Lilypie Third Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Jenjalan Family. Show all posts
Showing posts with label Jenjalan Family. Show all posts

Tuesday, September 7, 2010

Jalan-Jalan Di Jalan TAR

Hari Ahad merupakan pagi yang indah, pagi2 dah hujan so kami sekeluarga  dah planning utk ke Jalan Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai JalanTAR, Kita orng parking kat Pertama Kompleks. Allhamduliilah mmg dapat parking dan parking tak penuh lagi time tue. Best gila. Adam pulak kami letak dalam buggy letih nak dukung Adam yerlah berat Adam dah menceceh 10.4 kg sama macam sekampit beras... leh patah tangan kalau dukung dia.


Tak ramai lagi manusia time tue, tue yg bset tue taklah crowded sangat kan jalan tue. Sebenarnya kitaorg pun tak tau tujuan aper pi sana, ingat nak cari baju kurung muwah tapi taklah muwah sngt pun, corak tak menarik tapi tuelah musim nie musim COTTON, tapi tuelah tak minatlah cotton nampak cam muwah jer padahal harga dia tak ingat beratus2 gak huhu. MMglah ada macam2 jenis cotton tapi tuelah takut tertipu ngan peniagakan. Jalan dan jalan pun tak jumpa per2... Yang membuatkan aku bengang, bila jalan tue dah letak gerai tapi ada jer kete nak lalu jalan tue, itukan tempat diaorg berniaga manusia pun lalu lalang lagi diaorng yg drive tue buat bodoh jer... geram.


Adam merengek gak tapi kami berjaya pujuk dia. Kami belikan dia belon upin sangkut kat dia punya buggy oklah dia ada gak belon yg dia nak main huhu. Alhamdullilallah Adam ok jer samapi ke akhirnya. Aku pun berjalan sambik berjalan naik lenguh kaki tapi aper pun tak beli, yg beli pun ketayap adam jer. Hadoi. Nasib baik cuaca mendung oklah tak ada lah yg masam muka, laki aku pun dalam mood utk berjalan, silalah enjoy gamabr Adam kat bawah yerk...



Adam & Upin





"Bila nak balik nie, mama????"



Jalan dan berjalan samapi tak larat nak terjah lagi semua lorong yg ada kat situ, pada penghujungnya kami tak terdengar pun suara bising Adam tup tup tgk dia dah terlentok tido. Aloh2 cam dia pulak penat yer tak, kuar dari jalan TAR pun pukul 12.30tgh tue pun bnyk jalan dah tutup oleh polis... nasib baik kami sempat parking kat pertama. Huhu tapi aper pun mmg best lah jalan2 walaupun kami tak beli aper2 pun.






Alah2 bucuk 2 anak mama, tido

Saturday, September 4, 2010

Shopping Raya :)

mama jom shopping raya



Raya nak dekat aper lagikan mesti dah time utk kita menghabiskan duit utk preparation raya lah pulak. Semua nak baru serba serbilah baru, baju baru, handbag baru, bak kata semualah nak baru, tuelah manusikan time raya mmg nak menghabiskan duit. So far aku spend just utk adam dulu papa dia bayar utk baju raya nak dia, aku bayar utk baju jalan adam. so tema kitaorg tahun nie warna biru hik hik comel jer tgk adam pakai baju melayu.. tomei2 tomei. Tapi yg kelakar nak try baju raya dam kami terus tanggalkan baju dia dan terus pakaikan baju tue.. comel2. Akhirnya dapat gak colour biru sebijik sejibun ngan baju papa dia. Huhu aku lak tak sempat nak buat baju raya, takper baju raya tahun lepas dah ada colour biru. so tak payah membazir ok. Dah settle pasal baju Adam tgl mak mgan pak dia jer nak ada baju baru, hik hik.. Lagipun cuti raya kami tak lama, papa adam dah start keje hari isnin cuma aku jer cuti lama. Setakat hingga hari nie kami dah shopping kerepek raya, shopping biskut raya tak au nak shopping per lagi. Nak pie jalan TAR tapi payah nak bawak Adam... huhu oklah hope this raya we all raya dengan happy.


