Lilypie Third Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 24, 2010

Menghilang???

Mana menghilang??? Tak kemana pun cuma tak dapat nak update blog nie seperti yg selalu di lakukan.. hik hik duk tempat baru mestilah payah nak update blog nie kan, lagipun tak ada internet access kat computer i, so maknanya kene fokus kerja lah kan. Macammana life kat tempat kerja baru, erm tempat kerja baru nie kat site so kiranya  boleh ada gak time nak menular2 kan. Jaga site hospital so oklah bnyak gak new things belajar sebagai main con yerlah dulu keke consultant qs taraf pun tinggi kit hahaha padahal sama jer. At least aku try new environment yer tak. Oklah happy of coz working here alot of frens and a lot of new things to learn. Bab2 menular mulanya tak reti gak tapi hik hik dah reti dah... yerlah tak macam kerja kat ofis lama yg bz gila nak mampus kan. Lagipun yg pnting dekat ngan umah kalau adam demam ke aper ke leh jenguk dia dengan cepat, leh ada masa bawak dia ke klinik leh curi2 time2 sikit.


mama, adam dah ada gigi comel tak saya
hik hik


Banyak benda benarnya nak story pasal Adam nie, story pasal pengasuh 4 hari, story pasal journey aku cari pengasuh utk Adam, citer pasal progress Adam yg tak dapat aku nak story kat sini, citer pasal family aku.. erm a lot of tears pada aku, ada masa nanti saya kasi citer ok. Anyway i'm happy walaupun what i'm expected to get in here, i tak dapt but kita sebagai manusia bersyukur dan doakan segala kebaikan yg ada dan di limpahi rezeki dari nyer.

Wednesday, June 16, 2010

Haiyo.. Sudah Tambah Lagilah

Mengancam tak tajuk kat atas tue, aper yg dah tambah. Hik hik baru dapat tau pagi tadi, dalam hati dok fikir awat Adam cirit birit, awat Adam suka gigit remote, Awat Adam duk kuar ayak liur, huhu .


Rupa2nya











tumbuh gigi atas 2 btglah ..
 kuar 2 btg serentak tau





*sila ignore gambar nie, adam dah tumbuh gigi bawah sejak 4 ke 5 bulan





Time tue aku sajer nak tgk, tgk2 ada dah tunggul 2 btg lak tue, hadoi awat tumbuh 2 batg terus, nie nak demam on off lah nie, yerlah mana tak demam, dok kuar serentak, syabas tue Adam, mama luv u hik hik, lpas nie gigit papa yerk. Tuelah ada aku baca dari sumber internet kat Ratuhati.com , semua nie saling berkaitan, ada org kata budak cirit sebab nak tumbuh gigi, ada ckp nak ringan kan badan sbb nak start menyusur dan merangkak.. hadoi mcm2 if yes its good tap aku tak mo Adam Cirit Birit lagi tak tentu arah jadinya pemikiran aku... huhu.

Tuesday, June 15, 2010

Cirit Biritlah Pulak

Hadoi lpas satu2 lak sakit yg dtg kat Adam nie, macam2 last  2 weeks dia kena high fever, sabtu tadi lak kene cirit birit, awatlah bila dah 6 bulan macam2 lak yg dtg. Takkan peralihan bulan kot bukan dah demam ke?? Apa nak buat , start cirit hari sabtu kul 4 pagi lpas Adam berak besar, dia berak carrot time terus dia berak ciritlah pulak, asyik meneran jer, hadoi bnyk sangat ke taik dia, tgk aloh macam cirit air, kuar sikit2. Panik gak time tue ingatkan salah mkan ke? tapi kasi kat adam bekal puree carrot jer kat nursery. Takkan sakit perut kot, so maybe sementara jer kot, tup2 bnyk kali lak tue, mama dia lak panic mana taknya dok check pampers jer, dok cuci punggung Adam sampai melalak budak tue yerlah dah merah2 punggung dia. Pagi tadi dah masak sweet potatoes, nak kasi Adam, so try jer kasi, erm dia tersangat suka, tersangat suka, sodap.. hihi .

