years. Yup raya terakhir yg aku ingat aderlah bersama dia, ayah dan aku jua, Sungguh menyayat hati. Then the last year aku raya tanpa dia hanya aku dan ayah. Yup i truely miss you.







I just want to say i'm proud that i'm your sister, your little sisters.
Please don't forget me??
Please be happy for me??
Please pray for my happiness.
I miss you
Hope Allah protecting you there
For your safety,
For Your Happiness














Happy Besday My Bro
13th July







* abg ketika adik menulis this entry, i'm crying
if our mother still alive, we will be happy is it

Monday, July 6, 2009

Congrats to Afzan & Aman for Newborn Baby

Hari Sabtu dlm pkul 12.00tgh malam aku dapat msg "Allhamdulillah, afzan selamat melahirkan baby girl, izzah nur zahra pada 040709 jam 9.20 mlam di hospital putrajaya". Tahniah afzan so smalam saya, noly , fish & kak ayu pie melawat afzan di hospital putrajaya, dan yup mmg hospital nie mmg cantik. baby tue amat comel sekali, comel sesangat. So sbelum pegi melawat afzan, aku dan husband singgah di Jusco Cheras Selatan utk beli hadiah for this si kecik, dah janji ngan mama afzan nak belikan skirt & hairband utk baby. Yup mmg rambang mata duk cari maner yg cun, dah confirm nak cari colour pink bagi baby izzah pakaikan?? So dah jumpe tpi tak jumpe hairbandlah so we all gantikan dngan sarung tangan dan kaki yg match with that skirt. Harap baby izzah dpat pakai that skirt yg aunty bell bgi tau.




"Dear afzan hope your life will be cherish with this new born and beautiful baby. Congrats to both of you afzan and aman, be a good mama & babah ok"





sweet mama
mesti afzan rindu ngan perut nie kan, so cepat utk 2nd baby ok






mama & babah




* sorry afzan ambik gambar dari fs, dan sorry tak dapat upload gambar baby coz agak ramai di hospital masa tue, anyway i'm happy to both of you

Tuesday, February 10, 2009

Family


My family...................
nama ibu : hajah ramlah bt juhari (meninggal dunia pada 24-3-2007)
umur : 62 thun
nama ayah : hji hussain b mohd saman
umur : 72 thun
Bilangan anak : 7 org
1. Khir (meninggal dunia)
2. Ainon (45 thun)
3. Salina (42 thun)
4. Zainal (meninggal masa baby)
5. Azlan Shah (28 thun)
6. Sepasang kembar azila (27 thun) dan aliza (meninggal dunia lepas di lahirkan)

Farid + Zakuan

nama : mohd zakuan mursyidi
(pakai baju merah)
umur : yg pasti darjah dua so mesti 8thnkan
adik beradik : anak paling bongsu dri 2 adik beradik
nama ibu : salina bt hussain (cikgu ina)
nama ayah : mohd razif
tempat tinggal : alor setar
pendidikan : darjah dua
hobby : a) suka tgk ultraman........... semua nama ultraman dia dah hafal
b) main games kat hp smpai battery hbis
kebolehan : pandai ckp cina
nama : mohd farid b zulkefli
(yg pakai bju itam)
umur: 21 thun
adik beradik : anak paling sulong dari 3 adik beradik
nama ayah : zulkefli
nama ibu : ainon bt hussain
pendidikan : dah hbis poly
pekerjaan : penanam anggur yg berjaya (tgh cri keje)
alamat umah : kota masai, johor
info : a) arwah mak bela cucu dia nie sejak umur 4 tahun
b) baru kematian ayah masa ramadan tahun lepas, dan merupakan seorg anak yg tabah dan kuat, pikul a big responsibility
c) arwah mak paling syg dia
kebolehan : pandai silat (wakil daerah) arwah mak selalu bising sbb selalu pie silat