Wednesday, June 2, 2010

Teluk Intan - The Journey ^_^

Jeng!, jeng!.. hihi akhirnya kami pulang ke Teluk Intan, pulang ke kampung merupakan pengalaman Adam yg pertama, walaupun dia tak faham tapi huhu dia pun rasa excited agaknya balik.. hihi. Macam balik kampung nak raya pulakkan Adam. Bertolak ke Teluk Intan dalam pukul 6.30pagi lpas sembahyang subuh, Adam pun tak mandi lagi tapi dia dah bangun xcited tgk mama dia dah pakai tudung. Menggelupur, "hihi bukan mama nak hantar Adam pie nursery tapi nak balik kampunglah" cam faham jer Adamkan. Erm anyway mama pun happy dapat balik sejak sekian lama tak balik.


Perjalanan kami seawal pagi tue pun taklah selancar mana, highway pun jammed kat certain2 area, ern yerlah cuti panjangkan, hari jumaat sampai ahad cuti mestilah lama, so mesti org ambik peluang utk pie bercuti atau balik kampung. Yg paling aku tak suka ialah aku kene gak monitor si papa nie punya driving bukan tak caya, tapi dia kalau tgk org lena sikit mmg bawak kete macam nak race, hihi actually aku pun sama macam tue, dah berapa kali dah kete aku accident tapi aku yg buat, haha, tak kisahlahkan. Duit aku gak kuar. (moral of the story jgn bawa kete dgn emosi, pandu cermat jiwa selamat, ingatilah org tersayang).


Smapi Teluk Intan dalam pukul 10.00 pagi, kami pie breakfast kat kedai yg mmg terkenal kat Teluk Intan, kedai mamak Ghulam Rasul, hihi aper lagi aku belasah roti sardin, si papa belasah roti canai banjir, konyang wo, tapi Adam hanya mampu melihat, dia dah berapa kali nak buat percubaan nak tarik pinggn dan cawan mama dia, hadoi. Sian dia dah lapar gak nak mamam gak. Umah still macam dulu, perubahan erm anda bayangkanlah sendiri klu yg duduk kat umah tue hanyalah ayah aku ajer, erm tak terurus, tapi takperlah lagipun ayah aku tue dah tua nak pegang penyapu, nak buat kerja umah pun dia tak laratkan.


Kemudian dalam kul 2.30 lpas si papa habis Sembahyang Jumaat kami bertolak ke McDonals Teluk Intan, nak mamam McD pulak, erm tak sangka tau Teluk Intan sudah begitu maju, dah ada Giants, dah ada Old Town, dah ada Butik Ratum huhu, dah ada Steak Factory, macam tak caya jer membangunnya Teluk Intan. Huhu hebat tul teluk intan, cawangan pizza hut pun samapi 2 outlet tue, maju ta maju, setiap inci tanah kat Teluk Intan tue dibangunkan dengan shop lot dan perumahan, erm pembangunan yg pesat gak.



Let's enjoy photo Adam kat McD Teluk Intan



werk, hihi comel tak Adam mama





mama ngan papa makan McD
Adam lak minum susu jer





pose sikit kat mma ^_^



After dah kenyang mama McD, kami semua bertolak ke Bulum Midai lak, hihi tak taulah sebutan per, tapi kawan kat Kampung gajah tue, nak jumpa Nenek sedara Adam, hihi Adam nie mmg tak takut pada org langsung, semua orang dia nak, baguslah macam tuekan, taklah nak menangis kalau jumpa org yg dia tak kenal yer tak. Duk sembang2 then bertolak balik ke KL, smapi pun dalam kul 8.00 mlm, so per lagi semua org pun tido, cuti panjangkan. huhu.

Tuesday, May 25, 2010

Family Outing

Tiap hari Ahad ialah hari kami sefamily outing pagi2, bukan outing ke shopping mall tapi shopping utk mencari barang2 dapur utk stock 1 minggu. Dulu aku selalu pie kat kedai aka mcm wet market kat taman len sen, cheras. Tapi sejak diaorg dah tukar owner aku dah tak minat dah nak pergi beli barang basah kat situ, pilihan ikan tak banyak, ikan mcm tak fresh jer + harga ikan pun agak mahal, huhu sayur oklah bnyk, tapi tuelah malas nak menyesakkan diri kat sana lagi.