mama, Adam yak yak
cirit.....tlg lap jap


Tgk satu hari tak ada kurang pun, erm makin bnyk kali adalah tapi sikit2 nasib baiklah ada pampers muwah kat umah. hik hik, tak kisahlah bnyk kali ke nak cirit. Esok hari Ahad still tak ada perubahan jugak, so planning nak bawah klinik panel dulu tgk apa dia ckap, huhu. Doc kata maybe sbb jangkitan virus kat nursey, baiasalh budak2 ramaikan so mmg tak hygiene sangat. Doc kasi ubat smecta & ubat garam takut nanti Adam dehydrationkan. Smecta tue utk keraskan taik so tak ada lah kuar cair jer, then doc ada kasi ubat sapu kat punggung nak cegah dari punggung dia merah. Haiyo bilalah nak sihat nie Adam, so mama tak kasi Adam mamam pun tak berani yerlahkan kang cirit banyk kali sbb makanan cam ner?? So Adam just minum susu jer.


Erm actually rasa nak marah diri sendiri pun ada yerlah, nursey nie tau tlglah jaga anak kita elok2, kat situ bukan banyak baby pun, budak sana dah besar, jagalah elok, bukam murah tau bayar. Huhu erm Hari Ahad Adam pun still yak dan yak, so mma nak 2nd opinion so mama pie Klinik Kanak2 Khoo kat Taman Len Sen tak mo pie Pantai Medical Centre, mahai lah hihi. So pergi sana, doc kata tk banyk ubat leh bagi aper dia punya opinion is same with doc panel so jagn risau dia kata, if dia demam then ada vomit so tue kene jumpa dia balik then dia kan refer kat hospital, so just tgk akan sembuh dalam 1 week maybe. Huhu sian Adam, tapi suprisingly Adam dok sengeh kat Doc tue taulah doc pompuan punyalah dia ceria.. hadoi. Asal pompuan suka jer jgn mata keranjang sudah, hik hik.So tunggulah camner satu minggu nie

Monday, June 14, 2010

Takdir & Cinta (Luahan Hati)

Erm adakah CINTA itu menentukan kita kan hidup bahagia selamanya. Pernahkan kita terfikir perkahwinan ini adalah satu kesilapan, kenapa org lain yg mampu membaca takdir kehidupan kita. Kenapa yerk?? Bukan manusia ditakdirkan utk bercinta kemudian berkahwin bagi meneruskan rasa kecintaan itu dengan cara yg diredhai, tapi ada insan yg cukup penting dalam hidup aku beritahu aku telah lakukan kesilapan terbesar dalam hidup. Kenapa manusia menghukum manusia?? Kesilapannya ialah aku telah memilih lelaki yg aku cintai itu sebagai suami. Org itu mengatakan aku berhak mendapatkan org yg lebih baik, tak percayakah dia pada Qada & Qadar Tuhan, dapatkah manusia tue menentukan kehidupannya pada masa depan. Kenapa kata demikian?? Sepatutnya doakan yg terbaik utk aku harungi hidup ini. Jika ini jalan yg sudah ditentukan Allah SWT aku redha, tpi jgnlah manusia itu menghukum aku diatas ini. Erm... Aku gembira hidup dengannya walaupun kadang2 kami berbeza, tapi perbezaan itu membuatkan aku jadi rapat dan bukan menjauhkan diri. Tuhan sudah letak jalan utk manusia itu pilih, dan manusia itu sendiri yg mampu mencorakkan kehidupannya, bukan nyer org lain.


Pada mu ku bersujud~afgan



aku tersangat2 suka pada lagu ini
sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui atas segalanya



Ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa kulihat
selain hanya namaMu, ya Allah
Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
~{}~
Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
padaM

Friday, June 11, 2010

Officially Adam 6 Months

Yahoo, ini adalah announcement its officially Adam sudah 6 bulan. Tup tap tgk Adam dah besar dari 3.73kg hinggalah lanie dah 9.30kg. Cayo tak anak aku dah seberat 10kg beras, haiyo aku pun tak caya gak awatlah leh seberat ini, taulah gen tue faktor utama sbb mama & papa dia badan besaq punya org. Dah nak wat camnokan dah badannya gitu dah berketul2 dah nie tangan mak dia dok dukung pagi pie taska, ptg ambik dari taska, jalan pie kete lagi. nie kira exercise dah nie. Bila Adam dah 6 bulan nie mama dia terlebih excited pulak sbb Adam dah leh mamam, mama dia dok fikir nak kasi per? menu per, dok cari info kat internet pasal pemakanan bayi. yerlah anak 1stkan mana nak tau apa.


La nie beg Adam pie taska pun dah bertambah, satu beg utk makana dia, satu beg for baju+pampers+ubat, huhu mama dia doklah pegang tiga beg kat tangan, pegang Adam kat sebelah, nak kunci pintu lagi huhu seksa wooo, awatlah kita tak ada 4 tangan hik hik sng gantung jer terus. wakaka. Actually 1 week befire Adam nak masuk 6 months aku dah start kasi mamam nestum dah, hihi suka tau dia, nyum, nyum, laju jer mulut bila lambat mulalah berbunyi Adam tue. Sonok mama kasi Adam mamam. La nie plan nak kasi puri carrot, puri sweet potato dan bnyk lagi hik hik tgh menyusun menu nie, 4 days each food nak tgk baby ada allergic or tak.




mama, adam nak mamam lagi
cumel




Perkembangan Adam yg lain selain bertambah berat badan, Adam dah pandai gigit dan berebut remote control ngan mama & papa dia, dok nak gigit jer remote tue padahal banyak jer teether utk dia gigit sipa gaduh nie ngan mama & papa dia, klu kitaorg ambik maka meraung tak ingat. Hadoi dahlah suara dia grau taulah ank jantan tpi wo suara jgn macho sngat, takut. dah terror dah bab meniarap nie, golek tiarap laju.. hihi tak dan berhenti. Baby yag suka tgk TV macam hobi mama & papa dia. Dia punya pattern tido cam mama dia masa mengandung hadoi dok pusing sana pusing sini sbb nak cari port best, kelakar tul tgk kdg2 samapi ke hujung tilam ke hujung tilam dia tido, kejao ngiring kejap tiarap, kejap gaya superman, kejap gaya ultraman, kejap gaya tundercat.. macam2 lah. tuelah klu tido time ngandung elok2 sikit kang terkena kat anak.


nie tido gaya kaya ngan bantal

Wednesday, June 9, 2010

Last Farewell E-mail

luv e-mail for my frens, consultants & contractors and clients
will be missing u all
i tak hutang u all ok chase my super duper senior



So the last e-mail for my frens to say farewell...... Hope diaorg tak lupa QS nie, yg mmg pemalu dah shy2 gitu dalam meeting tapi time makan no. 1 kasi suggestion, thanks sbb belanja secret recipe to Lina, huhu i know you tau i luv choclate cannot resist without it.. so help me frens to clear my works.. luv u all XOXO.. walaupun bnyak kene sound depan En UT so tak perlah janji saya happy. Forget me not.


Tuesday, June 8, 2010

"Azila. you don't miss us is it??"

gambar zaman dulu dulu


"Azila. you don't miss us is it??" ayat yg tiba2 dilafazkan oleh my lady bos aka wife kepada principal aku. Erm lawak ke?? ke satu sindiran utk aku. Aku dah resigned so tak payah nak banyak cakapkan. Aku yg RESIGN so tak mintak pun sympathy dari korang, ingat aku tak dapat kerja lain. Tak faham tul mind org macm nie, psycho. If you tak nak i resign said so, tapi yg penting kasi increment naik kit, dah 2 tahun increment naik cam hampeh, bonus pun 1 months jer kerja bagai gila kat sini, sampai tgh malam, ot tak ada work for free. huhu nak wat camner dah nasib badan yer tak. Nama pun kuli hik hik . Tak kisahlah janji sudah resign. In hand sekarang semua final accounts, tgh habiskan final account yg boleh close. Astro Arena dah discussion with PLM so right now tunggu M&E nak clarify VO. So tak kisah lahkan aku dah habiskan bab tue. Elken Kota Kinabalu punya aku mampu buat sampai 100 variation order bnyk lagi tak clarify, MR KP Ng pun dah terkejar2 aku hik hik. Lantaklah dia aku dah blah dah pun, e-mail pun dah distribute to all parties yg kenai pada aku.Oklahkan. Goodbye, will i miss u.. maybe. Will they miss me, i think not. I'm not CPK QS anymore, bye sayonara.