So then aku dah dapat tmpat baru maner nak dapatkan brang2 basah nie, la nie dah start pergi ke Pasar Pagi kat Bandar Tun Razak, sambil leh cuci mata tgk brg lain yg ada jual gak, cam tudung, cam makanan, erm macam2 ada, hihi. So time nie best gak bawak Adam jenjalan pagi2 kan klu tak dia ngan papa dia kan kene tunggu dalam kete sampai Adam nangis kebosanan, So at least tempat shopping terbaru aku nie dekatkan, so far ikan, daging, sayur senang gila nak dapat so harga pun ok. Ada pakcik tue yg niaga daging cakap "harga2 kaum2" hihi ada pulak cegitu yer tak tapi oklah muwah wo daging lembu nie hihi. Tenkiu pakcik. Jadi bolehlah jadi pembeli tegar kat Pasar Pagi Bandar Tun Razak.

After episod shopping dah habis kami akan makan kat kedai paling kami suka pie breakfast is kat Q-Bistro, pagi2 kat sini dah pack dngan org, actually menu dia tetap sama macam kat kedai mamak yg biasa cuma yg bezakan ialah suasana yg agak santai. Enjoy makan dan makan, Adam hanya mampu tgk sahaja, hihi. Yg penting roti canai 2, ngan air milo panas huhu meletup gitu makanan pagi2. Kenyang sampai ke tengah hari gitu. Balik umah nak kerjakan, ikan & ayam pulak. Nak kemas peti ais lagi, nak basuh baju lagi huhu. Janji Happy



Ragam Adam Ke Pasar Pagi






muka cam tak suka pie Pasar Pagi





 sukanya saya jenjalan pagi2 nie... nak shopping utk
 barang dapur ngan mama & papa






comel tak sya mama





kecik2 dah merenung masa depan
wakaka



Wednesday, May 6, 2009

Short Trip To Cameron Highlands

Just a story pasal short trip ke Cameron Highlands, memandangkan cuti buruh so mmg plan nak pie saner, Bertolak dari umah dalam pukul 5.30 pagi siap smbahyang kat hentian sebelah, pegi awal ingatkan takder kete kat highway, rupenya sangkaan kami meleset, bnyk gilo kete, setiap hentiaon pun penuh, inilah gaya bila cuti lamer ramai yg ambik peluang utk pulang ke kampung.... We all drive gilir2 kadang husband nak tido, sya akn drive, kesian lak kat diakan. Yup totally bnyk keta at highway. sonok pun ader tpi yerlah ader juga pemandu yg drive mcm tak sabar2 jer. Adoi yg paling tak tahan morning sickeness dah tiba, asyik muntah jer.... heheh nie baru kater ibu ngandung.





sambil2 drive sambil2 snap gambar sendiri






Sampai kat cameron pun awal dlam kul 10.00 pgi dengan memasuki jalan simpang pulai, so memandangkan smpai awal jadi cari tempat utk mkn, mmg best gila, walaupun nampak panas tpi sebenarnya angin sejuk gila. best klu dapat duk cameronkan. Bagi aku susah nak cari tempat makn kat sini. mungkin sbb kitaorg tak tau selok belok kat sini. mmg sunggih tenang bila tgk bnyk gila ladang sayur. dab masa on the way bnyk gila org asli. Memandangakan kami nie mcm tourist sesat, kami jalan jerlah cari destinasi yg tak pasti. Kami singgah di taman rama2 buat pertama kali nyer.



So aper lagi snap jerlah gambar yg ader......







kat taman rama2







cute tak mama nie?? gemukkan, maner tak gemuk bawa org dalam perut








hehehe, papa snap gambar nie







cantikkan rama2 nie








wah mcm profesional photographer pulak





papa yg lapar






Bagi aku taman nie oklah untuk jalan2, so after pie kat sini, pie kat gerai2 yg kat tepi jalan ader jual macam2 untuk di beli, makin tengahari makin ramai yg naik cameron mmg jem gila jlan cameron, so kami pun rasa mcm penat gila.. so berhentilah maner leh berhenti tgk aper yg boleh tgk, jalan mmg jem on the way to tanah rata, so kami decide untuk turun dan pergi ke destinasi yg boleh berhenti. So ader nampak ladang strawberry yag ader tulis leh pluck the strawberry.. heheh mmg excited gila tgk strawberry. so ader beli ice cream strawberi. kita panggil aiskrim pop, mmg sdap yg amat.







sdapnyer strawberi






rasa nak gigit jer,,, nyummmm






ladang sayur-sayuran





Jam pun pukul 3 ptg so kami pun teramat penat, kamipun decide utk pulang dan mkan tghari di perhentian tapah.... bukan tengahrai dah tpi makn petang... tapi kami seronok walaupun ia cumer short trip yh memenatkan.










JANJI



ENJOY