Monday, June 7, 2010

Beralih Bulan (GS)

tErm lamanyer tak update blog nie dgn story daripada Adam dan kehidupan kami sefamily niekan, first of all dimaklumkan Adam finally recovered from his high fever yg mmg tersangat2 high, he's making mama & papa scared. However thanks to God that help me & family through this tiring moments. For you Adam mama would sacrife mama life for you no hessitation on that. Adam adalah permata dan jantung hidup mama tau. Selalunya time nak beralih bulan nie, Adam usually akan kene batuk dan selsema tapi not for this months, he's got so high fever 39 until 40 erm highkan. Well in this point must remember, if anak demam don't ever take it so easy, mmg kene monitor gila2 condition anak. Huhu itulah pengorbanna ibu, harap Adam kan sacrifice as much mama sacrifice for him. Insyaallah.




mama, adam demam tau


Adam dimasukkan ke Wad at Hospital Pantai Cheras, coz that time dah pukul 1.30pagi, mmg dia got a very high fever, sampai tangan dan kaki biru, dan kepala mmg panas gila. That was 1st experience aku tgk Adam mcm tue, So nurse in emergency, mandikan Adam dengan air ais, erm nak turunkan suhu Adam yg tersangat2 tinggi time tue, aku pulak nyaris terduduk tgk Adam, erm mmg experience yg mama tak mau lalui lagi. Sambil nurse lapkan Adam dengan air ais, mulut Adam asyik bising agaknya air tue terlalu2 sejuk utk dia. Nurse pun ckap "iyer, iyer akak nak lap badan yer" adoi so soft gila suara nurse tue. Erm after that nurse put ubat for Adam dan Adam punmya temperature decreased slowly, huhu yerlah siapa tak  takut dengan high fever takut lehe kene sawan tarikkan. Anyway after two days, Adam makin recovered, semua di atas kuasa Allah S.W.T. Harap Adam akan sentiasa sihat lepas nie, tak taulah bila Adam duk taska nie mmg banyak gila sakit yg dia dapat. So daripada become worsen aku decide dan dah book satu aunty nie as my babysitter, Hope akan berjalan lancar lepas nie.



mama, Adam demam nie,
tgklah adam



Kat bawah ada google sikit maklumat dari blogger2 yg lain tentang apa dia peralihan bulan...


APA ITU PERALIHAN BULAN?
Beralih bulan (GS) akan terjadi kepada sesetengah bayi. Ada yang akan mengalami demam, batuk, hilang selera makan dan sebagainya. Ada yang terjadi mengikut masa tertentu ( cthnya 7-10 hari, 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan dan 9 bulan). Walaupun dikatakan berlaku kepada bayi di bawah 1 tahun, namun kejadian beralih bulan ini masih berlaku kepada bayi yang lebih daripada 1 tahun. Malah tidak keterlaluan andai dikatakan masih berlaku pada mereka di peringkat remaja.


APA TANDA BERLAKUNYA GS?

1. demam/batuk/selsema
2. hilang selera makan/muntah
3. Ada bayi yang jadi lebih aktif atau lebih bersikap 'fussy'
4. Bayi lebih kerap merengek / manja
5. ada bayi yang lebih minum susu.
6. ramai ibu menyangkakan bayinya tidak cukup susu, namun ini hanyalah gejala, dan yakinlah susu ibu akan mencukupkan keperluan bayi itu.. (jangan pula diberi makanan tambahan bagi bayi di bawah 6 bulan).
7. pertumbuhan pesat bayi - ada bayi yang selepas GS berlalu, akan memperoleh 'skill' baru utk dirinya, spt, merangkak, duduk, berdiri atau berjalan.


JANGKA MASA BERLAKUNYA GS
Berbeza bagi setiap bayi yang mengalaminya, ada hanya 2-3 hari,malah ada juga sehingga 2-3 minggu.

 
finally Adam dah sihat ^_^

 
So dalam episod Peralihan Bulan nie dikatakan tiap bulan Adam sakit,  dah 3 kali mild fever (disbbkan tumbuh gigi jugak), selsema dan batuk (3kali campur sekali dngan mild fever), ulser (1 kali), high fever (1 kali), erm so tiap bulan Adam sakit starting from age of 3rd months, kenkadang agak UPSET pada diri sendiri yg tak berikan SUSU IBU pada Adam, yg ini bukan di sengajakan tpi ini adalah realiti yg mmg aku dah cuba, tapi ada sesuatu yg terjadi dan segala yg terjadi ada HIKMAH disebaliknya, mama REDHA ata Ketentuan Allah SWT, semu ibu nak yg TERBAIK utk anak mereka, tapi manusia mampu merancang dan yg memastikan ialah Alalah SWT jua.